Thursday, August 22, 2019

SEMINAR MyGAP WALIT DI PEKAN



Salam hormat,

Saya telah berkesempatan turut serta di dalam seminar berkenaan yang telah di adakan di hotel Casa Pekan Pahang pada 08hb Ogos, 2019 yang lalu. Seminar telah dijadualkan selama sehari, tetapi telah disingkatkan kepada setengah hari memandangkan para peserta bersetuju sedemikian.



                                             Di Dewan Seminar


Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi Tahniah dan Terima Kasih kepada JPV Putra Jaya dan Negeri Pahang di atas penganjuran seminar berkenaan. Seminar ini diberikan secara percuma serta makan dan minum disediakan. Alhamdullilah.

Bagi saya seminar ini telah meningkat ilmu terutamanya berkaitan kedudukan semasa perkembangan industri secara am. Seminar juga telah memberikan satu gambaran hala tuju industri di masa yang akan datang.

Kefahaman saya mengenai prasyarat atau dokumentasi (maklumat) yang perlu dilengkapkan, untuk sesebuah RBW mendapat pengiktirafan MyGAP, mengikut borang yang disediakan terlalu terperinci. Ini memberikan gambaran segala rahsia bidangusaha boleh di akses oleh mana-mana pihak yang tidak berkepentingan bagi tujuan yang tidak baik, dan akhirnya berbalik kepada perkembangan industri. Saya berpendapat,maklumat-maklumat yang perlu ada, seperti yang ternyata di dalam borang, sesuai jika maklumat-maklumat tertentu ada di peringkat-peringkat tertentu sahaja. Bukan semua maklumat misti diberikan kepaada Ibu Pejabat JPV. Misalnya rekod pengeluaran SBW perlu ada, tetapi hanya diperingkat pengusaha sahaja, dan tidak perlu di hantar ke Ibu Pejabat JPV. Kewujudan rekod dan penyelenggaraannya boleh di lakukan semasa lawatan pemeriksaan kelayakan.

Satu perkara saya perhatikan seminar ini amat bermunafaat kepada mereka yang terlibat di dalam khidmat rundingan pembinaan sesebuah RBW yang baharu, banyak perkara yang mereka perlu masukkan di dalam perkhidmatan tersebut. Ini nanti akan memudahkan pengusaha berkenaan untuk mendapat kelulusan status My GAP dan disampaing menjamin perkembangan pengeluaran SBW di masa yang akan datang.

Sayangnya, saya perhatikan juga tidak ramai pengusaha Bumiputra di negeri Pahang yang turut serta, anggaran saya tidak sampai 20%. Gambaran kehadiran kaum Bumiputra di dalam mana-mana majlis ilmu masih tidak banyak berubah. Keadaan ini misti berubah, jika kita mahukan kemajuan yang berterusan.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

No comments:

Post a Comment