Saturday, May 30, 2015

KELKATU SEJENIS SERANGGA MAKANAN WALIT

Salam hormat,

Pemerhatian ini dibuat pada 09.05.15 di bandar Kuala Terengganu. Kira-kira jam 7.40 malam, semasa saya melintasi jalan berhampiran Bank Islam Kuala Terengganu, kelihatan banyak sekali walit "berkerumum" sekitaran papan tanda bank yang berwarna putih. Pada waktu ini kebiasaanya walit telah hampir semua memasuki rumah mereka. Oleh kerana kelkatu ini, masih banyak yang mengambil kesempatan menyambar kelkatu yang banyk keluar dan beterbangan ketika itu.

Sempat saya menangkap beberapa ekor kelkatu tersebut. Pemerhatian saya:-

1. Mempunyai dua kepak nipis yang serupa bentuk,
2. Panjang badan (body length): 0.5 sm,
3. Lebar badan: 0.2 sm
4. Badan berwarna: choklat muda ( light brown)


                                                    Kelkatu Kecil

Dari segi biologynya, ia tergulong ke dalam oder Isoptera. Saya mengatakan ia sejinis kelkatu kerana sesungutnya lurus (antennae lurus), memiliki kepak yang serupa bentuknya dan bahagian tengah badan lebar (semut mempunyai bahagian tengah badan yang genting ).


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment