Thursday, December 26, 2019

TINJAUWAN PETERNAKAN WALIT DI PULAU PANGKOR


Salam hormat,


Pada 22hb hibgga 24hb Disember 2019 baru-baru ni saya bekesempatan melawat Pulau Pangkor. Tunjuan utama berkunjung ialah untuk melihat keadaan dan suasana pulau menjelang perlaksanaan Pulau Pangkor Bebas Chukai Tahun 2020. Itu bukanlah perkara utama yang akan ditulis disini. Di samping percutian ini saya juga meneliti dan memerhati perkembangan peternakan burung walit. Kita semua tahu pulau ini tidak jauh dari bandar Setiawan, yang mana terkenal dengan peternakan burung walitnya.




Beberapa pagi dan petang saya memerhatikan ke udara di sekitaran Telok Ketapang, di mana kami menginap, memang kelihatan ada burung-burung walit beterbangan diudara. Keadaan ini meyakinkan saya di pulau ini misti ada beberapa buah RBW. Keadaan ini tidaklah menghairankan saya, memandangkan sebahagian pulau ini masih berhutan tebal. Saya percaya hutan ini telah menjadi sumber dan tempat walit mencari makannya.





Semasa tiba di jeti pulau ini, saya sempat berjalan-jalan disekitaran bangahian utama bandar Pangkor. Memang ada kedengan bunyi ajukan suara burung walit. Saya congak ada dua buah bangunan, dibahagian atas rumah kedai yang mengeluarkan suara ajukan tersebut. Walaubagaimana pun RBW tidak jelas kelihatan.

Dalam perjalan dengan teksi untuk pulang ke jeti, kami melalui pekan kecil Sungai Pinang. Di sini memang ada kelihatan dengan jelas beberapa buah RBW. Lihat beberapa gambar berikut.









Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Wednesday, December 4, 2019

JIKA PENGUSAHA WALIT JUGA FINANCIALLY LITERATE (CELIK KEWANGAN)



Salam hormat,

Saya berpendapat, jika seseorang pengusaha walit yang berjaya di dalam bidangusahanya, juga memiliki kemahiran kewangan (financial literacy), saya amat yakin begitu mudahlah baginya untuk mencapai tahap jutawan senyap.

Saya sudah berjumpa ramai pengusaha yang hasil RBW mereka hebat-hebat, tetapi belum terjumpa lagi di antara mereka yang benar-benar telah mencapai taraf jutawan senyap. Kenapa? Mungkin jawapannya ada di dalam penulisan ini seterusnya.


Empat perkara ( diantaranya ) yang perlu wujud untuk jadi jutawan

1. Tidak bersikap negatif terhadap wang,
2. Ada kemahiran kewangan (financial literacy),
3. Berbelanja kurang dari pendapatan (tidak boros), dan
4. Pelaburan (make the money grow).


Kemahiran kewangan

Hari ini kita perhatikan ramai yang telah pandai mencari wang, atau berpendapatan yang baik, tetapi masih sukar untuk mencapai tahap kewangan yang lebih tinggi, setelah masa beredar. Ramai pula yang berhutang. Ini termasuklah pengusaha bidangusaha burung walit yang berjaya. Maksud saya mereka yang telah mendapat pendapatan dari bidangusaha walit melebihi RM5,000.00 sebulan. Kenapa demikian?

Satu daripada sebab utama ialah tiada atau amat kurangnya ilmu dalam bab kewangan (financially iliterate). Akibahnya, pendapatan yang baik telah tidak diurus dengan sebaik mungkin. Akhirnya habis begitu sahaja.


Bagaiman kita boleh mendapat atau menambah ilmu dalam pengurusan kewangan?

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, kita tidak di ajar atau dididik oleh ibu/bapa atau pun sistem persekolahan sehinggalah ke peringkat university secara khusus dalam bidang ini. Jadinya anda kenalah mencari ilmu tersebut cara sendiri.

Salah satu cara yang saya cadangkan ialah dengan membaca beberapa buku yang sesuai di dalam bidang tersebut. Oleh kerana buku-buku ini hampir semuanya berbahasa Inggeris, ada kenalah tahu dan faham bahasa Inggeris. Berikut saya sarankan beberapa buku di dalam bidang ini, seperti berikut:-

1. The Richest Man in Babylon ( George S. Clason),
2. Rich Dad and Poor Dad ( Robert T. Kiyosaki),
3. Cashflow Quadrant ( Robert T. Kiyosaki),
4. Guide to investing ( Robert T. Kiyosaki),
5. Think and grow rich ( Napoleon Hill ), dan
6. The millionaire Mind ( Thomas J. Stanley),










Pelaburan

Wang pendapatan yang diperoelhi daripada penjualan SBW, atau lain-lain punca pendapatan juga, jika di simpan di dalam akaun bank, nilainya akan turun ( depreciate over time) di masa hadapan. Oleh sebab itu salah satu usaha untuk memastikan nilai wang kita tidak terjejas terutamanya disebabkan inflasi, maka perlulah anda melaburkan wang tersebut.

Pelaburan juga sebenarnya membuatkan wang anda akan tumbuh membesar mengikut kadar dividen pelaburan pada sesuatu tahun, dimana wang tersebut di laburkan. Jika anda TIDAK MENGELUARKAN DIVIDEN pelaburan tersebut buat beberapa tahun, misalnya 10 tahun, maka kesan COMPOUNDING akan berlaku terhadap pelaburan anda. Di hujung tahun ke 10, misalnya, amaun terkumpul pelaburan anda boleh berlipat ganda.

Dengan cara ini, walau pun RBW anda bermasaalah selepas itu, anda masih ada harapan besar untuk melangkah ke alam jutawan selagi anda tidak mengusik pelaburan tersebut. Lagi lama anda meneruskan sesuatu pelaburan itu lagi banyaklah dividen dan kesan compounding terhadap modal yang telah di laburkan.

Ini juga bermakna, lagi awal anda bermula, misalnya sewaktu kita masih muda, lagi berpeluang besarlah anda untuk mencapai tahap jutawan ini.


Sekian dahulu, fikir-fikirkan.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Sunday, December 1, 2019

KALAU KE INDONESIA JANGAN LUPA KE KEDAI BUKU GRAMEDIA



Salam hormat,

Jika anda ke mana-mana destinasi di Indonesia yang melibatkan bandar yang agak besar, saya suka mencadangkan supaya anda cari dan kunjungi kedai buka ini.




Saya, setiap kali ke Indonesia pasti akan menjadikan kedai buku ini sebagai salah satu destinasi lawatan saya. Saya dapati di bahagian pertanian di dalam kedai buku ini, mempamirkan banyak buku-buku dalam hal pertanian termasuk peternakan burung walet.







Buku-buku walet ini boleh dijadikan bahan rujukan berulang kali. Ia merupakan bahan bukti bidangusaha/budidaya yang dirakamkan oleh pengusaha atau perunding yang profesional di Indonesia.

Harga buku-buku ini tidaklah mahal. Pada lawatan saya ke Medan baru-baru ini ( 27hb-30hb November, 2019) saya sempat ke kedai buku ini dan membeli sebuah buku walet yang berharga kira-kira RM22.50 sahaja. Di samping itu anda juga akan dapati banyak buku-buku pertanian yang lain, yang mungkin menjadi bidang kegemaran ( hobby) anda.









Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)