Wednesday, May 23, 2018

TRANSFORMASI PAPAN SUDUT

Salam hormat,

Penggunaan papan sudut di dalam kotak-kotak persarangan walit bukanlah sesuatu yang dimistikan. Ia hanya bertujuan untuk menghasilkan SBW yang sudutnya melebihi 120 darjah. Oleh yang demikan, jika sarang bersih, gred dan harga sarang boleh ditingkatkan dari gred C kepada gred B.


Sejak dahulu dan sehingga sekarang masih banyak RBW yang menggunakan papan dari kayu meranti merah dan di pasang di sudut-sudut kekotak walit bersarang. Ada yang bersudut tepat dan ada yang berongga.


                                       Bersudut Tepat

                        Kepingan Papan Sebagai Papan Sudut

Berikutnya pula ada yang telah menggunakan papan sudut ini yang diperbuat daripada bahan campuran plastik, seperti di dalam gambar berikut. Namun penggunaannya tidaklah meluas.



Kebelakangn ini timbul pula versi jaring sebagai mengantikan fungsi papan sudut yang asal. Versi yang diperbuat daripada jaringan wire ( stainless steel ) juga ramai yang menggunakannya.


                             Jinis Stainless Steel Wire Mesh


Terkini telah mula diperhatikan ramai yang menggunakan kepingan jaring yang diperbuat daripada plastik bagi menggantikan papan sudut. Jinis jaringan ini serupa dengan yang digunakan oleh mereka yang menternak ikan di dalam sangkar.


                                                               Jaring Plastik

                          Jaringan Plastik Di Lapik Ke Atas Papan Sirip



Menurut sumber yang sahih, mereka menyatakan penggunakan jaring ini lebih memudahkan kita sewaktu untuk mengambil sarang. Lebih penting lagi ialah disebabkan harganya yang jauh lebih murah dari yang lain-lain.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)

Thursday, May 3, 2018

PRU 14 DAN INDUSTRI SBW

Salam hormat,

Saya difahamkan ada sesetangah pihak di kalangan parti lawan kerajaan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan sedia ada terhadap negara China. Kononya kerajaan sedia ada telah mengadaikan maruah negara kepada kuasa ekonomi dunia tersebut. Ini dikaitkan dengan beberapa pelaburan projek mega yang dijalankan oleh kerajaan sedia ada yang melibatkan negara tersebut termasuk juga rakan kongsi PROTON.

Dalam banyak hal, saya pernah menyatakan bahawa Malaysia atau mana-mana negara sekali pun di dunia ini tidak akan dapat mengenepikan hakikat bahawa kesan kuasa ekonomi baharu ini tetap ada kepada semua negara. Apa yang mustahak pada hemat saya, kita perlu terus berwaspada dan mengetahui akan buruk dan baiknya sesuatu dasar yang digubal.


Kita semua sedar satu ketika dahulu negara China telah menyekat kemasukan SBW ke negara tersebut kerana kandungan Nitrite yang tinggi di dalam SBW yang negara kita hasilkan. Kesannya, ramai pengusaha SBW tanpa mengira kaum, telah terjejas beberapa tahun pendapatan dan perniagaan mereka. Seterusnya kerajaan sedia ada telah berusaha bersunguh-sunguh untuk mendapatkan semula kebenaran mengekspot SBW ( walaupun dalam bentuk raw cleaned) ke China dan berterusan sehingga sekarang. Baru-baru ini kita telah dimaklumkan satu dasar baru dalam pegekspotan SBW mentah (raw uncleaned) ke negara tersebut. Jika ini berjaya nanti, itu pun jika kerajaan sedia ada masih memerintah negara, lebih ramai pengusaha kecilan terutamanya akan mendapat faedahnya. Sehubungan dengan perkara yang sama, saya ingin mengajak semua yang terlibat dengan industri ini supaya berfikir sebaiknya akan sebarang kesan PRU ke 14 ini nanti. Jika kita tersilap memberikan sokongan, kebimbangan saya ramai di antara kita akan menemui satu masaalah baru, yang mungkin berpanjangan, iaitu ekspot SBW kita ke China akan di batalkan oleh negera tersebut.

Lebih serius lagi, berkaitan hal yang sama, ialah kesan negatif yang akan menimpa industri minyak sawit negara. Pengekspotan hasil durian Malaysia ke China juga akan mengalami nasib yang serupa.

Masa masih belum terlewat, fikirlah sebaik mungkin hal ini. PRU 14 ini juga pada hemat saya adalah merupakan satu tanggungjawab kita, secara tidak langsung, untuk memastikan hasil SBW kita akan terus dapat menikmati taraf ekspot yang berterusan, harga stabil dan yang baik. Gunakanlah kuasa kita untuk menentukan masa depan kita sendiri yang lebih baik.

Pepatah Melayu pernah mengungkapkan " janganlah curahkan pasir kedalam periuk nasi kita sendiri"


Semoga segala usaha kita dipermudahkan Allah SWT. Aminnn.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).