Tuesday, June 24, 2014

MAKLUMAT RINGKAS

Salam hormat,

1. Menurut Tuan Hj Adanan, yang bersama dengan kumpulan pihak MARDI ke Shanghai, China pada 17hb Mei lepas mendapati harga SBW yang telah dicuci dan di bungkus semula, berharga RM25,000.00 sekilogram. Menurut beliau lagi dibelakang pembungkusan tercatit made in Malaysia. Seperti kenyataan pihak MATRADE pada penulisan saya yang terdahulu, harga SBW yang telah dicuci dan dibungkus semula memang tinggi di China dan pada harga dahulu juga.

Di kebanyakkan pasaraya yang besar-besar di Shanghai ada menjual SBW.

2. Saya mendapat maklum juga bahawa MOSTI akan mengadakan satu program memperkenalkan MS (Malaysian Standard) bagi SBW yang mentah dan belum di proses, pada bulan September nanti. Turut sama akan diadakan satu MOU bersama 2 syarikat pembeli daripada negara China pada sessi yang sama.

Jika ini berlaku bermakna, SBW yang mentah dan tidak diproses akan bolih diekspot semula ke China, dan kemungkinan melalui 2 syarikat ini sahaja. Saya cuma berharap pada tahun 2015 ekoran perkembangan ini akan berlaku sedikit kenaikan harga SBW dan sekali gus memeberikan peluang semula kepada individu Bumiputra untuk menambah pendapatan melalui industri ini.

IsnyaAllah saya akan turut serta di dalam majlis berkenaan dan akan membuat laporan yang lebih tepat mengenai perkembangan tersebut demi kebaikan kita semua.


Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment