Tuesday, December 26, 2017

MARI KITA RAMAI-RAMAI AMALKAN MEMAKAN SBW ATAU PRODUK SBW PADA TAHUN 2018

Salam hormat,

Sedar tidak sedar kita telah menghampiri tahun 2018. Seterusnya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2018 kepada semua pembaca dan follower blog saya. Semoga di tahun 2018 kita akan lebih diberkati olehNya. Aminn..

Satu matlamat untuk kita semua yang terlibat di dalam industri peternakan burung walit, saya mencadangkan, supaya kita semua bermula dan berterusan mengamalkan memakan SBW atau produknya. Kenapa saya mengajak kita semua berbuat demikian? Amnya, dan berpandukan pengalaman saya sendiri, mengamalkan memakan SBW atau produknya akan memberikan anda satu tahap kesihatan yang amat baik. Jadi jangan kita jual kesemua SBW yang kita tuai. Dan janganlah pula untuk kita makan yang gred C atau yang hancur. Sesuai pada hemat saya, diantara SBW yang digredkan sebangai Gred AA, sedikit diketepikan untuk kegunaan kita sendiri. Kita semua misti menganggap diri kita adalah terpenting di dalam industri ini.

Di dalam seminar EBN 2016 yang lalu beberapa pencerahan yang saya angap penting telah di bentangkan dan akan saya ketengahkan di dalam penulisan kali ini.


Pertama sekali saya hendak memetik pembentangan utama (Key Note Adress) Ybhg. Dato Dr. Kamaruddin bin Md Isa, selaku Ketua Pengarah JPV, seperti yang ditulis di dalam abstract kertas berkenaan, dan berbunyi seperti berikut:-

The nest contain almost all of the essential ingrediants for body maintenance. Amino acids, minerals and others keep the body healthy and increase immunity aginst a host of illness. Another bioactive property is the anti-oxidants which are rsponsible agent for reverse-aging in cells”

Pendek kata SBW adalah merupakan bahan makanan yang hampir lengkap dan sesuai untuk membekal bahan keperluan asas untuk badan supaya berada di dalam keadaan sehat. Di samping ia dapat mengukuhkan sistem pertahanan badan (body immune system), kandungan anti-oksiden yang juga terdapat di dalam SBW boleh membantu melengahkan penuaan sel-sel.

Perhatikan zat-zat yang terkandungan di dalam SBW seperti di dalam paparan berikut.



Gambar 1: Komposisi EBN

Daripada gambar di atas, jelas menunjukkan kandungan Protin di dalam SBW mengatasi yang terdapat pada daging ayam, daging lembu dan juga ikan.

Bagi mereka yang telah melewati umur 55 tahun, salah satu pemakanan yang penting dan perlu di ambil ialah kalsium. Kita lihat daripada gambar di atas juga, SBW memiliki kandungan kalsium yang tinggi. Nilai ini hampir dua kali ganda kandungan kalsium dalam susu.

Sukacita saya menarik perhatian anda semua, khususnya kepada kaum lelaki, SBW juga didapati mengandungi hormon testosterone. Testerone adalah hormon kelelakian (male sex hormone). Jadi bagi mereka yang libido-nya telah menurun, mungkin dengan memakan SBW atau produknya boleh mengembalikan kekuatan dan tenaga mereka yang berkenaan. Dari sudut tenaga atau kekuatan fizikal, pengalaman saya mendapati badan berasa kurang letih dan boleh membuat sesuatu kerja dengan jauh lebih lama. Pada umur menjangkau 64 tahun ini, Alhamdullilah, saya masih mampu memandu selama 7 ke 8 jam dalam sehari dan tidak berasa letih selepas itu.

Menyentuh tentang pengalaman juga, saatu perkara yang saya alamai ialah apabila saya terkena hujan atau berhujan, Alhamdullilah, saya tidak berasa sakit kepala selepas itu berbanding pada kebanyakkan kita. Phenomena ini turut di akui oleh ramai yang telah mengamalkan memakan SBW atau produknya.

Sebagi rumusan, mengamalkan memakan SBW atau produknya memang banyak faedahnya kepada diri kita. Perhatikan paparan berikut.


Gambar 2: Kebaikan lain SBW


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MagrS).

Saturday, December 9, 2017

SEMUT JIKA TIDAK DICEGAH

Salam hormat,

Di antara musuh kepada peternakan burung walit ialah semut.


Salah satu kaedah yang diguna pakai bagi menghindarkan semut daripada memasuki RBW ialh dengan membina kolam di sekeliling bangunan. Kadang kala disebabkan terlepas pandang, di musim kemarau terutamanya paras air di dalam takungan menjadi terlalu rendah. Jika tidak diawasi, pada bahagian tertentu takungan, semut boleh melintas dan menaiki bangunan.






Gambar 1: Longkang berair sekeliling RBW



Gambar 2: Paras air dalam longkang terlalu rendah


Gambar 3: Semut menaiki dinding RBW


Gambar 4: Semut menuju ke SBW

Semut memang diketahui akan memakan SBW. Kesannya sarang menjadi bocor. Kedua, jika di dalam SBW berkenaan ada telor, semut tersebut akaan mengerumuni telor-telor berkenaan. Kemungkinan dua perkara akan berlaku selepas itu. Jika walit balik ke sarang ia akan menjatuhkan telor-telor yang telah dikerumuni semuat ke lantai RBW. Pencemaran bau oleh semut menjadikan walit tidak lagi mengangap telor-telor berkenaan telornya. Berkemungkinan juga SBW berkenaan akan ditinggalkan terus oleh walit. Jika masaalah ini meluas, kemungkinan walit akan berpindah ke RBW yang lain.



Gambar 5: Telor walit dikerumuni semut

Jadi masaalah semut ini boleh mengakibahkan RBW di tingalkan akhirnya. Bermakna pemilik RBW perlu menggunakan apa sahaja kaedah,misalnay menyembur racun serangga FENDONA SC pada pangkal dinding didalam RBW, untuk mencegah dan mengawal kemasukan semut ke dalam bangunan.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, December 4, 2017

e-Book Pengurusan Am RBW Terbaharu.

Salam hormat,

Saya telah menambah nilai buku( e-book) Pengurusan Am RBW. Buku revised edition 2017 ini mengambil kira beberapa permasaalahan terbaharu serta cara atau kaedah untuk menyelesaikannya. 



Kandungan buku ini adalah seperti berikut.



Buku ini dijual dengan harga RM70.00 sebuah. Sesiapa berminat sila whatsApp saya di talian 016-9227341.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun