Tuesday, November 27, 2018

MEMIKAT WALIT MUDA: SUDUT-SUDUT TEMPAT BERSARANG DIPERLUKAN


Salam hormat,


Kita semua mengetahui bahawa walit muda, yang tidak lagi mampu menghasilkan banyak rembesan untuk membena sarang, memerlukan sudut-sudut yang dibena melalui kekotak tempat bersarang bagi menempatkan sarang pertamanya. Lihat gambar berikut.



                               Wali muda buat sarang di sudut-sudut


Jika kita sengaja membena kawasan yang disediakan untuk walit membuat sarang dengan mempunyai sudut yang sedikit, maka keadaan ini tidak akan menarik ramai walit muda untuk memasuki dan menduduki rumah walit yang dibena. Setelah setahun beroperasi kita saksikan amat kurang walit yang mendiami rumah berkenaan. Gambar berikut.


              
                              Papan sirip membujur fly path walit


Kedaan menjadi lebih tidak condusif kepada walit muda untuk mendiami rumah sebegini, apabila jajaran sirip membujur kepada fly path walit. Jika papan sirip dipasang melintang fly path walit, kemungkinan kedaan tidaklah begitu tidak sesuai. Tetapi sudut-sudut yang diperlukan oleh walit muda masih terlalu sedikit.

Bagi RBW yang baharu, saya masih mencadangkan supaya papan sirip di pasang melintang arah terbang walit dan mempunyai banyak kekotak dan sudut untuk memikat walit muda.


Sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Wednesday, November 7, 2018

SERANGGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU MEMIKAT WALIT MUDA KE RBW YANG BAHARU


Salam hormat,


Satu ketika dahulu saya teringat seorang rakan saya yang baharu mendirikan sebuah RBW, telah menggunakan kaedah ini, di sampaing pemasangan lagu luar (lagu pemikat) yang sesuai, untuk menarik minat burung walit muda datang dan seterusnya mendiami rumah tersebut.

Beliau menyediakan satu lantai ( platform ) kecil di hadapan pintu masuk ke RBWnya, seperti gambar berikut.


                                  Gambar 1: Platform di depan pintu masuk walit


Beliau meletakkan seberapa banyak hirisan nenas, yang mana setelah mulai reput nanti akan membiakkan serangga. Serangga inilah merupakan tarikan tambahan selain daripada suara luar yang sesuai. Lihat gambar berikut.


                     Gambar 2 : Sisa nenas di letakkan di atas platform


Hari ini RBW beliau telah berjaya dan berhasil. Ikhtiar sebegini mungkin sesuai difikirkan bagi RBW baharu dan yang masih bermasaalah sehingga ke hari ini.


Sekian, selamat mencuba.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).