Monday, July 15, 2013

MAKLUMAT RINGKAS: EKSPOT SARANG BURUNG WALIT KE CHINA MUNGKIN PULIH DALAM MASA TERDEKAT


Salam hormat dan selamat meneruskan ibadah puasa,

Pada halaman yang saya ketengahkan di blog ini pada 22 Jun, telah menceritakan kedudukan 15 buah syarikat yang memohon untuk mendapat kelulusan untuk mengekspot SBW ke China. Ekoran daripada itu saya terus bertanyakan kepada Dr Hisyam akan kedudukan terbaharu mengenainya.

Pada 13hb Julai lalu, saya sempat berbual dengan Dr Hisyam (DVS, Putra Jaya) mengenai usaha mengekspot semula SBW ke negera China. Saya terus bertanyakan kedudukan 9 buah syarikat yang telah mendapat kelulusan bersyarat daripada pihak pengodit daripa pihak berkuasa China tempoh hari.

Menurut beliau, kakitangan konsultansi DVS telah pun melawat dan menyelia isu-isu dan perkara-perkara yang perlu di ambil tindakan oleh kesemua syarikat berkenaan. Pihak jabatan memberikan masa dalam 3 minggu lagi untuk mereka membuat segala perubahan yang diminta. Selepas tempoh 3 minggu yang akan datang, apabila mereka ini diluluskan oleh pihak pemantau ini, mereka akan di daftarkan dengan pihak berkuas China dan seterusnya boleh mengekspot raw cleaned bird nests.

Menurut beliau lagi, insyaAllah permasaalah ini akan selesai dalam tempoh sebulan daripada sekarang.

Dengan berlakunya ekspot SBW yang telah dibersihkan ini nanti, kami percaya harga komoditi ini di pasaran tempatan akan bertambah baik.

Beliau turut menyatakan kepada saya, terdapat 16 buah syarikat baru yang telah mengemukakan permohonan untuk mendapat kelulusan mengekspot daripada pihak berkuasa negara China. Tiada satu pun syarikat bumiputra yang mengambil bahagian, katanya lagi. Melalui perbualan itu beliau mengajak syarikat Bumiputra yang berkelayakan untuk memohon di masa-masa yang akan datang.

Skian.


Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment