Thursday, September 3, 2020

ADA PERUBAHAN POSITIF SELEPAS PKP

 Salam hormat,

 

30hb Ogos, 2020: Lendu, Mesjid Tanah Melaka. Sekalai lagi saya dijemput untuk melihat dan membantu memantau perubahan RBW milik seorang rakan lama saya.

 

                                                              RBW Sdr Sastra


Dari sudut sejarahnya, RBW ini telah lama didirikan. Prestasinya tidak memuaskan. Saya telah mencadangkan sedikit perubahan berkaitan kedudukan lubang masuk burung (LMB), yang mana telah dilakukan oleh pemilik premis. Ini menjadikan burung walit masuk ke dalam bangunan cara membelok ke kenan ( clockwise turn ). Kedudukan beberapa tweeter juga telah diubahsuai, mengikit kedudukan LMB yang baharu. Hampir 8 bulan RBW ini tidak dipantau di bahagian dalamnya, sehinggalah ke hari ini.

Semasa mendekati bangunan, saya dapati suara luar RBW ini berbunyi dengan baik. Masuk ke dalam bilik audio, diperhatikan 3 daripada 4  power amps, nampaknya berfungsi. Tetapi apabila masuk ke dalam RBW di tingkat bawah, didapati suara dalam hanya beroperasi di satu lokasi sahaja di tingkat atas. Maknanya ada power amps yang mungkin telah rosak atau sistem pendawaian suara termasuk beberapa tweeter yang turut rosak.

Setelah memantau dikedua tingkat, kami dapati sarang telah banyak bertambah daripada lawatan saya yang akhir. Terdapat di dalam sarang-sarang banyak anak-anak walit pada tahap porcupine stage. Ada juga sarang yang telah kosong dan ditinggalkan. Saya merasakan di tingkat atas, dimana sarang terdapat lebih banyak, suhu agak panas ( saya tidak bawa bersama alat sukat suhu semasa lawatan kali ini ). Jadi kebanyakkan sarang agak kering dan merekah.

Diperhatikan juga banyak cicak di dalam premis, sekitaran papan-papan sirip. Berikutan keadaan ini tidak heranlah kenapa ada terdapat telor-telor walit yang dikuis ibu walit dan jatuh ke lantai.

 

Saya menasehatkan pemilik premis supaya mengambil tindakan-tindakan berikut (susulan lawatan):-

 

1. Pungut semua sayang, selepas beberapa minggu sarang itu nanti akan dikosongkan,

2. Periksa dan bersihkan semua lubang/paip pengudaraan,

3. Buat di luar bangunan, beberapa perangkap cicak,

4. Perbetulkan sistem suara dan ganti Power Amps dan tweeter yang tidak berfungsi.

5. Bersihkan tinja walit yang banyak dibeberapa lokasi, di dalam RBW.

 

Saya yakin, dengan memberikan masa lagi dan dilakukan pemantauwan RBW ini akan beransur pulih dan boleh memberikan pulangan kepada pemiliknya yang sehingga kini terpaksa membayar ansuran pinjaman bank pertanian.

 

Sekian,

 

Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

No comments:

Post a Comment