Saturday, July 21, 2012

KEPINGAN MOZEK (MOSAIC TILES) DI SEKELILING BANGUNAN SEBAGAI KAEDAH PENGHALANG MUSUH WALIT

Dalam sessi penerangan mengenai Amalan Peternakan Yang Baik (GAHP) bagi peternakan burung walit, saya kerap menunjukkan gambar dimana di sekeliling lubang masuk walit ditampal atau dilapik dengan beberapa lebar kepingan mozek, sebagai satu langkah menghalang musuh walit daripada memasuki bangunan.




Di dalam ceramah lain pula, saya juga menunjukkan kepingan alluminium, selebar 3 kaki di tampal disekeliling bangunan, pada ketinggian antara 2 ke 6 kaki daripada tanah, bagi tujuan yang sama. Ia terbukti berkesan bagi mengelakkan musuh walit seperti biawak, tikus dan ular.






Pada hari ini (21hb Julai, 2012) saya melawat ke sebuah RBW di Manir, Kuala Terengganu. Tujuan lawatan ialah untuk memberikan pandangan ke dua kepada pengusaha mengenai kedudukan dan keadaan RBW beliau. Di akhir lawatan itu saya tertarik dengan penggunaan kepingan mozek yang dipasang disekeliling bangunan bagi mencegah musuh walit. Sungguh pun agak mahal jika di bandingkan dengan penggunaan kepingan alluminium, tetapi ia nampak lebih kemas dan cantik.






Skian, untuk renungan kita bersama. Selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga amalan kita diberkatinya. Amin.




Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment