Friday, August 19, 2016

MAKLUMAT RFID BOLEH JEJASKAN INDUSTRI PETERNAKAN BURUNG WALIT


Salam Hormat,

Dalam satu sessi perbincangan dengan beberapa pengusaha peternakan burung walit baru-baru ini, saya dikejutkan dengan paparan maklumat premis burung walit yang berdaftar dengan JPV. Identiti pemilik dan premis boleh dimuat-turun melalui Google dengan mudah. Lihat contoh berikut.



                                      Contoh Maklumat Yg Di Muat-Turun

Kebimbangan saya di antaranya:-

1. Dengan tersebarnya paparan seperti ini, pengusaha baru akan berfikir banyak kali untuk bekerja sama dengan JPV untuk pendaftaran dan pemasangan RFID di premis mereka,

2. Keselamatan premis walit menjadi tidak terjamin. Pihak yang hendak mencuri sarang walit dengan mudah boleh mengetahui di lokasi-lokasi mana RBW terdapat hanya dengan mengaksesnya melalui google sahaja,

3. Pendedahan maklumat ini, pengusaha industri akan terdedah kepada elemen-elemen negatif lain yang tidak menjurus kepada pembangunan positif industri,

4. Dengan pendedahan ini, pihak JPV boleh dianggap tidak peka dan sensitif kepada rahsia perniagaan dan bidangusaha ( seperti no akauan bank) yang selalunya di jaga dan dilindungi

Jika berlaku sesuatu kecurian terhadap sesebuah premis walit yang produktif, jika pemilik premis membawa kes ini ke Mahkamah dan menuntut ganti rugi dengan pihak JPV/Kerajaan, kemungkinan sukar bagi JPV untuk mempertahankannya.

5. Implikasi politik boleh berlaku berpunca daripada kebocoran maklumat ini.


Gesaan saya kepada pihak berwajib, kaji semula perkara ini. Pastikan maklumat pemilik bidangusaha tidak boleh diakses atau dihadkan maklumat yang boleh dilihat kepada tahap minima sahaja.

Saya juga berpendapat iatu pemasangan alat RFID setakat hari ini tidak memberikan apa-apa faedah kepada kemajuan industri dan para pengusaha


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment