Salam
hormat,
Sedar
tidak sedar kita telah menghampiri tahun 2018. Seterusnya saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2018
kepada semua pembaca dan follower blog saya. Semoga di tahun
2018 kita akan lebih diberkati olehNya. Aminn..
Satu
matlamat untuk kita semua yang terlibat di dalam industri peternakan
burung walit, saya mencadangkan, supaya kita semua bermula dan
berterusan mengamalkan memakan SBW atau produknya. Kenapa saya
mengajak kita semua berbuat demikian? Amnya, dan berpandukan
pengalaman saya sendiri, mengamalkan memakan SBW atau produknya akan
memberikan anda satu tahap kesihatan yang amat baik. Jadi jangan kita
jual kesemua SBW yang kita tuai. Dan janganlah pula untuk kita makan
yang gred C atau yang hancur. Sesuai pada hemat saya, diantara SBW
yang digredkan sebangai Gred AA, sedikit diketepikan untuk kegunaan
kita sendiri. Kita semua misti menganggap diri kita adalah terpenting
di dalam industri ini.
Di
dalam seminar EBN 2016 yang lalu beberapa pencerahan yang saya angap
penting telah di bentangkan dan akan saya ketengahkan di dalam
penulisan kali ini.
Pertama
sekali saya hendak memetik pembentangan utama (Key Note Adress) Ybhg.
Dato Dr. Kamaruddin bin Md Isa, selaku Ketua Pengarah JPV, seperti
yang ditulis di dalam abstract kertas berkenaan, dan berbunyi seperti
berikut:-
“
The
nest contain almost all of the essential ingrediants for body
maintenance. Amino acids, minerals and others keep the body healthy
and increase immunity aginst a host of illness. Another bioactive
property is the anti-oxidants which are rsponsible agent for
reverse-aging in cells”
Pendek
kata SBW adalah merupakan bahan makanan yang hampir lengkap dan
sesuai untuk membekal bahan keperluan asas untuk badan supaya berada
di dalam keadaan sehat. Di samping ia dapat mengukuhkan sistem
pertahanan badan (body immune system), kandungan anti-oksiden
yang juga terdapat di dalam SBW boleh membantu melengahkan penuaan
sel-sel.
Perhatikan
zat-zat yang terkandungan di dalam SBW seperti di dalam paparan
berikut.
Gambar
1: Komposisi EBN
Daripada
gambar di atas, jelas menunjukkan kandungan Protin di dalam SBW
mengatasi yang terdapat pada daging ayam, daging lembu dan juga ikan.
Bagi
mereka yang telah melewati umur 55 tahun, salah satu pemakanan yang
penting dan perlu di ambil ialah kalsium. Kita lihat daripada gambar
di atas juga, SBW memiliki kandungan kalsium yang tinggi. Nilai ini
hampir dua kali ganda kandungan kalsium dalam susu.
Sukacita
saya menarik perhatian anda semua, khususnya kepada kaum lelaki, SBW
juga didapati mengandungi hormon testosterone. Testerone adalah
hormon kelelakian (male sex hormone). Jadi bagi mereka yang
libido-nya telah menurun, mungkin dengan memakan SBW atau
produknya boleh mengembalikan kekuatan dan tenaga mereka yang
berkenaan. Dari sudut tenaga atau kekuatan fizikal, pengalaman saya
mendapati badan berasa kurang letih dan boleh membuat sesuatu kerja
dengan jauh lebih lama. Pada umur menjangkau 64 tahun ini,
Alhamdullilah, saya masih mampu memandu selama 7 ke 8 jam dalam
sehari dan tidak berasa letih selepas itu.
Menyentuh
tentang pengalaman juga, saatu perkara yang saya alamai ialah apabila
saya terkena hujan atau berhujan, Alhamdullilah, saya tidak berasa
sakit kepala selepas itu berbanding pada kebanyakkan kita. Phenomena
ini turut di akui oleh ramai yang telah mengamalkan memakan SBW atau
produknya.
Sebagi
rumusan, mengamalkan memakan SBW atau produknya memang banyak
faedahnya kepada diri kita. Perhatikan paparan berikut.
Gambar
2: Kebaikan lain SBW
Sekian,
Dr
Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MagrS).
No comments:
Post a Comment