Friday, April 10, 2015

MAKMAL WALIT DR AZIZOL DISERANG BURUNG HANTU KALI KE TIGA

Salam hormat,

Oleh kerana terlalu lama tidak memasuki makmal ini, sehinggalah pada bulan March lepas, sekali lagi saya dikejutkan oleh pemangsa walit, iaitu burung hantu. Selepas serangan yang ke dua tahun lepas saya tidak sempat mengambil tindakan dan langkah penjagaan bagi mengelakkan serangan burung hantu daripada terus berulang.

Setelah memasuki tingkat bawah bangunan makmal ini, kesilapan saya meletakkan tangga betul-betul ditengah lubang masuk ke tingkat bawah, saya dapati kesan tinja burung hantu ada terdapat di atas tangga berkenaan dan di atas lantai. Tidak syak lagi ada burung hantu di dalam bangunan ini.

                                    Atas Tangga: Kesan tinja burung hantu

                                            Atas Lantai: Kesan tinja burung hantu

Oleh kerana bangunan makmal ini telah ditengelami air semasa banjir lepas, maka bekalan elektrik turut terputus. Semasa pemantauan ini dibuat dalam bangunan berkeadaan gelap. Lampu pun saya tidak bawa. Dengan menggunakan flash camera, daripada gambar yang diambil dapat disahkan bahawa terdapat beberapa ekor burung hantu di dalam rumah ini. Semasa saya keluar, mengambil udara, kelihatan induk burung hantu terbang ke arah hutan berhampiran seperti yang lepas-lepas.

                                  Burung hantu di pintu kedua masuk walit di tingkat atas

Saya mengambil keputusan untuk berusaha menangkap burung hantu ini pada keseokkan harinya. Dalam perjalanan pulang saya terus memikirkan strategy yang perlu saya gunakan bagi menangkap kesemua burung hantu berkenaan. Saya menjangkakan ada kira-kira 6 ekor kesemuanya, termasuk dua ekor induk.

Satu cara ialah dengan menggunakan tangga yang sesuai, pertama sekali elakkan bunyi bising dan tutup lubang masuk walit dengan menggunakan kepingan papan lapis.

                                    Lubang masuk walit ini ditutp dengan plywood

Setelah dapat ditutup, kepingan plywood terus dipakukan ke papan bruti di sekeliling pintu, bagi memastikan burung hantu tiada seekor pun yang dapat keluar melarikan diri. Saya terus memasuki ruangan bersarang di tingkat atas bersama seorang pembantu ladang Syarikat Kembar Teguh Sdn Bhd. Ternyata terdapat 6 ekor burung hantu di dalam bangunan tersebut ketika itu.

                                     Burung hantu sekelompok 6 ekor

Dengan menggunakan tangguk ikan, kesemua burung hantu ini berjaya diberkas. Tindakan sewajarnya telah diambil, bagi memastikan ia tidak kembali ke bangunan makmal ini di masa yang akan datang.


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

2 comments: