Saturday, June 25, 2016

BAHAGIAN KE 5: KELEMAHAN PADA SISTEM SUARA


Salam hormat,

Masaalah ke 5 yang dihadapi oleh En B berkaitan dengan RBW milik beliau ini ialah beberapa kelemahan dengan sistem suara yang digunakan.

Pertama, saya dapati jumlah tweeter di setiap lantai adalah kurang daripada kebiasaanya. Kerana pengiraan tidak dibuat atau data yang sebenar tidak dapat beliau berikan, saya mencadangkan kepada beliau supaya mengira semula jumlah tweeter yang ada. Kemudain jumlah yang sepatutnya ada ( keluasan lantai di bahagi dengan 13 ). Perbezaan ini perlu di ambilkira oleh beliau untuk memperkasakan mikroenviroment RBW beliau. Selepas itu beliau dinasehatkan juga supaya menyemak semula kesemua tweeter yang ada. Saya yakin banyak yang telah tidak berfungsi, ini semua perlu diganti. Pengalaman saya mendapati pendawaian tweeter mula putus apabila RBW mencecah umur 4 tahun.



                                Jumlah Tweeter Yang Kurang

Saya turut menasehatkan beliau juga supaya tweeter yang baru atau yang baru diganti dipasang, perlu menghala ke arah walit datang.

Kedua, saya mendapati tweeter yang mengeluarkan lagu luar hanya "ditarik" sejauh LAL sahaja. Maknanya sehingga ke LAL tingkat satu sahaja. Saya menyarankan kepada beliau supaya menambah jumlah tweeter ini ke penjuru-penjuru di nesting area di mana beliau hendak walit duduk di setiap lantai. Beliau perlu menambah sekitaran 5 ke 10 buah tweeter lagi untuk suara luar ini di setiap lantai.



                         Dua Buah Tweeter Suara Luar di LAL

Tweeter suara luar sedia ada juga, pada hemat saya ada yang sudah tidak berfungsi. Ini juga perlu disemak dan diganti dengan baru. Jenis tweeter di LAL bagi suara luar ini eloklah menggunakan tweeter yang lebih bermutu.

Ketigga, Saya juga mendapati hanya satu power Amp digunakan untuk lagu dalam untuk ke 3 lantai. Semasa lawatan saya dapati power amp ini tidaklah panas. Ini kemungkinan jumlah tweeter yang dipasang kepada power amp ini tidak banyak (seperti ulasan saya di atas mengenai jumlah tweeter) dan lagunya tidak nyaring.



                                 Satu Power Amp Untuk Suara Dalam

Pada hemat saya, untuk mengubah sistem suara ini kepada yang saya akan cadangkan dibawah mungkin memakan kos yang agak tinggi bagi En B. Tetapai bagi mereka yang sedang membina RBW setinggi tiga tingkat, cadangan saya ialah supaya suara dalam guna satu power amp untuk satu lantai. Maknanya, dalam kes ini untuk suara dalam sahaja perlukan 3 power amp (tidak termasuk spare power amp). Suara luar pula dalam kes ini memerlukan 2 power amp (tanpa spare).

Apabila kita menggunakan 3 power amp berasingan untuk lagu dalam bagi setiap lantai, anda boleh menggunakan kekuatan atau kenyaringan bunyi(dB) lagu untuk menentukan ke lantai mana walit dikehendaki menetap. Jika satu power amp sahaja, teknik ini tidak dapat digunakan untuk mengagihkan taburan walit yang mendiami RBW kita. ini adalah merupakan satu kaedah yang boleh anda cuba. InsyaAllah.

Bagi power amp suara luar pula, satu digunakan untuk suara luar di LMW, lubang masuk ke nesting room dan untuk hexagonal tweeter (jika digunakan). Manakala power amp ke dua digunakan untuk tweeter suara luar yang di pasang di dalam nesting room dan LAL bagi ke tiga-tiga lantai. Kenapa 2 power amp untuk suara luar. Tujuannya, pada pendapat saya, apabila poweramp lagu luar di LMW, lubang ke nesting room dan hexagonal tweeter di matikan pada jam 7 atau 8 malam, power amp lagu luar yang supply lagu luar ke dalam nesting room dan LAL diteruskan berbunyi sehingga jam 10 atau 11 malam atau mengikut kehendak anda berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang lain.

Ini dibuat supaya walit yang telah berada di dalam bangunan yang masuk mengikuti suara luar TIDAK LARI KE LUAR apabila lagu luar pada tweeter hexagon, LMW dan lubang ke nesting area di padamkan pada jam 7 malam. Kira jam 10 atau 11 malam apabila lagu luar kesemuanya telah dipadamkan, hanya tinggal suara dalam sahaja, saya berpandangan walit tidak lagi akan keluar bangunan kerana sudah lewat malam.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment