Apa yang saya akan ketengahkan ini adalah petikan sessi soal-jawab dalam ASIA BIRD'S NEST CONFERENCE pada bulan Ogos, 2005 di mana prosidingnya diterbitkan oleh Jabatan PERHILITAN yang bertajuk EDIBLE NEST SWIFTLETS MANAGEMENT IN ASIA.
Solan dikemukakan oleh Mr Francis Low dan berbunyi seperti berikut: Sejauh mana kerajaan Indonesia mengawal dan menguruskan premis atau rumah burung walit di sana?
Dua orang pakar burung walit daripada Indonesia, ia itu Dr Ani Mardiastuti dan Dr Bodei Mranata memberikan jawapan seperti berikut:-
Undang-undang Indonesia tidak peka kepada kewujudan premis walit. Bagi pihak pedagang sarang burung walit ia merupakan satu bisnis yang amat baik. Mereka di sana tidak seaktif, dari sudut undang-undang, seperti di Malaysia. Kerajaan tempatan tidak mengambil indah dan kemungkinan terlalu sedikit mengenainya. Kadangkala Kementerian Kesihatan yang mengambil berat tentang keadaan di dalam sesebuah premis walit. Mereka ingin menentukan tiadanya punca penyakit zoonotik dan premis walit bebas daripada selsema burung.
Rumusan saya: tiada halangan atau sekatan untuk mendirikan premis walit di Indonesia.
Skian.
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment