Burung Seriti (Collicola esculanta) juga dikenali sebagai walit padi, adalah merupakan sejenis burung yang ada kaitan dengan burung walit (Aerodramus fuciphagus) dan seterusnya dengan usaha mengalakkan penglibatan orang Melayu di dalam bidangusaha ini.
Apabila Seriti berterbangan diudara, mungkin kita sekali gus menyatakan itu burung walit. Kemungkinan ini boleh berlaku dan saya juga sukar membezakan antara walit dan seriti semasa kedua-dua jinis burung ini berterbangan di udara. Kemungkinan juga kedua-dua jinis sememangnya ada bersama di dalam kelompok tersebut, terutamanya apabila memburu makanan.
Oleh sebab itu, bagi kawasan yang baru dan di pendalaman, di mana sememangnya tiada RBW lain disekitar kawasan tersebut, jika ternampak banyak walit di udara AMATLAH PERLU DILAKUKAN UJIAN KEHADIRAN WALIT SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN HENDAK MENDIRIKAN RBW DI SITU.
Dari segi habitat agak berbeza. Walit memerlukan tempat kediaman yang gelap (2 lux), manakala seriti lebih cerah dan terang.
Kajian saya mendapati seriti ini boleh didapati di Selendang, Rompin (Pahang), Kg Jongok Batu (Dungun), Kawasan Lapangan Terbang Sandakan (Sabah), Bandar Kudat (Sabah), Kinabalu Park (Sabah) dan Cameron Highland (Pahang).
Pertamanya saya hendak bawa perhatian anda ke Kg Jongok Batu, Dungun. Perhatikan gambar-gambar berikut.
Seriti bersarang ditengah-tengah pembetungan ini, di mana suasana disini tidak begitu gelap dan tidak juga begitu terang.
Perhatikan rupa seriti dan cuba anda bandingkan dengan walit. Kita mungkin sukar nak faham bagaimana kuku seriti ini boleh mencengkam ke dinding calvert yang dibuat daripada galvanised iron dan membuat sarang.
Bentuk dan saiz sarang juga menyerupai saarang walit, cumanya ia diperbuat daripada jerami rumput, dan daun-daun kering. Ia menjahit dedaun ini dengan air liornya. Oleh kerana terlalu sedikit air liornya maka ia tiada nilai komersial. Ada pihak yang memperdagangkan sarang seriti ini.
Berikut pula penemuan saya di Selendang, Rompin (Pahang). Seriti di dapati mendiami bekas kuarters yang tidak digunakan lagi. Habitat di dalam rumah ini juga agak terang.
Berikut pula rakaman saya di Lapangan Terbang Antara Bangsa Sandakan, Sabah.
Kita dapati di sudut-sudut ini juga berkeadaan tidak begitu gelap, dan seriti datang dan tingal disini. Bagi kes ini, tiada panggilan dibuat, ia datang sendiri.Kalau kita ingat panduan (1GP) yang dikeluarkan oleh JPV mengenai jarak RBW dengan lapangan terbang, kes sebegini tidak seharusnya berlaku. Apabila kes ini berlaku, dimanakah relevanya jarak yang dikenakan terhadap RBW dengan lapangan terbang?
Bagi penemuan saya di Cameron Highland, hanya ada satu gambar sahaja (di atas) yang sempat saya kongsi bersama anda. Gambar ini di rakam di tempat meletak kenderaan tingkat bawah Hotel Equatorial. Suasana disini juga akan suram dan sesuai untuk seriti.
Rakaman gambar seriti di Kinabalu Park dan Kudat saya akan muatkan kemudian.
Saya berharap dengan cerita yang saya ketengahkan ini, anda lebih memahami kenapa ada lokasi yang ujian kehadiran walit ini wajib di adakan sebelum membina rumah walit dan ada pula yang tidak.
Skian, jom kita buat walit...
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment