Kebelakangan ini saya berkesempatan untuk melawat beberapa RBW yang dianggap bermasaalah. Bermasaalah ini maksud saya, sebagai contoh sebuah RBW telah beroperasi selama 4 tahun tetapi ada 6 biji sarang sahaja. Contoh kedua, bermasaalah berupa: panggilan telah dibuat selama 9 bulan, tetapi tiada walit yang masuk dan tinggal di dalamnya.
Bau RBW atau lebih disebut sebagai miasmata walit bukanlah satu kewajipan atau penentu untuk menjayakan sesebuah rumah. Banyak RBW yang berskala besar, saya perhatikan tidak meletakkan tinja walit, tetapi berjaya. Walaubagaimana pun bagi RBW yang baru serta berskala kecil sehingga skala sederhana dan dibangunkan di lokasi yang banyak rumah, pada hemat saya amat digalakkan mewujudkan miasmata walit ini.
RBW yang bermasaalah yang saya maksudkan di atas, bukan tiada meletakkan tinja walit di dalam rumah bagi mewujudkan aroma berkenaan di peringkat awal, tetapi tidak diselenggara atau dibuat dengan mencukupi. Bagi RBW yang dibawah ini, setelah 4 tahaun pastinya aroma tinja walit itu telah lama hilang.
Bagi saya, RBW sebesar 16'X40' meletakkan tinja walit ke dalam bekas sekecil ini (gambar dibawah) tidak mencukupi.
Jika anda menggunakan bahan yang sedikit, berpunca dari bekalan yang terhad, saya cadang supaya ditambah dan dibancuh dengan bicarbonate ke dalam bekas berkenaan, supaya aroma mmonia yang keluar itu tajam dan kuat baunya (gambar dibawah).
Pengalaman saya, bagi RBW berskala 16'X32' (gambar berikutnya), di dalam di setiap lantai saya meletakkan 3 guni tinja walit ke dalam satu kotak papan dan diletekakan di tengah-tengah bangunan. Hari ini RBW ini telah ada 12 ekor walit yang tinggal di dalamnya dan ada sebuah sarang dalam tempoh 5 bulan pemanggian dibuat.
Bagi rumah yang lama di mana aroma tinja walit telah berkurangan atau tiada langsung, elok dibuat topping up dengan tinja walit yang baru dan dilembabkan sedikit. Tetapi jika walit telah mula menduduki rumah ini dan tinja daripadanya telah menambah bau yang ada, maka tooping up tidak diperlukan.
Tinja walit ini elok diletakkan ke dalam satu bekas dan tidak diserak-serakkan di atas lantai di merata tempat. Ini bagi memudahkan kita melihat tompok tinja walit yang baru menduduki rumah berkenaan.
Skian,
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment