Saturday, June 25, 2016

BAHAGIAN KE-ENAM (TERAKHIR): BEBERAPA CADANGAN LAIN


Salam hormat,

Di bahagian terakhir ini saya rangkumkan beberapa kelemahan lain yang turut saya buat cadangan untuk penambahbaikan.

Pertama, saya mencadangkan supaya LMW yang asal dibuka semula. Setelah dibuka, En B perlu membuat sedikit permerhatian LMW yang mana satu menjadi pilihan walit di lokasi ini. Kedudukan LMW yang asal berbanding dengan yang sedang digunakan adalah seperti dalam lakaran berikut.




Apabila ini dilakukan, bagi mengurangkan cahaya memasuki nesting room, saya mencadangkan supaya saiz pintu masuk ke nesting room dari rooving area dikecilkan. Saya cadang saiznya sekitaran 1' lebar dan 5' tinggi. Lihat gambar berikut.



                                 Pintu Ke Nesting Room Dikecilkan

Setelah diperhatikan mana lubang yang menjadi pilihan, wajar LMW yang lagi satu ditutup atau terus dibiarkan begitu sahaja.

Kedua, Saya cadangkan supaya setiap alat pengabut udara di setiap lantai yang rosak diperbaiki dan dioperasikan semula. Cuma nasehat saya bagi mengelakkan kulat tumbuh pada papan-papan sirip yang berada bersetentang di atas setiap pengabut udara, letakkan pengabut udara dibawah meja yang sesuai. Ligat contoh berikut.



                                Pengabut Udara Diletakkan Di Bawag Meja

Disamping itu juga, saya mengesyurkan supaya lantai RBW ini dilembapkan, misalnya untuk setiap 3 hari dilembapkan sekali. Usaha melembapkan ini boleh dilakukan antara jam 10 pagi hingga ke 3 petang.

Ketiga, perbanyakkan lagi penggunaan sarang tiruan di setiap lantai. Jumlah sarang tiruan sedia ada pada hemat saya amat kurang. Tambahlah sekitaran 100 buah disetiap lantai. Boleh gunakan sarang tiruan yang komersial, atau pun yang diperbuat daripada polystreen atau pun yang diperbuat daripada papan. Kombinasi jinis sarang tiruan ini juga tiada masaalah.

Ke empat, saya dapati disekitar lilitan bangunan, En B tidak memasang kepingan allimunium bagi mencegah musuh seperti tikus, biawak dan ular memasuki bangunan. Elok dipasang. Lebar kepingan sekitaran 18" lebar. Lihat contoh berikut.





Ke lima, pasangkan sebuah lampu kalimantan yang pendek di bahagian atas LMW. Ini bertujuan untuk mengekang kelawar daripada memasuki bangunan. Gunakan timer dan nyalakan lampu ini antara jam 7 petang hingga 7 pagi.

Akhir sekali, saya mencadangkan supaya lagu luar yang sedang digunakan digandingkan dengan satu lagu yang baru. Beliau boleh dapatkan satu lagu lain yang baik dan cantumkan.

Apa pun setelah kesemua penambahbaikan ini selesaai dilaksanakan, pemerhatian akan respon walit perlu dibuat dari masa ke semasa. Mana-mana usaha penambahbaikan yang tidak memberikan respon perlu ditukar dan diperbaiki semula dengan cara yang lain pula.

Usaha berterusan mencari atau membuat penambahbaikkan pada RBW ini perlu dilakukan oleh En B bagi memastikan akhirnya RBW beliau bertambah maju di masa-masa yang akan datang. InsyaAllah.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment