Friday, January 24, 2020

SUHU PERSEKITARAN YANG TINGGI DAN KERING



Salam hormat,



Kalau kita semua perhatikan cuaca sekarang adalah terlalu panas dan kering. Saya menjangkakan keadaan sebegini akan berterusan sehingga ke bulan March nanti. Mungkin banyak RBW yang terjejas oleh perubahan cuaca ini. Jika kurang pasti, sesuailah di kaji dan buat pengubahsuaian segera sebelum walit lari meningalkan RBW kita. 

KAJI KEDUDUKAN SUHU DAN KELEMBAPAN DALAM R.B.W

Pemilik RBW elok membuat pemantauwan ini dari masa ke semasa. Pemantauwan dengan menggunakan peralatan biasa mungkin tidak akan memeberikan gambaran pergerakan seharian kedua-dua parameter penting ini.

Saya mencadangkan anda pantau pergerakan ke dua-dua parameter ini dengan menggunakan data logger. Buat pemantauwan untuk beberapa hari. Kemudian bandingkan dengan parameter asal suhu dan kelembapan.



                                                   Data Logger

Buat perubahan yang perlu untuk memperbetulkan suhu dan kelembapan. Kemudian pantau sekali lagi dengan data logger untuk beberapa hari. Ulang usaha memperbetulkan suhu dan kelembapan ini secara berterusan sehingga sampai ke tahap yang anda kehendaki.




Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)


Friday, January 17, 2020

ILMU KEWANGAN UNTUK PENGUSAHA SBW

BAB 03


Salam hormat,

Bersambung daripada penulisan di Bab 02, seterusnya saya akan mengupas konsep compounding dalam usaha anda untuk membesarkan wang (aset). Anda kenalah mengamalkan konsep ini dengan cara perbankkan dan kaedah yang betul. Jika tidak ia akan menjadi bentuk riba, yang mana ditegah oleh agama.

Perinsip berikutnya adalah yang terakhir yang perlu diketahui oleh setiap pengusaha RBW.


Prinsip 05: Masa & Compounding

Ke dua-dua prinsip ini saling bergandingan untuk mengembangkan nilai aset dan pelaburan anda. Antara keduanya, masa adalah yang lebih penting dan berharga.

Maksud masa di sini ialah tempoh atau berapa lama anda membuat sesuatu pelaburan dan juga ia bermakna bila anda bermula. Jika anda mula di usia muda dan dengan tempoh masa compounding yang panjang, misalnya 20 tahun, nilai aset anda akan berlipat ganda besarnya di akhir tempoh 20 tahun tersebut, dengan andaian semua dividen dihujung setiap tahun terus dilabur semula.

Seterusnya perhatikan senario pertama dalam contoh berikut.

Beberapa andaian yang perlu bagi memudahkan anda faham:-
1. Pada tahun 2020 ini anda memperolehi secara purata sebanyak RM5,000 sebulan hasil penjualan SBW,
2. Anda mengumpul wang pendapatan ini selama setahun, bermakna hujung tahun 2020 anda memiliki wang sebanyak RM60,000.
3. Awal tahun 2021 anda melaburkan wang RM60,000 ini ke dalam akauan ASB selama 20 tahun, sehingga tahun 2040.
4. Purata dividen ASB sepanjang 20 tahun ini ialah 8%
5. Di penghujung tahun 2040 ( 20 tahun kemudian) wang anda telah berkembang menjadi RM 278, 123.00
6. Lihat slide berikut.




Berikut pula bagi senario ke dua, dimana anda membuat pelaburan lagi RM60,000.00 pada tahun berikutnya (tahun 2021).

Andaian bagi senario ke dua ini pula,
1. Sepanjang tahun 2021 anda juga memperolehi kira-kira RM5,000.00 sebulan hasil RBW anda, dan akhir tahun 2021 anda ada tambahan wang sebanyak RM60,000.00 lagi,
2. Anda melaburkan wang RM60,000.00 ini ke dalam MAYBANK pada awal tahun 2022,
3. Tempoh pelaburan ialah selama 19 tahun, berakhir pada tahun 2040 juga,
4. Dihujung tahun 2040, pelaburan ini telah membesarkan wang anda kepada RM 257, 521.00
5. Lihat slide berikut.



Apabila ke dua-dua pelaburan tadi adikira serentak, pada penghunjung tahun 2040 anda akan memiliki wang sebanyak RM 535, 644.00. Hanya dengan membuat pelaburan sebanyak RM60,000.00 untuk dua tahun berturut-turut ( RM120,000.00 kesemuanya) dalam tempoh 20 tahun dana ini telah membesar dan menjadi RM535,644.00. Begitulah kekutan konsep compounding tadi.





Dalam kegirahan anda melaburkan hasil pendapatan RBW anda, setiap tahun, jangan lupa tanggungjawab anda terhadap pendapatan tersebut. Tunaikan zakat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan agama.

Pandangan saya, para pengusaha RBW perlu benar-benar memahami konsep ini dan bagaimana ia boleh membantu memudahkan usaha anda untuk mencapai tahap jutawan senyap yang biasa disebut-sebut di dalam forum atau seminar industri penghasilan sarang burung walit.

Teruskan pembelajaran dalam perkara yang berkaitan. Banyak lagi prinsip-prinsip penting untuk diketahui dan di amalkan.

Fikir-fikirkan. Sekian.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Wednesday, January 8, 2020

ILMU KEWANGAN UNTUK PENGUSAHA SBW BAB 02



BAB 02


Salam hormat,

Bersambung daripada penulisan di Bab 01, seterusnya untuk berjaya dalam ekonomi anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan senantiasa berjimat cermat.

Prinsip 03: Berjimat Cermat

Apabila kita berjimat cermat, lama kelamaan kita akan dapat mengurangkan, terutamanya hutang, dan tanggungan (libility) yang terdapat di dalam slide sebelum ini. Akhirnya amaun libility anda akan mengecil dan NILAI BERSIH anda terus meningkat.

Satu kaedah untuk mengawal perbelanjaan dan berjimat cermat ialah dengan menggunakan konsep budgeting. Budgeting bermakna pelan perangcangan penggunaan wang pendapatan anda, dalam kes ini misalnya penggunaan wang pendapatan hasil jualan SBW dirancang awal penggunaannya. Di dalam merangka penggunaan wang pendapatan daripada penjualan SBW, letakkan kira-kira 10% daripada jumlah pendapatan itu untuk penabungan dan untuk tuannya yang berusaha. Penting untuk beristikomah dalam perkara ini. Kaedah ini juga akan beransur-ansur memperkecilkan nilai hutang (Libility) anda dan meningkatkan tabungan (Aset).

Di dalam bab berjimat cermat ini, pokok yang perlu senantiasa anda ingat bila hendak berbelanja ialah: berbelanja apabila benar-benar perlu sahaja. Maknanya, setiap kali hendak membuat sesuatu pembelian tanya diri kita sama ada perbelanjaan yang hendak dibuat itu perlu atau pun tidak. Saya sedar makna perkataan perlu ini berbeza antara kita. Apa pun ada buatlah ketetapan untuk diri anda mana yang perlu dan mana yang tidak. In sha Allah anda akan maju kehadapan.

Secara umumnya hampir 70% penggunaan wang pendapatan digunakan untuk pembelian makanan dan bahan makanan untuk keluarga. Kalau anda perhatiakan dirumah-rumah, kira-kira 30% daripada makanan yang dimasak terbuang begitu sahaja. Cadangan saya elakkan pembaziran makanan ini, masak yang perlu dan boleh dimakan dengan habis sahaja. Perhatikan kanak-kanak, nasehatkan mereka supaya menghabiskan segala makanan yang mereka ambil. Berikan perhatian yang khusus bab pembaziran makanan ini termasuk di bulan puasa.

Sepekara lagi, selenggara kereta anda dengan baik supaya tempoh hayat kenderaan anda jauh lebih lama dengan itu boleh mengelakkan anda terus berhutang. Jika kenderaan anda masih elok dan boleh digunakan, elak daripada menukar kepada kenderaan yang baharu. Perangai orang Melayu, ada duit tambahan sedikit dah nak tukar kereta. Jika pengusaha SBW kerap bertukar kenderaan, maknanya memanjang dan membersarkan hutang pembelian kereta, sukar lah anda untuk mencapai taraf jutawan senyap.


Prinsip 04: Pelbanyakkan pelaburan

Sesuatu pelaburan jauh lebih berpotensi dan berkemampuan untuk menghasilkan lebih banyak wang daripada anda sendiri yang berusaha (bekerja) sekuat-kuatnya. Itulah satu nasehat daripada mereka yang telah mencapai tahap jutawan.

Di sini anda telah mengubah daripada satu pelaburan (RBW) kepada beberapa pelaburan yang lain. Setiap tahun anda perolehi dua pendapatan dari pelaburan-pelaburan ini. Pertama dalam bentu keuntungan perniagaan atau dividen dan keduanya nilai pelaburan/perniagaan anda juga turut meningkat.

Pelaburan-pelaburan ini akan mempercepatkan perkembangan nilai aset anda dan masa perjalanan anda ke arah seorang yang bergelar jutawan. Jika RBW anda bermasaalah pun pada suatu ketika, pelaburan-pelaburan ini akan terus memberikan pulangan dan membantu anda ke arah taraf jutawan.


Sekian dahulu dan bersambung..



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Thursday, January 2, 2020

ILMU KEWANGAN UNTUK PENGUSAHA SBW

BAB 01



Salam hormat,

Di dalam dua penulisan yang akan datang, saya akan menerangan beberapa perkara/prinsip berkaitan financial litteracy, yang perlu difikirkan oleh setiap pengusaha untuk berjaya dan terus maju kehadapan.


Prinsip pertama: Membuat catitan dan menyimpan rekod semua perbelanjaan yang anda buat.

Bagi saya ini merupakan asas kepada segala bentuk kejayaan dalam hal-ehwal kewangan. Prinsip ini juga, mengikut pengalaman saya, merupakan TINDAKAN harian yang paling sukar untuk di lakukan dan secara berterusan. Jadinya, kalau perkara ini tidak mampu atau tidak boleh anda laksanakan, usaha untuk mereliasasikan konsep jutawan senyap juga tidak akan berlaku, berapa besar sekalilah penghasilan bulanan SBW anda.

Sukar bagaimana pun, jika anda inginkan kejayaan, usahakan juga secara perlahan-lahan sehinggalah ia menjadi perangai (habit) harian anda.

TINDAKAN ini misti mendahului prinsip-prinsip pengurusan kewangan yang lain.


Prinsip ke dua: Makna perkataan jutawan.

Anda belum mencapai taraf jutawan sebenar, walau pun anda telah ada dalam simpanan bank wang sejumlah RM1 juta, hasil dari penjualan SBW selama 5 tahun misalnya. Kenapa saya berkata demikian? RM 1 juta itu adalah merupakan nilai aset sahaja dan dalam bentuk wang tunai. Jika dalam pada masa yang sama anda juga masih mempunyai hutang kereta bernilai, misalnya RM30,000.00, jadinya NILAI BERSIH (Net Worth)  anda sebenarnya kurang daripada RM1 juta. Dengan lain perkataan anda belum lagi mencapai taraf seorang jutawan yang saya maksudkan itu.

Bermakna NILAI BERSIH anda perlulah ada RM1 juta, barulah anda layak dikatakan telah mencapai tahap jutawan senyapa tadi.

Di dalam slide berikut saya paparkan sedikit gambaran, bagaimana NILAI BERSIH ini boleh dikira atau dinilai pada satu-satu tarikh tertentu. NILAI BERSIH ini lah merupakan kayu pengukur yang perlu anda gunakan dalam membuat penilaian status kewangan anda pada bila-bila masa.



Daripada slide di atas tadi, maknanya anda juga perlu mencatit/merekod segala jenis tanggungan atau liability anda masing-masing.


Sekian dahulu, akan bersambung..




Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).