Sunday, September 9, 2012

MINUMAN SBW MERIAHKAN LAGI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI TAMAN SERI PENGKALAN

Satu majlis sambutan Harai Raya Aidil Fitri 1433, bagi Taman Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka telah diadakan pada 08hb September bermula jam 8 malam bertempat di premis gelanggang futsal taman Sri Pengkalan. Pelbagai kaum turut hadir bersama-sama dengan wakil rakyat kawasan berkenaan.



Di antara makanan yang dihidangkan pada majlis ini ialah lempeng niyor beserta dengan sambalnya, lemang bersama rendang ayam, pangang daging ayam dan daging kambing beserta black papaer sourse, satay ayam, cendol, jemput-jemput, dan ice cream. Antara minuman yang disediakan ialah teh dan kopi panas, syrup ice dan minuman sarang burung walit.





Mungkin ada di antara anda yang ingin mengetahui bagaimana minuman SBW ini disediakan. Berikut saya ceritakan secara kasar tetapi boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang ingin mencuba. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Cik Suzana Jasmin di Ag Walit Training Centre.

Hanya 4 keping SBW yang sudah dibersihkan diguna untuk penyediaan minuman ini. Ia di masak secara perlahan dalam 1 liter air selama kira-kira 3 jam. Ini bagi menyediakan apa yang kami sebut sebagai pati SBW dan disimpan ke dalam kelalang kaca (gambar berikutnya).



Dua bungkus herba laichikang (RM2.50/bungkus), yang dibeli daripada kedai sensieh China digunakan sebagai bahan campurannya. Satu pek campuran ini dimasak dengan 2 liter air dan 1 kg gula batu, yang juga dibeli daripada kedai yang sama. Ia di masak sehingga kembang. Oleh kerana periuk memasak ini hanya mampu menampung 2 liter muatan, 2 pek herba laichikang dimasak dua kali.







Setelah kembang ia dicampurkan dengan satu liter pati SBW. Dikacau dan sedia untuk dibawa ke majlis untuk dibancuh dan dijadikan minuman air SBW. 

Untuk satu pek campuran herba dan laichikang dimasukkan ke dalam air suam sebanyak 13 liter (lebih kurang ). Kemudian di di tambah dengan sedikit air gula (secukup rasa ) dan kordial perisa air kelapa laut. Campuran ini dikacau dan kemudian di tambah sedikit lagi air dan ketulan ice. Minuman ini sedia untuk dihidangkan atau diberikan kepada pengunjung.











Amnya, 1 liter pati SBW beserta dengan 4 liter masakan herba laichikang dijadikan 60 liter minuman. Oleh kerana kelalang yang digunakan hanya mampu disini dengan 30 liter muatan, bermakna bahan-bahan itu tadi dibancuh dua kali.

Saya perhatikan ramai para jemputan yang berminat dengan minuman ini dan ada yang mengambilnya berulang kali.





Cerita ini dirakam dan dimuatkan ke dalam blog ini bertujuan untuk memperkayakan lagi jinis minuman yang boleh dihidangkan di majlis-majlis keramaian, khususnya majlis sambutan Harai Raya Aidil Fitri. Berbanding dengan minuman lain, ia lebih baik dan berunsurkan kesihatan.

Saya berharap rakan-rakan di luar sana akan cuba berbuat sesuatu bagi membolehkan hidangan ini menjadi salah satu hidangan tetap di majlis-majlis keramaian. Usaha ini tidak secara langsung dapat membantu mengalakkan pemasaran SBW tempatan.

Jika kita benar-benar yakain minuman SBW ini baik dan berkhasiat kenapa tidak kita jadikan minuman untuk seisi keluarga, sahabat handai dan tetamu-tetamu kita.

Dari sudut kos hidangan ini, ia tidaklah mahal sepertiman anggapan sesetangah pihak. Bagi campuran di atas tadi, ia boleh diberikan kepada seramai 240 pengunjung, dengan andaian setiap pengunjung meminum 250ml sahaja. Kos secawan minuman (250 ml) ialah RM0.70 (tujuh puloh sen) sahaja. Ini lagi murah daripada teh atau teh tarik di kedai-kedai tempatan tetapi berkhasiat.

Skian

Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment