Salam hormat,
Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat ILAHI, akhirnya FELDA secara terus terang dijangkakan akan melibatkan diri di dalam bidang peternakan burung walit. Kalau kita lihat secara dekat memang telah ramai juga di kalangan peserta rancangan tanah persekutuan ini telah pun melibatkan diri di dalam bidang usaha ini. Ada yang berjaya dan ada juga yang belum berjaya. Bagi saya pengalaman mereka ini amat berharga bagi membantu FELDA mereliasasikan hasrat tersebut.
Hasrat ini diluahkan sendiri oleh Pengarah Besar FELDA, Ybhg Dato Dr Othman Omar dalam akhbar Berita Harian yang bertarikh 25hb Februari, 2019 baru-baru ini.
Berita Harian 25hb Februari, 2019
Seterusnya saya juga berharap JPV telah bersedia untuk membantu dan memacu industri ini ke tahap yang diharapkan. Pihak JPV juga boleh mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak yang mereka sendiri boleh tauliahkan sebagai orang yang berkemampuan untuk membantu di dalam proses pembangunan industri ini nanti.
Jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab terlibat, kebimbangan saya usaha ini akan tercemar dan menampakkan banyak kegagalan sebenarnya di dalam bidangusaha ini. Memang tidak dinafikan dan kita semua ketahui, sebilangan besar RBW yang telah dibena sebelum ini berakhir dengan kegagalan. Saya percaya jika rumah-rumah tersebut dibangunan mengikut pakarnya dan mereka yang amat berpengalaman di dalam bidang ini, saya percaya ia dapat di kecilkan saiz kegagalannya.
Pada penulisan saya di dalam blog ini ( bulan Disember, 2018) telah menunjukkan dengan jelas pengalaman peserta FELDA bahawa peternakan burung walit memang mampu, setelah beberapa tahun beroperasi, memberikan pendapatan paling tinggi berbanding dengan perladangan sawit.
Dengan pendapatan sedemikian, saya yakin ramai para peserta rancangan tanah ini tidak akan berhutang dan juga ramai yang mampu mebayar balik hutang mereka. Masaalah yang dihadapi oleh FELDA hari ini (menurut akhbar tersebur) adalah masalah ketiadan tunai untuk menenruskan operasi mereka dan ini berpunca daripada hutang yang dibuat oleh para peserta sendiri sekian lama.
Ekoran daripada usaha untuk menambah pendapatan ini, saya berharap Pengarah Besar FELDA akan mengeluarkan satu kenyataan dasar kepaada semua pengurus di semua rancangan tanah bagi membolehkan mereka mengorak langkah untuk mereliasasikan hasrat yang baik ini.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd sharun (DVM, MAgrS).
Games.online IONQQ.GAMES/ IONpk.org. pin BB :58ab14xf5
ReplyDeletesilahkan daftar dan dapatkan keuntungan yang besar dengan bermain di IONpk.Org:)