Salam Hormat,
Sebagai satu usaha untuk menambah punca dan makanan walit, saya menyarankan supaya di sekitaran RBW, kita tanam dengan beberapa jinis tanaman yang boleh menghasilkan beberapa jinis serangga yang menjadi makanan walit. Selain dari membekal makanan walit, tanaman-tanman berkenaan juga boleh menyejukkan bangunan seterusnya mengstabilkan kelembapan di dalam RBW.
Diantara tanaman yang sesuai termasuklah:-
1. Tanaman Pisang,
Tak kisahlah apa jinis pisang pun, semuannya sesuai ditanam bagi maksud ini. Anda perlu perhatikan supaya hujung daun (pelepah) pisang tidak mmencecah dinding bangunan RBW. Jika bersentuhan dikuatiri musuh walit dengan mudah menaiki dan meamasuki RBW. Batang dan bunga pisang ini memang banyak menghasilkan serangga yang sesuai sebagai makanan walit.
Tanaman Pisang
Sewaktu pisang-pisang ini berbungga, memang banyak serangga terdapat pada bunga-bunga berkenaan.
Serangga Pada Bunga Pisang
Tanaman pisang ini terbukti mampu meningkatkan populasi walit yang mendiami RBW dan seterusnya hasil sarang setiap bulan. Ada satu RBW milik orang China di Kg Tok Kah, Dungun, Terengganu menghasilkan sarang yang banyak, melebihi 10 Kg sekali pungut, satu sebabnya yang saya perhatikan ialah RBW ini didirikan di tengah-tengah perladangan pisang.
Selain daripada bunga pisang ini, diperhatikan juga, buah-buah pisang atau kulit pisang juga mampu menarik serangga seperti bari-bari. Batang-batang pisang setelah dipetik buahnya, setelah ditebang dan dikerat-kerat, apabila dilonggokkan disekitaran bangunan walit ini juga mampu menghasilkan banyak serangga yang boleh dijadikan makanan walit.
Bari-bari Pada Buah Pisang
2. Pokok Petai Belalang
Pokok petai belalang juga sesuai di tanam di sekeliling RBW. Ada juga yang menanam pokok ini berdepan dengan LMW. Di musim pokok petai ini berbunga, diperhatikan banyak serangga yang datang. Di antara serangga-serangga ini adalah serangga makanan walit.
Bunga Petai Belalang
3. Pokok Ara.
Buah-buah ara yang masak menghasilkan banyak serangga yang sesuai dijadikan makanan walit. Ara boleh berbuah antara 3 ke 4 kali dalam setahun. Ia juga boleh ditanam dikeliling RBW. Saya cadangkan tanamlah 2 ke 3 pokok dengan jarak yang sesuai.
Pokok Dan Buah Ara (muda)
4. Pokok nangka.
Buah nangka yang membusuk dipohon juga diperhatikan menghasilkan banyak serangga kecil yang menjadi makanan walit. Ini termasuklah buah-buah nangka yang busuk dan jatuh di pangkal pohon. RBW yang didirikan ditengah ladang nangka yang telah berbuah, saya yakin keadaan yang sama seperti di dusun pisang akan berlaku.
Buah Nangka Yang Memburuk Di Atas Pokok
Walit Mengelilingi Pokok Nangka
5. Pokok Rhu (Cemara).
Tanaman ini juga sesuai ditanam disekitaran RBW. Dedaun dan bunga pokok ini memang disukai oleh sesetangah serangga yang menjadi makanan walit. Cumanya, pokok ini sedikit sukar untuk di tanam dan memerlukan jinis tanah yang berpasir.
Saya perhatikan, hampir setiap kali saya memerhatikan penerbangan keluar walit diwaktu subuh dari Kg China Kuala Terengganu, banyak walit yang singah dan mengelilingi pucuk pokok-pokok Rhu di sekitaran Water Front, Kuala Terengganu sebelum meneruskan penerbangan ke kawasan pemburuan makanannya.
Pokok Rhu atau Cemara
Selain daripada menanam pokok- pokok yang saya sebutkan di atas, anda juga boleh menghasilkan banyak serangga untuk walit dengan membuat longgokkan sisa buah-buahan untuk memburuk disekitaran RBW. Anda boleh buat seperti longgokkan sampah, yang kita bisa buat untuk setiap rumah kita. Bezanya disini kita hanya melonggokkan sisa pisang, termasuk keratan bantang pisang, kulit pisang, sisa nenas, buah ara yang masak dan sisa lain-lain buah termasuk betik. Longgokkan ini dibiarkan reput sendiri. Usaha ini juga mampu menambah bekalan makana untuk walit sekali gus menaik lebih banyak walit untuk datang ke premis kita.
Sekian, selamat mencuba.
Dr Azizol bin Mohd Sharun
Saya menyediakan khidmat rundingcara untuk membina rumah walit baru, ubahsuai dan baikpulih rumah walit yang bermasaalah. Khidmat kursus ala digital peternakan burung walit juga disediakan.
Friday, October 14, 2016
Tuesday, October 4, 2016
KETAHUILAH LOKASI DAN SETERUSNYA POTENSI RBW ANDA
Salam hormat,
Pemerhatian saya mendapati masih ramai pengusaha RBW tidak mempunyai ilmu asas peternakan burung walit. RBW yang didirikan atau yang dibeli daripada pihak lain tidak disedari sama ada lokasinya sesuai atau pun tidak. Tetapi kebanayakkan pemilik RBW ini mengharapkan jumlah sarang yang banyak dalam masa atau tempoh tertentu. Sedangkan lokasi RBW berkenaan tidak berada di lokasi yang berpotensi untuk berkembang, dengan lain perkataan lokasinya tidak sesuai. Tentunya di lokasi-lokasi seperti ini memerlukan masa yang lama, 7 ke 10 tahun, untuk berlakuknya peningkatan jumlah burung yang mendiami RBW berkenaan. Ini juga bergantung kepada sejauh mana RBW berkenaan terus ditadbir urus dengan baik.
Terdapat 3 lokasi yang berpotensi untuk didirikan RBW.
1. LUBUK burung walit,
2. LALUAN utama burung walit, dan
3. Kawasan pemburuan makanan walit.
Diluar 3 lokasi yang tersebut di atas, sememangnya ada terdapat burung walit (ujian suara Dures), tetapi memerlukan tempoh masa ( tahun ) yang lama, bukan sahaja untuk walit mula menduduki premis baru ini, bahkan juga untuk meningkatkan jumlah populasi walit di dalam premis sedia ada.
Kadangkala kita perhatikan pelbagai usaha telah dibuat termasuklah menambah baik iklim persekitaran dalam RBW serta tarikan-tarikan yang sesuai (sarang tiruan), tetapi tidak juga berkesan untuk meningkatkan jumlah walit yang mendiami premis berkenaan. Pemilik RBW seperti ini jangan mudah kecewa, tetapi bersabar dan terus menguruskan RBW tersebut dan berikan masa, walau pun bertahun lamanya.
Berbanding dengan kawasan atau LUBUK walit, yang mana kebiasaanya di bandar-bandar dan persekitarannya, seperti Kuala Rompin (Pahang), Kuala Berang (Hulu Terengganu), Gua Musang (Kelantan), Kota Tinggi (Johor), Mukah (Sarawak) dan Sitiawan (Perak), masa yang diambil untuk walit mula mendiamai premis yang baru ini adalah singkat. Pengalaman saya di kawasan seperti ini, pemanggilan walit di hari pertama telah ada beberapa ekeor walit yang mendiami premis yang baru siap. Bagi kawasan-kawasan seperti ini potensi untuk meningkatkan populasi walit yang mendiami sesebuah RBW, yang akhirnya produktiviti sarang yang banyak adalah tinggi.
RBW yang gagal dan berada di kawasan LUBUK burung ini hanya berpunca daripada ketidak tepatan iklim persekitaran di dalam bangunan, pengurusan yang lemah, serta gangguan musuh walit. Apabila isu-isu tersebut diatasi satu persatu, akan berlaku peningkatan populasi yang mendiami premis berkenaan dan terus berkembang.
Demikian jugalah bagi RBW yang didirikan di kawasan LALUAN burung walit yang menghubungkan LUBUK burung walit (di atas tadi) dengan kawasan pemburuan makanannya.
Kita semua mengetahui bahawa walit terbang jauh, beratus kilometer, untuk ke tempat pemburuan makanannya. Ini juga bermakna di satu-satu kawasan pemburuan makanan ini terlalu banyak walit yang datangnya daripada berbagai LUBUK walit yang berhampiran. Seterusnya, keadaan ini menjadikan kawasan pemburuan makanan walit ini (bukan semuanya) jauh lebih tinggi potensinya berbanding dengan satu-satu LUBUK walit. Kejayayaan di lokasi pemburuan ini apabila didirikan RBW boleh mencapai 80% kejayaan.
Bagi RBW yang berada di 3 lokasi utama (di atas), pemilik boleh melakukan beberapa perkara tambahan untuk terus meningkatkan populasi walit yang mendiami sesuatu premis. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh tuan-tuan ambil;
1. Pengurusan RBW: Pastikan terutamanya iklim persekitaran di dalam RBW senantiasa baik dan mengikut piawaian yang sepatutnya, misalnya suhu di dalam premis antara 28 ke 29 Selsius dan kelembapan antara 80 ke 90%. Jangan lupa kawal musuh termasuk semut,
2. Bagi RBW yang telah lama ( 5 tahun ke atas) dan selama ini mengamalkan sistem terbuka (di dalam premis walit) sesuai dilakukan perubahan dengan mendirikan beberapa kamar atau bilik. Saiz bilik jangan kurang daripada 12 kaki panjang dan 12 kaki lebar (144 kaki persegi). Pastikan kedudukan bilik ini sesuai serta mengikut tataruangnya dan tidak menyulitkan walit masuk-keluar,
3. Tambahkan lantai untuk menambah ruang untuk bersarang. Tambahan lantai ini hanya boleh dibuat kepada RBW yang tinggi sirip ke lantai setinggi sekitaran 12 kaki. Jika rendah daripada itu adalah kurang sesuai.
Tambah lantai Untuk Nesting Area
4. Anda juga boleh menambah ruang untuk bersarang (nesting area) di bawah tangga (ke tingkat atas ) yang diperbuat daripada simen/konkrit.
Nesting Area Di Bawah Tangga
5. Dinding sedia ada, 6 kaki dan ke atas, di dalam RBW juga boleh dijadikan tempat bersarang yang baru dengan sedikit kreativiti dari segi rekabentuknya. (Contoh gambar akan saya masukkan kemudian),
Tambaha Sirip Di Bawah Nesting Plank
5. Bagi RBW yang sudah berbilik, boleh diubah suai nesting planks biasa kepada yang jinis pyramid. Ubahlah secara beransur-ansur dari bilik ke bilik,
Tukar Sirip Biasa Ke Jinis Pyramid
6. Bagi kekotak bersarang walit yang besar, sesuai ditambah dengan papan sirip lagi asalkan jarak antara sirip tidak kurang daripada 12 inci.
Sekian,

Subscribe to:
Posts (Atom)