Salam hormat,
Semasa melawat ke tiga-tiga RBW di Surabaya, satau perkara yang mengherankan saya, kenapa tiada bunyi suara luar untuk memikat walit. Kalau di tempat kita jelas kedengaran bunyi suara luar( lagu luar). Dalam hati saya kalau di Malaysia berkeadaan begini sudah bagus dan pastinya pihak PBT amat senang hati.
Apabila saya diberi peluang memasuki sebuah RBW di Tanggul Angin, baru saya sedar bahawa mereka di sini tidak memikat walit dahulu, tetapi burung seriti. Tidak dinafikan di sekitaran Surabaya ini memang banyak seriti. Jadinya memikat seriti tiada memerlukan sebarang lagu luar. Saya sebelum ini juga dapati di Sandakan , dan Kudat di Sabah memang banyak seriti dan didapati memang mudah mendiami dan bersarang di rumah atau bangunan yang kosong dan tidak terlalu gelap di dalamnya.
Setelah seriti mendiami rumah tersebut, apa yang mereka lakukan ialah dengan menukar telor seriti kepada telor walit. Di sini memang ada dijual telor walit. Jadi nanti yang ditetaskan ialah telor walit. Anak-anak walit ini akan terbang keluar seperti biasa dan dalam banyak-banyak anak walit yang ditetaskan oleh ibu-ibu seriti ini, ada di anataranya yang balik ke rumah yang sama untuk bersarang, bertelor dan seterusnya menetap di rumah ini.
Pemandangan Di Dalam Rumah Walit
Beberapa Sarang Seriti
Sarang Seriti dan Sarang Walit (di tengah)
Papan yang digunakan sebagai sirip bukan jinis meranti, tetapi satu jenis kayu keras tempatan dan setebal 8 inci. Ketinggian sirip daripada lantai, bagi tingkat bawah sekali, ialah sekitaran 12 kaki. Perhatikan juga tiada kelihatan tweeter, atau pun sarang tiruan. Di dalam rumah ini juga tiada tinja walit diletakkan untuk mewujudkan miasmata walit. Hanya satu pembesar suara disetiap lantai, yang mengeluarkan bunyi walit.
Pendekatan ini, sungguh pun berhasil dan boleh digunakan, tetapi dia agak lambat untuk memberikan hasil. Dari sudut kos memanglah murah sedikit oleh kerana tiadanya sistem suara luar dan dalam digunakan.
Berikut adalah wajah pemilik RBW di Tanggul Angin yang kami lawati.
Skian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment