Monday, June 2, 2014

KURSUS ASAS PETERNAKAN WALIT DI KEJORA

Salam hormat,

Sebagaimana yang anda telah dimaklumkan, pada 25 dan 26 hb Mei yang lepas satu kursus asas peternakan burung walit telah di anjurkan olih KEJORA dengan kerja sama JPV Negeri Johor. Menurut pegawai yang terlibat (En Asri), usaha ini adalah merupakan kesinambungan program KEJORA di dalam bidang ini semenjak beberapa taghun yang lepas.

Kursus telah diadakan di sebuah destinasi pelancungan yang diuruskan olih anak syarikat KEJORA. Balau Bayu Beach Resort ini adalah merupakan satu destinasi pelancungan di tepi pantai. Memang menarik dan aman sekali.

                                      Gambaran daripada jeti memancing



Penginapan pula disediakan untuk para peserta di challet resort berkenaan. Selesa sekali.


                                                  Chalet penginapan peserta



Sepanjang kursus sehari ini, 4 kertas utama telah dibentangkan. Satu daripadanya menyentuh pengalaman membangunkan sebuah RBW yang berjaya oleh syarikat South Sea Hunt Sdn Bhd. Memang sdr Aisa daripada syarikat ini sudah terkenal dengan penghasilan SBW yang berjaya di bandar Kota Tinggi.

Para peserta juga telah dibawa melawat sebuah RBW milik KEJORA yang telah dibangunkan kira dua tahun lepas, di Kuala Sedili. Rumah ini berukuran 20' X 60' dan ketinggian lantai ke papan sirip kira-kira 12 kaki. Mereka menggunakan sirip berlapis (3 tingkat). Perunding RBW ini ialah syarikat South Sea Hunt Sdn Bhd. Penilaian saya RBW ini telah berjaya dan saya perhatikan banyak walit yang telah mendiami rumah berkenaan.

                                            Lawatan ke sebuah RBW


                                                 Gambaran dalam RBW KEJORA

Syarikat menggunakan siling asbestos dalam menyediakan bilik-bilik penginapan walit. Setiap bilik hanya mempunyai satu pintu sahaja.


Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun



No comments:

Post a Comment