Friday, May 18, 2012

TANAMAN GAHARU

Saya yakin anda misti tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya menulis mengenai kayu gaharu, bukankah halaman atau blog ini selama ini dimuatkan dengan penulisan mengenai walit sahaja? Memang selama ini blog ini memaparkan cerita mengenai walit sahaja. Tanaman gaharu pun ada kaitan dengan bidangusaha walit..teruskan membaca...


Saya telah memerhatikan hal kayu gaharu ini semenjak tahun 2010 lagi apabila saya terlibat sebagai salah seorang daripada penceramah walit bagi setiap program yang dijalankan oleh ANGKASA. Jadi saya sering mendengar ceramah yang diberikan oleh salah seorang daripada penceramah kumpulan ANGKASA yang menjalankan seminar asas peternakan burung walit ini.Tajuk ceramah beliau ialah integrasi walit dengan tanaman gaharu. Setelah beberapa siri ceramah saya masih tidak kisah lagi. Sehinggalah kebelakangan ini di mana saya didedahkan kepada bisnes ini dengan lebih jelas lagi, dan satu bisnes yang aktif berjalan di dalam negara kita sehingga ke hari ini. Saya amat tertarik dengan jumlah wang yang terlibat di dalam satu-satu transsaksi, beratus ribu ringgit nilainya. Hampir semua yang terlibat dengan multibillion dollar bisnes ini ialah orang China.


Setelah memikirkan perkara ini, saya membuat keputusan, tanaman gaharu ini perlu didedahkan kepada orang Melayu, yang banyak memiliki tanah pertanian, secepat mungkin. Jadi inilah kesempatan dan ceritanya...


Di dalam ceramah walit, saya di akhir pembentangan sessi ada menunjukkan perlunya pendekatan atau arah tuju baru sektor pertanian. Saya mencadangkan jika kita bergiat dengan aktiviti pertanian sebenar ( misalnya bertanam padi, bertanamn jagung, berkebun getah atau kelapa sawit, dan aktiviti pertanian yang lain) sesuai digandingkan dengan bidangusaha walit. Demikian juga dengan sektor perikanan dan peternakan.


Bagi tanah yang terbiar pula, misalnya sawah terbiar yang banyak terdapat di setiap negeri, saya mencadangkan supaya bidangusaha walit ini diintegrasikan dengan tanaman kayu atau pokok gaharu. Di sinilah sebabnya kenapa saya menulis mengenai tanaman gaharu di dalam blog ini.


Saya sedar anda mungkin telah terjumpa blog atau halaman web lain yang menerangkan konsep yang sama, namun demikian sebagai salah satu usaha untuk menyebar luas konsep ini, saya terpanggil untuk turut serta memberikan sedikit penerangan mengikut prespektif saya sendiri.


Pertama elok kita kenal dahulu pokok atau kayu gaharu ini.


Pokok kayu gaharu ini terdiri daripada satu genus, iaitu Aquilaria. Di dalam hutan Malaysia terdapat 7 species pokok gaharu, iaitu A.malaccensis, A.micricarpa, A.rostrata, A.hirta, A.brachyantha, A.crassana dan A.cumingaina.


Pokok gaharu ini seimbas pandang ia seakan-akan pokok durian belanda, terutamanya dibahagian daunya. Di dalam keadaan semula jadi di dalam hutan kita mungkin tidak perasan pokok ini kerana ia besar dan tinggi.




Selain daripada Malaysia, gaharu juga terdapat di negara-negara seperti China, Thailand, Indonesia, India, Pilipina, Papua New Guinea, Kemboja, Vietnam, dan kepulauan Maluku.Spesis yang terdapat di negara-negara tersebut ada yang berbeza antara satu dengan yang lain.


Di dalam keadaan biasa kayu pokok gaharu ini berwarna putih kekuningan. Bahagian teras pokok ini akan berubah menjadi teras kayu berwarna hitam choklat dan ada resin.Resin ini dihasilkan oleh pokok gaharu sebagai satu tindakbalas kepada jangkitan sejenis kulat yang diberi nama Phaeoacremonium parasitica. Resin yang dihasilkan terdiri daripada beberapa organis compounds yang mudah meresap ke udara, seperti minyak angin. Teras ini berbau wangi kayu.




Teras gaharu ini boleh dihasilkan oleh pokok yang berumur 3 tahun dan ke atas. Sejinis cairan yang mengandungi kulat (dijualoleh pihak swasta) disapukan dipermukaan kulit pokok, kira-kira 3 kaki dari aras tanah. Selepas itu bahagian dalam pokok ini beransur-ansur bertindak balas kepada serangan kulat ini dan mengeluarkan resin yang berwarna hitam kechoklatan dan mewarnai teras dibahagaian berkenaan.




Kenapa kayu gaharu penting selain daripada pokok lain yang bernilai komersial? Ini adalah harga kayu gaharu yang mahal. Harga sekilogran kayu gaharu ialah sekitaran RM1,000.00. Bayangkan satu pokok gaharu yang berteras baik dan seberat 100 kilogram, bermakna kita boleh mendapat pendapatan sebanyak RM100,000.00. Kalau kita ada seribu pokok..potensi hendak menjadi jutawan adalah cerah, di samping hasil walit yang diperolehi dalam tempoh yang sama.


Di mana hendak dijual kayu gaharu ini? Di Malaysia ada pembeli dan kebanyaknya terdiri daripada orang China. Penjualan kayu gaharu ini juga hampir menyerupai proses jual beli SBW. Jika kita ada kayu gaharu yang betul, walau pun seberat 1 kilogram sahaja, pembeli daripada Singapura atau pembeli daripada Taiwan akan datang sendiri melihat dan membelinya. Kayu gaharu ini kemudian diekspot melalui Singapura atau terus ke Taiwan atau pun China. Negara-negara Arab telah lama membeli kayu gaharu ini daripada Singapura. Saya yakin sebahagian daripadanya datang dari hutan negara kita.


Saya juga dimaklomkan disepanjang jalan ke mesjid Nabawi terdapat banyak kedai yang menjual minyak dan kayu gaharu. Demikian juga di Madinah. Sebelum ini memang pembeli utama kayu gaharu ini ialang negara-negara Arab.


Pucuk pokok gaharu juga boleh diproses untuk dijadikan teh gaharu.


Jika kita memiliki sehektar tanah, bagi tujuan membina RBW hanya akan mengguna pakai sdikit ruang sahaja. Bakinya sesuai diintegrasikan dengan tanaman gaharu. Benih gaharu boleh diperolehi dari pengeluar benih swasta.


Kayu gaharu ini kemudian diproses untuk menghasilkan minyak gaharu. Minyak ini adalah yang termahal di kalangan aromatic substance di dunia. Daripada minyak inilah kemudianya dihasilkan produk-produk seperti minyak wangi, syampoo dan lain-lain produk.


Ramai di antara pemilik kayu dan minyak gaharu ini juga percaya bahawa dengan pemilikanya rezeki bertambah murah di sampaing kasih sayang ( love ) yang melimpah ruah. Apakah benar? Hanya pemiliknya sahaja yang mengetahui...


Apa tunggu lagi? Ayuh cari lagi ilmu mengenainya dan laksana...


Skian, diharapkan penulisan ini telah memberikan sedikit ransangan minda kepada anda. InsyaAllah.




Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment