Tuesday, December 13, 2022

PENJUALAN SARANG YANG SUDAH LAMA

Salam hormat,

Hasil sarang yang saya ceritakan sebelum ini, akhirnya saya tolong jualkan. Saya berjaya menjual sarang tersebut di satu lokasi di Dungun, pada 11hb Disember, 2022. Berat keseluruhan sarang ialah 1.3 Kg. Oleh kerana sarang yang telah lama tidak dituai, berlapis dan ada yang berkulat, maka harga yang ditawarkan pun tidaklah begitu baik. Walaubagaimana pun saya bersyukur dengan harga yang diberikan itu.




Sara yang berlapis dan berkulat dibeli dengan harga RM1,300 se Kg. Baki sarang yang lebih elok di beli dengan harga RM1,700 se Kg. Hasil jualan keseluruhan sekitaran RM1,500.00

Jadi bagi rakan-rakan yang memiliki RBW jangan biarkan sarang begitu lama tidak dikutip kerana ia merugikan.

Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun(DVM, MAgrS)

Saturday, October 29, 2022

RBW SELEPAS SETAHUN TIDAK DIURUSKAN

 

Salam hormat,

Masjid Tanah, 26hb Oktober 2022.

Saya sudah hampir setahun tidak bergiat aktif di dalam bidang ini disebabkan masaalah kesihatan. Alhamdullilah, hari ini saya kuatkan juga diri untuk membantu rakan lama saya yang memiliki sebuah RBW di Masjid Tanah Melaka. Pernah satu ketika dahulu saya menceritakan RBW beliau di dalam blog saya ini.

Beliau juga telah tidak mempedulikan RBWnya hampir setahun juga lamanya di sebebkan masalah kemalangan jalanraya yang di alamai beliau. Kini beliau telah beransur pulih dan memohon kepada saya untuk membantu melihat dan menilai semula kedudukan RBW tersebut. Kami tahu sebelum RBW ini di biarkan sekian lama, memang ada walit yang mendiami bangunan tersebut.

                                                 RBW DIPERINGKAT AWAL DAHULU

Setelah melihat ke pelusuk kawasan dalam RBW ini, saya dapati ada beberapa sarang yang telah ditingalkan. Sarang tersebut agak kekuningan dan berlapis. Ada yang hampir reput. Masih ada beberapa sarang yang ada terdapat anak walit yang sedang membesar.




Saya terus berusaha memungut semua sarang yang kosong dan berlapis, setelah dipersetujui oleh pemilik. Hasil pungutan SBW keseluruhannya sebanyak 1.34Kg.



PEMERHATIAN DAN RUMUSAN SAYA MENGENAI RBW INI

1. Pengudaraan dalam RBW tidak memuaskan, 

     2. Kebanyak tempat, siling telah berkulat,

     3.  Banyak tweeter telah tidak berfungsi,

     4. Terdapat banyak musuh( lipas, cicak, dan kutu),

    

    Saya perhatikan banyak lubang pengudaraan dipenuhi sampah sarap, yang dibawa masuk oleh burung tiak. Satu-satunya aktiviti pembersihan terhadap kesemua lubang pengudaraan di rumah ini perlu di lakukan dan diperbaiki serta merta.

Kebocoran atap dan lantai bangunan perlu di kaji semula dan di perbaiki mana yang sesuai. Ia mungkin melibatkan satu kos yang besar dan perlu di nilai semula strategi jangka panjang projek ini. Jika tidak di ambil tindakan akan menyebabkan satu kerugian besar kepada pemilik yang terpaksa menanggung kos pinjaman yang jauh belum selelasi.





     Pengurusan mush saperti biasa perlu di lakukan segera. Jika diabaikan saya berpendapat walit tidak akan balik dan akan meingkalkan bangunan tersebut buat selamanya.

Pendawaian semula system audio, pada pandangan saya, juga perlu di buat. Pemilik dinasehatkan agar memberikan perhatian yang lebih terhadap system audio RBW ini. Sistem audio yang berkualiti boleh membantu mengalak minat walit baharu untuk menginap.

 

PEWARIS PROJEK

Pemilik premis mempunyai dua anak lelaki dalam lingkungan umur 30 puluhan. Pada hemat saya satu sesi pebincangan mengenai projek ini bersama anak-anak perlu dijalankan sebelum berbuat sesuatu kepada projek ini. Dari segi perbandingan, pada hemat saya, tanpa dibuat sesuatu juga akan mengakibahkan kerugian. Oleh kerana kos baikpulih yang mungkin menelan belanja yang besar, maka satu sesi perbincangan dengan ahli keluarga perlu di buat. Kemudian satu atau dua pandangan daripada pihak yang arif dalam perkara ini diperolehi dan penting supaya satu keputusan yang terbaik boleh dibuat.

 

Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)



Tuesday, July 5, 2022

ZIARAH RAKAN SEWALITAN DI KOTA GELANGI

Salam hormat,

Kira-kira 2 minggu lepas saya menerima satu mesej WhatsApp, daripada rakan yeng juga terlibat dengan industry walit di Jengka Pahang, yang menyatakan bahawa tuan Haji Midon, salah seorang daripada pengusaha burung walit tersohor di Kawasan Kota Gelangi, telah dilaporkan tidak berapa sihat. Turut diserta di dalam WhatsApp tersebut gambar Tuan Hj Midon berada di atas kerusi roda. SubhanAllah.

Setelah beberapa hari berkira-kira, saya akhirnya membuat keputusan untuk melawat beliau. Saya dan isteri, Alhamdullilah telah dapat melakukan lawataan tersebut pada 03hb Julai, 2022.


                                   Ziarah Tuan Hj Midon Di Rumah Anaknya


Sesampai kami dirumah kedai Tuan Hj Midon, kami dapati rumah beliau seolah tidak bertunggu dan RBW yang biasa saya lawati dan produktif itu pun seolah sudah tidak terjaga saperti dahulu. Kemudian saya menalifon beliau. Anak belau yang menjawab panggilan sambil menyatakan Tuan Hj sekarang duduk bersama anaknya di lokasi lain dan agak berdekatan.

Setibanya kami dirumah berkenaan, kami disambut oleh anak perempuan tuan HJ. Setelah duduk bebera minit tuan Hj pun di bawa ke luar berjumpa kami dengan menaiki kerusi roda. Saya dapati Tuan Hj agak terlalu kurus dan lemah. Beliau tidak seceria sebelum ini. Seterusnya, selepas menjawap salam saya, beliau menyatakan bahawa beliau telah diserang stroke kira dua minggu sebelum ini. Sebaik terkena serangan itu beliau telah dikejarkan ke hospital pakar KMC di Kuantan. Beliau terlantar di KMC selama tiga hari. Setelah menjalani beberapa procedure perubatan beliau dibenarkan balik.

Dalam keadaan yang lemah itu, beliau menyatakan badan belau terlalu lemah dan sedikit sukar untuk bernafas. Tiada selera makan. Saya rasa tangan tuan Hj agak panas. Beliau juga menunjukkan bahawa di bahagian jari kaki sebelah kiri dijangkiti kuman, yang sukar hendak sembuh. Saya tahu sebelum ini memang Tuan Hj telah mengidap penyakit kencing manis dan menerima rawatan dari masa ke semasa.

Satu perkara yang belaiu cerita dengan saya ialah, sekarang beliau tidak lagi mempedulikan RBW beliau. Bahkan ada seketika sebelum itu beliau menyuruh keluarganya membakar RBW dan segala wang yang diperloehi daripada bidangusaha tersebut. Menurut isterinya, Tuan Hj ada bermimpi yang burung-burung walit datang mematuk seluruh badannya. Besandarkan kejadian itu, isteri beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kepada diri tuan HJ. Ekoran daripada insiden tersebut, mereka juga berusaha berubat secara tradisional. Mari kita sama-sama doakan agar Tuan Hj Midon dipulihkan kesiatan beliu semula. In sha Allah.

Ketika ini tuan Hj baru mencapai umur 72 tahun. Satu ikhtibar daripada lawtan tersebut, kita semua misti menjaga kesihatan. Saya selalu berpesan untuk diri saya dan kepada anda semua dalam hal ini. Apabila sudah sakit, saperti yang dialami Tuan Hj, duit sudah tidak berguna lagi. Ayuh rakan-rakan, kepada yang bermasaalah itu, pergiatkan usaha untuk memperbaiki kesihatan masing-masing. Teruskan berdoa, moga diberkati Allah SWT.

 

Sekian,

 

Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)


Monday, May 23, 2022

PEWALIT MISTI JAGA KESIHATAN

Salam hormat,

Hari Raya Aidul Fitri sudah berakhir. Akan tetapi sambutan rumah terbuka di bulan Syawal sedang rancak di janlankan di sana sini. Saya yakin ramai di antara pewalit yang turut terlibat. Di dalam kegairahan sambutan rumah terbuka tersebut, saya ingin mengingatkan rakan-rakan semua supaya terus berhati-hati, terutamanya dengan makanan yang bergula dan karbohidrat yang tinggi. Berkaitan dengan perkara ini, marilah kita lakukan pemantauwan kandungan gula yang terdapat di dalam badan masing-masing. Jika berkeadaan gula yang senantiasa tinggi eloklah mendapatkan rawatan di klinik atau pun hospital dengan segera.

                                                Bacaan Gula saya pada HRaya Ke 7


Satu gejala lain yang perlu mendapat perhatian pewalit semua ialah tekanan darah masing-masing. Bagi mereka yang sudah mengalami masalah ini, jangan lupa terus memakan ubat saperti yang disarankan doktor. Jangan lalai dengan tidak memakan ubat terebut. Bagi mereka yang tidak mengetahui kedudukan, saya sarankan eloklah ke klinik atau pun ke hospital untuk pemantauwan. Tindakan ini amat penting bagi pewalit yang telah berumur melebehi 45 tahun.

Kita semua harus sedar bahawa kedua-dua penyakit ini memberikan mudarat atau komplikasi yang serius.  Tekanan darah yang terlalu tinggi dan tanpa di sedari oleh individu berkenaan pula merupakan pembunuh senyap. Jadi awas pewalit semua dan senantiasa berhati-hati yer.

Kesimpulanya, jika pewalit ingin terus menikmati kenikmatan menternak burung walit yang berpanjangan, wajarlah melakukan pemantauwan kedua-dua gejala tersebut. Jangan berlengah lagi dan semoga diberikan Allah kesihatan yang baik kepada kita semua. Aminnnn.

 

Sekian,

 

Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

 


 

Friday, April 29, 2022

SELAMAAT HARI RAYA AIDUL FITRI

Salam hormat,

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada semua pewalit sekelian.



Sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Friday, January 28, 2022

POKOK ACASIA MANGIUM MEMIKAT WALIT

Salam hormat,


SATU PEMERHATIAN

28hb Januari,2022 Hospital Tuanku Jaafar  Seremban. Kebetulan semasa saya berada di wad hospital, sebelah pagi kira jam 9.00 pagi, apa bila menoleh pandangan ke luar tingkap wad hospital kelihatan banyak burung walit beterbangan mengelilingi mengellingi pokok Acasia. Aktiviti ini berlaku sehingga kira jam 10.30 pagi. 

Saya perhatikan juga pokok acasia ini sedaang banyak berbunga. Tinggi pokok yang sudah agak matang ini ialah, pada jangkaan saya, kira 60 kakai.

Saya percaya kehadiran walit disitu berpunca daripada terdapatnya banyak serangga yang tertarik kepada bunga pokok ini. Bermakna pokok acasia boleh digunakan untuk menarik minat walit untuk datang menghampiri RBW kita.

Kita semua tahu yang pokok ini mudah ditnam dan membesar. Jadi sebagai salah satu uasa kita, mengikut lokasi RBW masing-masing, untuk meningkatkan populasi kehadiran wait berdekataan premis kita ialah dengan menanam beberapa batang pokok ini.

Fikir-fikirkan serta teruskan pengamatan dan diikuti dengan tindakan.


Sekian, Terima Kasih


Dr Azizol bin Mohd Sharuan( DVM, MAgrS)