Salam hormat,
Saya berpendapat, jika seseorang pengusaha walit yang berjaya di dalam bidangusahanya, juga memiliki kemahiran kewangan (financial literacy), saya amat yakin begitu mudahlah baginya untuk mencapai tahap jutawan senyap.
Saya sudah berjumpa ramai pengusaha yang hasil RBW mereka hebat-hebat, tetapi belum terjumpa lagi di antara mereka yang benar-benar telah mencapai taraf jutawan senyap. Kenapa? Mungkin jawapannya ada di dalam penulisan ini seterusnya.
Empat perkara ( diantaranya ) yang perlu wujud untuk jadi jutawan
1. Tidak bersikap negatif terhadap wang,
2. Ada kemahiran kewangan (financial literacy),
3. Berbelanja kurang dari pendapatan (tidak boros), dan
4. Pelaburan (make the money grow).
Kemahiran kewangan
Hari ini kita perhatikan ramai yang telah pandai mencari wang, atau berpendapatan yang baik, tetapi masih sukar untuk mencapai tahap kewangan yang lebih tinggi, setelah masa beredar. Ramai pula yang berhutang. Ini termasuklah pengusaha bidangusaha burung walit yang berjaya. Maksud saya mereka yang telah mendapat pendapatan dari bidangusaha walit melebihi RM5,000.00 sebulan. Kenapa demikian?
Satu daripada sebab utama ialah tiada atau amat kurangnya ilmu dalam bab kewangan (financially iliterate). Akibahnya, pendapatan yang baik telah tidak diurus dengan sebaik mungkin. Akhirnya habis begitu sahaja.
Bagaiman kita boleh mendapat atau menambah ilmu dalam pengurusan kewangan?
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, kita tidak di ajar atau dididik oleh ibu/bapa atau pun sistem persekolahan sehinggalah ke peringkat university secara khusus dalam bidang ini. Jadinya anda kenalah mencari ilmu tersebut cara sendiri.
Salah satu cara yang saya cadangkan ialah dengan membaca beberapa buku yang sesuai di dalam bidang tersebut. Oleh kerana buku-buku ini hampir semuanya berbahasa Inggeris, ada kenalah tahu dan faham bahasa Inggeris. Berikut saya sarankan beberapa buku di dalam bidang ini, seperti berikut:-
1. The Richest Man in Babylon ( George S. Clason),
2. Rich Dad and Poor Dad ( Robert T. Kiyosaki),
3. Cashflow Quadrant ( Robert T. Kiyosaki),
4. Guide to investing ( Robert T. Kiyosaki),
5. Think and grow rich ( Napoleon Hill ), dan
6. The millionaire Mind ( Thomas J. Stanley),
Pelaburan
Wang pendapatan yang diperoelhi daripada penjualan SBW, atau lain-lain punca pendapatan juga, jika di simpan di dalam akaun bank, nilainya akan turun ( depreciate over time) di masa hadapan. Oleh sebab itu salah satu usaha untuk memastikan nilai wang kita tidak terjejas terutamanya disebabkan inflasi, maka perlulah anda melaburkan wang tersebut.
Pelaburan juga sebenarnya membuatkan wang anda akan tumbuh membesar mengikut kadar dividen pelaburan pada sesuatu tahun, dimana wang tersebut di laburkan. Jika anda TIDAK MENGELUARKAN DIVIDEN pelaburan tersebut buat beberapa tahun, misalnya 10 tahun, maka kesan COMPOUNDING akan berlaku terhadap pelaburan anda. Di hujung tahun ke 10, misalnya, amaun terkumpul pelaburan anda boleh berlipat ganda.
Dengan cara ini, walau pun RBW anda bermasaalah selepas itu, anda masih ada harapan besar untuk melangkah ke alam jutawan selagi anda tidak mengusik pelaburan tersebut. Lagi lama anda meneruskan sesuatu pelaburan itu lagi banyaklah dividen dan kesan compounding terhadap modal yang telah di laburkan.
Ini juga bermakna, lagi awal anda bermula, misalnya sewaktu kita masih muda, lagi berpeluang besarlah anda untuk mencapai tahap jutawan ini.
Sekian dahulu, fikir-fikirkan.
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)