Tuesday, August 7, 2012

MAKMAL WALIT DR AZIZOL: A NEW UPDATE

Salam sejahtera,

Kali terakhir saya menceritakan perkembangan makmal ini ialah pada paparan bulan Julai, 2012. Hari ini sekali lagi saya membuat update yang baru. Untuk makluman anda semua pada penghujung bulan Ogos ini, genap RBW atau Makmal ini berusia 2 tahun.

Pemerhatian saya pada hari ini, terdapat sesuatu yang saya rasa anda perlu tahu. Kelihatan walit telah mula membuat sarang di kawasan "tengah" papan, walau pun masih banyak yang disudut. Sarang di kawasan "tengah" papan sirip ini kalau mengikut bentuk ialah bentuk gred A (180 darjah). Oleh kerana saiz yang masih kecil, maka ia akan menjadi gred AB dan harganya juga rendah sedikit daripada gred AA.

Apa yang penting diperhatikan ialah, rumah walit ini mengambil masa dua tahun juga bagi membolehkan kita melihat perubahan pada gred sarang. Gred B ( 120 darjah ) sememangnya sudah banyak, disebabkan oleh penggunaan papan sudut. Ini juga bermakna kita memerlukan 2 tahun juga untuk melihat perubahan hasil atau pulangan.

Lihat gambar-gambar berikut.











Ini juga bermakna kesabaran itu penting, disamping kita kenalah terus memantau dan mengurskan RBW kita dengan tertib.

Skian, untuk kali ini.


Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment