Monday, February 22, 2016

STRATEGI MENCEGAH KEMASUKAN BURUNG HANTU KE DALAM RBW DI SEBUAH LADANG KELAPA SAWIT

Salam hormat,

Bagi seorang pengusaha peternakan burung walit di Kertih 6, Dungun, keberkesanan menghalang kemasukan burung hantu ke dalam RBW beliau bergantu kepada 4 pendekatan:-

1. Elakkan burung hantu daripada menghampiri RBW,
2. Memasang gulongan kawat berduri bermata "pisau"
    di bahagian bawah pintu masuk walit,
3. Memasang lampu "flash" di atas bahagian pintu
    masuk walit, dan
4. Kerap membuat pemantau ke atas RBW berkenaan.





                                        RBW beliau berskala 20'X40'X3

Beliau mencipta satu inovasi, bagi mengelakkan burung hantu menghampiri RBWnya. Saya dapati beliau memasang alat inovasi ini di beberapa lokasi strategik di sekitraran bangunan.




                               Tempat Hingap Burung Hantu Berpaku


                               
                                    Gambaran Jauh Inovasi Berkenaan

Apa yang beliau buat ialah meletakkan sehelai daun sawit di atas besi-besi tajam itu. Oleh kerana tidak kelihatan jelas barisan spike tajam, maka burung hantu akan terbang datang menghampiri RBW dan hinggap di atasnya. Besi tajam akan menusuk ke bahagian perut dan dada burung hantu. Saya perhatikan ada beberapa kesan dan bulu burung hantu melekat pada besi tajam yang digunakan. Terkejut kesakitan ia terus lari. Pengalaman ini menjadikan burung hantu tersebut tidak lagi mahu menghampiri RBW tersebut.

Penggunaan gulongan kawat bermata pisau di bahagian bawah lubang masuk walit pula akan memerangkap burung hantu yang terus hinggap di bahagian pintu berkenaan. Alat ini manakutkan burung hantu tersebut untuk datang pada kali yang kedua dan seterusnya. Memang kita tahu ada burung hantu yang masuk terus ke dalam bangunan tanpa hinggap di pintu. Dalam kes ini ia membantu kaedah lain yang diguna pakai.



                                     Kawaat Duri dan Lampu Flash Di Lubang
                                     Masuk Walit (kurang jelas sedikit)

Lampu LED (Flash) di pasang di atas lubang masuk walit, dihidupkan di sebelah malam sahaja dengan menggunakan sebuah timer. Di atas dinding tembok, yang paling hadapan di gambar di atas, juga dipasang sebaris besi tajam.

Akhir sekali, pemantauan yang kerap oleh pemilik RBW ini juga memberikan kesan terhadap usaha mengekang kemasukan burung hantu ke dalam RBWnya. Tinjauan ringkas saya ke dalam RBW berkenaan menampakkan satu populasi burung yang banyak, demikian juga sarangnya.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd sharun

No comments:

Post a Comment