Tuesday, December 30, 2014

DARI JAKARTA MELALUI BOGOR KE BANDUNG

Salam Hormat dan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2015, semoga pada tahun 2015 akan berlakunya sesuatu perubahan yang lebih baik untuk peserta yang terlibat di dalam industri SBW di negara kita, Amin.

Di halam yang lepas saya menyatakan pada 5hb Disember, 2014 saya berada di Jakarta. Kami sebenarnya dalam perjalanan, melalui Bogor, ke Bandung. Kami balik ke Malaysia pada 9hb Disember.

Sebagai peminat dan pendokong industri walit, saya mesti membuat pemerhatian apa sahaja yang berkaitan dengan industri ini, termasuklah semasa saya berkunjung Indonesia pada kali ini. Pada hari kedua lawatan, kami menuju ke Bandung. Di kiri dan kanan perjalanan saya terus meneliti dan memerhatikan bangunan-bangunan dan di ruang udara sama ada wujud atau pun tidak aktiviti walit. Pemerhatian saya tidak kelihatan aktiviti berkenaan.

Di Lembang, berhadapan dengan restoren kami makan tengah hari ada kelihatan satu premis seakan-akan sebuah RBW. Tiada speaker kelihatan atau lagu pemikat walit kedengaran. Apabila diperhatikan betul-betul, memangnya ada seekor dua burung seriti yang terbang mengelilingi bangunan ini.

                                       Sekali Pandang Sebuah RBW

Demikian juga keadaanya di Kota Bandung, ada bangunan yang kelihatan didiami oleh burung seriti.

                                          Juga Diperhatikan Ada Seriti


                                    Perhatikan Gelas Yang Bercalar Putih

Sememangnya ramai diantara mereka yang menternak burung walit di Indonesia memikat burung seriti dahulu, kemudian dengan menggunakan strategi putar telor, secara perlahan-lahan berubah menjadi penternakan burung walit.


Semasa balik pula, di terminal antarabangsa ada kelihatan produk SBW dijual di kedai "Made In Malaysia".

Sekian secara ringkas pemerhatian saya,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment