Cerita lebih lengkap dan terperinci akan saya muatkan kemudian.
Ceritanya begini, pada 21hb March 2012 yang lepas, saya kebetulan pergi melawat Pengkalan Bird Sanctuary di Alor Gajah, Melaka. Sewaktu sibuk memerhatikan burung-burung yang ada di sanctuary ini datang lah sebuah kembara, dan dipandu oleh seorang Makcik. Biasalahkan kita melihat kembara dipandu oleh seorang Makcik. Beliau ini rupanya saudara kepada tuan rumah (Abg Mat) dari tapak rumahnya kami memerhatikan burung-burung disitu.
Saya, sambil memerhatikan burung-burung disitu, terdengar dia menasehatkan saudaranya supaya memakan sarang burung walit. Mungkin antara ahli keluarga mereka ada yang menghadapi masalah kesihatan agaknya. Setelah mereka selesai, saya pun bertanya kepada Makcik berkenaan, tentang apa yang diperkatanya sebentar tadi.
Secara ringkasnya, beliau telah memakan sarang burung walit ini semenjak tahun 1970 lagi sehingga sekarang. Beliau juga memakan anggur DAN BIJINYA sekali (kenyataan lengkap akan saya dapatkan kemudian). Beliau dalam tempoh tersebut tidak pernah sakit-sakit, sehinggalah ke hari ini. Umur beliau sekarang sudah mencecah 72 tahun.
Rumusan ringkas saya, beliau mendapat sumber protin (protin bernilai biologi yg tinggi daripada sarang burung walit, sarang burung walit mengandungi 30 ke 50% protin), bekalan kalsium yang cukup (sarang burung walit mengandungi kalsium dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam susu ) dan bekalan antioxidant setiap hari daripada biji anggur yang beliau makan. Grape seed extract adalah merupakan pembekal antioxidant yang paling tinggi dan bahan ini ada dijual di pharmacy tempatan. Saya sempat merakamkan beberapa gambar Makcik (nama pun tak sempat nak tanya) tersebut.
Hebatkan Makcik ni....
No comments:
Post a Comment