Dari sudut biologi walit, apabila sesekor walit mencapai tahap kematangan, kira setahun umurmya, akan berkahwin. Perkahwinan hanya berlaku apabila walit betina mempunyai kelebihan tenaga atau dengan lain perkataan apabila makanan cukup dan berlebihan. Setelah berkahwin kedua-dua waalit akan membuat sarang untuk menempatkan telor walit betina tadi.
Jika diperhatikan tulisan saya di atas, faktor penentu sama ada walit akan membuat sarang atau pun tidak hanyalah faktor makanan. Ransangan lain TIDAK akan merubah kedudukan tenaga yang diperiolehi walit, khususnya walit betina. Maknanya ransangan lain, termasuk penggunaan "hormon", tidak akan meransang walit untuk membuat sarang.
Bunyi Lagu Yang Diminati Boleh Mempengaruhi
Di rumah walit manakah yang ia pilih untuk membuat sarang pertamanya? Ini akan ditentukan oleh mikrohabitat dan keselamatan yang terdapat di dalam sesebuah rumah walit SERTA kedudukan rumah tersebut (lokasi). Faktor asas penentu kejayaan sesebuah RBW memainkan peranan disini. Simple and straight forward.
Akan tetapi, apabila kesemua keperluan dipenuhi, jangan pula ada gangguan di sudut-sudut sirip dimana walit muda ini hendak mendirikan sarang pertamanya.
Ada satu kes dimana pemilik premis meletakkan kayu bruti di sudut-sudut sirip di dalam premis ini, berkesudahan tiada walit yang menghuni bangunan. Lihat gambar berikut.
Di satu kes yang lain, memberikan gangguna dalam bentuk penggunaan rantai plastik tidak menghalang walit muda mendirikan sarang pertamanya. Cuma sarang akan pecah dan hancur apabila dituai kelak. Sepatutnya dapat sarang gred C, langsung dapat serpihan sarang atau gred D. Pembelian dan pemasangan rantai juga merupakan kos. Rugilah pengusaha.
Rantai Plastik Diletakkan Di Sudut-Sudut
Jika kedudukan rumah tidak strategik, dalam kes di atas, kemungklinan besar walit tidak akan mendiami rumah berkenaan.
Kemungkinan juga si pengusaha beranggapan bahawa dengan berbuat demikian walit muda akan bersarang di bahagian sirip lain dan kualiti sarang boleh meningkat ke gred A. Kita kena ingat dari sudut biologinya walit muda, seperti juga ternakan lain, menghasilkan kuantiti air lior (sarang) yang sedikit pada permulaan bertelor dan akan meningkat mengikut umur ( sejajar dengan umur RBW) dan jumlah kali ia bertelor. Tiada jalan pintas dalam bab ini.
Sekian,
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment