Salam
hormat,
Lama
juga saya tidak menulis di dalam blog saya ini, tambahan musim PKP,
tak berapa nak ada idea untuk dikongsi bersama. In sha Allah di masa
yang akan datang.
Kali
ini saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya berkaitan usaha
kita semua memerangi wabak jangkitan covid-19 yang nampak agak tidak
terkawal kebelakangan ini.
Kenapa
agaknya ramai orang Melayu telah dijangkiti dan paling ramai yang
berakhir dengan kematian berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain?
Memang tidak dinafikan orang Melayu merupakan bilangan penduduk
Malaysia yang teramai. Tetapi tidak semestinya teramai juga
dijangkiti. Ini membayangkan kepada saya bahawa tahap kesihatan
masyarakat Melayu amnya berada di tahap yang kurang memuaskan, tanpa
disedari oleh pihak tertentu. Kupasan saya seterusnya akan
merungkaikan kenapa saya beranggapan sedemikian.
Kita
semua tahu bahawa system immunity tubuh badan kita, yang telah
dikurniakan oleh Allah SWT, adalah merupakan satu sistem pertahanan
badan yang cukup hebat. Sistem ini membolehkan seseorang itu melawan
sebarang jangkitan kuman, termasuk virus covid-19. Komponen terbesar
system immunity ini ialah tulang, atau lebih tepat lagi sum-sum
tulang tertentu. Untuk komponen ini menghasilkan antibody yang
tinggi, untuk melawan sesuatu jangkitan, ia memerlukan bahan mentah,
yang perlu dimakan dan terdiri daripada 90 jenis nutrients.
Komponen nutrients
berkenaan terdiri daripada 60 jenis garam galian, 16 vitamin, 12 asid
amino ( essential
amino acids)
dan 3 asid lemak (essential
Fatty Acids).
Bahkan kesemua 90 jinis nutrients
ini diperlukan oleh sesl-sel di dalam tubuh kita setiap
hari,
untuk kekal sihat.
Persoalanya,
adakah kita semua, khususnya orang Melayu, mendapat 90 zat berkenaan
secukupnya setiap hari? Saya percaya tidak, termasuklah saya sendiri.
Di
sinilah timbulnya peranan Sarang Burung Walit (SBW), yang tuan-tuan
sendiri boleh/telah hasilkan untuk di gunakan untuk melengkapkan
kandungan nutrisi makanan anda setiap hari untuk kekal sehat dan
mampu melawak jangkitan kuman covid-19. Takkan
nak jual kesemuanya kan?
Paling
kurang kita tahu bahawa
SBW
memiliki kandungan 10 zat garam galian saperti berikut:-
Kalsium,
Phosphorus,
Sodium,
Zat
besi( iron),
Potassium,
Magnesium,
Zinc,
Chromium,
Selenium,
dan
Copper.
SBW
juga turut mengandungi Protein yang tinggi, dan
juga mempunyai kualiti yang tinggi,
di mana protein ini pula mengandungi 8 asid amino penting untuk tubuh
badan (essentian
amino acids)
daripada 12 essential
amino acids
yang badan kita perlukan setiap hari. Asid amino berkenaan ialah:-
Isoleucine,
Leucine,
Lycine,
Methionine,
Phenylalanine,
Threonine,
Trypthopane,
and
Valine.
Daripada
keterangan di atas boleh dirumuskan secara kasar dengan mengamalkan
memakan SBW atau produk SBW tertentu boleh memenuhi sekurangnya 18
jenis nutrients
yang diperlukan oleh badan kita. Bermakna anda masih kekurangan 72
nutrients
lagi.
Perbezaan
nutrients
ini, kebanyakknya garam galian halus (trace
minerals)
mungkin boleh anda atasi dengan memakan masakan yang menggunakan
garam laut atau garam gunung Himalaya yang berwarna perang. Makanan
hijauan (sayuran) juga boleh menokoktambah perbezaan ini. Bagi asid
lemak pula saya cadangkan anda memakan sumber makanan yang
mengandunginya, seperti minyak flaxseed
yang mengandungi omega 3 dan omega 6 yang mencukupi.
Jadi
dengan berasaskan SBW kita mampu memperolehi 90 essential
nutrients yang diperlukan setiap hari, bagi membolehkan sum-sum
tulang kita menghasilkan antibody yang mencukupi untuk melawan
sebarang jangkitan kuman termasuk covid-19. In sha Allah.
Saya
berharap anda fikirkan pandagan ini, tambahkan lagi ilmu mengenainya
daripada sumber-sumber yang boleh di akui kebenarannya, kemudian
amalkannya.
Skian,
terima kasih.
Dr
Azizol bin Mohd Sharun(DVM, MAgrS).