Wednesday, August 22, 2018

KUCHING BOLEH MEMBANTU MENGAWAL MUSUH DI RUMAH BURUNG WALIT



Salam hormat,


Salah satu musuh utama yang terdapat di sesebuah RBW ialah tikus. Masaalah boleh menjadi serius terutamanya apabila kedudukan RBW tersebut berhampiran dengan kebun atau hutan belukar. Masaalah ini boleh ditambah rumitkan lagi apabila sesebuah RBW itu tidak menggunakan longkang berair atau kolam di sekeliling RBW berkenaan.

Satu penyelesaian yang agak mudah dan berkesan ialah dengan memelihara beberapa ekor kucing di premis atau berdekatan dengan premis walit.





Bagi pengusaha yang memelihara kucing di premis walit, salah satu aktiviti tambahan pengurusan ialah, setiap harai atau selang dua hari sekali, kena pastikan kucing ini sehat dan senantiasa ada bekalan makanan dan air minuman yang bersih di sangkarnya.





Sekian,





Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).

Wednesday, August 15, 2018

PENTERNAK BURUNG WALIT MISTI JAGA KESIHATAN DIRI



Salam hormat,


Untuk membolehkan seseorang itu berjaya, di dalam apa jua bidang pekerjaan atau kegiatan, kesihatan diri yang baik adalah merupakan salah satu faktor penting yang mesti diberikan perhatian. Kepentingan ini tidak terkecuali bagi seseorang penternak burung walit.

Kebelakangan ini saya dengar beberapa kes kematian penternak burung walit, yang saya taksir mereka ini masih “muda”. Memang ajal-maut itu telah ditentukan oleh tuhan. Bagi aktiviti peternakan burung walit yang berkumpulan, atau berkongsi modal dalam pembinaan dan pengurusan sesebuah RBW, mungkin perjalanan bidang usaha ini tidak banyak menjadi masalah dan boleh berjalan seperti mana biasa jika salah seorang daripada mereka meninggal dunia atau ditimpa musibah.

Bagi penternak individu, sebarang kes kematian atau pun sebarang kehilangan upaya, misalnay disebabkan stroke akan membantutkan perjalanan dan pengurusan aktiviti peternakan mereka. Keadaan ini juga tidak terkecuali akibah kesan kemalangan di jalan-jalan raya.





Apa yang saya lihat dalam banyak kes, akhirnya aktiviti peternakan dan RBW mereka terbengkalai. Ini amat merugikan kita orang Melayu bagi tempoh jarak panjang.

Dalam bab ini, saya suka mengingatkan semua yang berkaitan, sesama kita senantiasa menjaga kesihatan diri masing-masing. Bagi mereka yang telah melewati umur 50 tahun WAJIB membuat pemantauan berkala tentang tekanan darah dan status gula di dalam darah masing-masing. Kurangkan sedikit memakan makanan yang mengandungi gula yang tinggi, serta kurangkan sedikit nasi yang di makan. Kandungan garam di dalam masakan juga sesuai di kurangkan dan banyakkan meminum air masak. Berkaitan hal yang sama juga, marilah kita lakukan senaman yang ringan dan sesuai buat diri masing-masing secara berkala dan berterusan.

Apabila kita berada di atas jalan raya, ikut peraturan yang sedia ada. Elakkan memandu laju melebihi dari yang dibenarkan. Rancang setiap perjalanan dan pastikan kenderaan kita senantiasa berada di tahap yang sepatutnya.


                                           Patuhi peraturan ketika di jalan raya


Akhir sekali, dan ada juga kaitan dengan tajuk yang saya bincangan di atas, saya juga ingin menekankan pentingnya setiap penternak burung walit ada PEWARIS daripada sekarang. Jika tiada, sesuailah dibuat sesuatu. Anak-anak muda hari ini saya perhatikan tidak ramai yang mahu mengikuti jejak langkah ayah masing-masing, sungguh pun aktiviti peternakan burung walit yang dilakukan oleh ayah mereka jelas memberi pendapatan yang jauh lebih baik daripada pekerjaan masing-masing. Pendedahan dan pembelajaran perlu dijalankan seawal mungkin. Penerapan minat serta kefahaman dalam bab ini memerlukan masa yang panjang dan berterusan.



Fikir-fikirkan.


Sekian,




Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS).