Monday, July 22, 2019

BANYAKNYA TWEETER


Salam hormat,


Berikut adalah gambar di dalam nesting area bagi dua RBW yang berasingan. Pada hemat saya terlalu banyak tweeter di pasang.



                                                  Nesting Area RBW Pertama



                                      Nesting Area RBW Ke Dua



Apa yang pernah saya sarankan mengenai jumlah tweeter di perlukan untuk satu-satu ruang ialah dengan membahagikan luas nesting area dengan 13. Lihat contoh berikut.


              Luas Nesting Area=  20’ X 60’ = 1200 kaki persegi.

              Anggaran Jumlah Tweeter = 1200/13 = 92.3 buah tweeter.


92 buah tweeter kesemuanya, termasuk tweeter suara tarik.

Bagi ke dua-dua kes ini, jumlah tweeter yang begitu banyak tidak pula dipadankan dengan kekuatan atau jumlah Power Amp yang seharusnya digunakan. Selain daripada itu kos kesemua tweeter, pendawaian  dan upah pemasangan telah membebankan penternak.

Untuk makluman anda juga, setelah dipasang begitu banyak tweeter, ke dua-dua RBW ini tidak pula mendapat respon daripada walit seperti yang di harapkan.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).


Thursday, July 11, 2019

TAKUNGAN-TAKUNGAN BERAIR MAMPU TINGKATKAN KELEMBAPAN DALAM RBW.




Salam hormat,


Suhu didalam RBW yang rendah, antara 26 ke 30 darjah selsius, biasanya akan menghasilkan tahap kelembapan yang sesuai bagi ruang walit bersarang, antara 80 ke 85%.

Pendekatan yang sesuai diambil oleh pengusaha ialah mendapatkan dahulu data asas (base data) bagi suhu dan kelembapan di dalam setiap ruang bersarang. Jika suhu di dalam premis sudah berada di lingkungan 26 ke 30 darjah selsius tetapi tahap kelembapan masih rendah, anda bolehlah meletkkan beberapa tanungan air di atas lantai ruang walit bersarang (Nesting Area) bagi meningkatkan kelembapan, seperti di dalam gambar berikut. Setelah diletakkan takungan-takungan tersebut, sesuai diukur sekali lagi tahap kelembapannya, sama ada telah memadai atau pun tidak.



                                                   Kotak-Kotak Takungan Berair


Lakukan pengbahsuai jumlah takungan, sehingga kelembapan berada di tahap yang dikehendaki.

Bagi kes RBW Tuan Hj Khamis (data dan pemerhatian dalam kes ini), dengan jumlah takungan air yang banyak, telah meningkatkan kelembapan di dalam ruang walit bersarang ke tahap yang agak tinggi, melepasi keperluan untuk walit. Pada tahap ini biasanya tiada memberikan permasaalahan kepada walit. Tetapi ia akan mengalakkan pertumbuhan kulat di papan-papan sirip. Jadi kurangkan jumlah takungan air tersebut dan ukur sekali lagi kelembapan, sehinggalah sampai ke tahap kelembapan yang diperlukan.




                                  Kesan Kulat Pada Sirip Di RBW Tuan HJ Khamis




Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).