Salam hormat,
Setelah menghadiri seminar EBN 2016 baru-baru ini di Putra Jaya, saya fikirkan amat sesuai jika saya update perihal khasiat yang diperolehi seseorang apabila mengamalkan memakan SBW atau produknya.
Berikut saya terengkan komposisi SBW:-
1. Sebelum saya teruskan dengan komposisi SBW, sesuai sekali jika saya memaklomkan semula bahawa " memakan SBW adalah HARUS hukumnya"
2. Kedua, zat makanan yang terdapat di dalam SBW terpenting ialah Protin, setinggi 50.8%. Menariknya, apabila zat protin ini dihadzamkan, ia akan menghasilkan 14 Asam Amino (Amino Acids) dan 7 daripada Asam Amino ini adalah merupakan Asam Amono yang "essential". Maksudnya, Asam Amono yang 7 ini tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh kita. Tubuh kita terpaksa mendapatkanya dari sumber luar, seperti daripada SBW. 7 Asam Amino ini penting bagi perjalanan sehat fungsi tubuh manusia.
Seterusnya, jika kita membuat perbandingan antara SBW dengan beberapa sumber protin yang biasa kita makan, misalnya daging ayam, daging lembu, dan ikan, masing-masing mengandungi protin yang lebih rendah daripada SBW. Daging ayam mengandungi 29% protin, daging lembu sebanyak 28% manaka ikan hanya mengandungi 24% protin.
Sumber : Persembahan Dato Dr Kamarudin Mohd Isa, EBN 2016
3. Dari sudut garam galian pula, SBW mengandungi sumber kalsium yang tinggi berbanding dengan sumber makanan yang lain. Manakala punca tenaga, setanding dengan bahan makanan yang lain. Lihat jadual berikut.
4. Daripada slide Dato Dr Kamaruddin (diatas) kita juga dapat saksikan bahawa SBW mengandungi hormone testosteron, iaitu satu hormon kelelakian dan berkait rapat dengan kekuatan tenaga batin seseorang.
5. Elok juga dimaklumkan di sini, satu sifat SBW yang amat sesuai sebagai bahan makanan manusia ialah ia bersifat ALKALI . Bermakna ia tidak toksik kepada tubuh manusia.
SBW memang terkenal dengan pelbagai khasiat, selain daripada punca zat-zat terpenting seperti yang telah dinyatakan di atas, SBW terbukti memperkukuhkan sistem immune badan. Ia juga dikatakan boleh menyumbang kepada perkembangan MINDA, mengelakkan penyakit sendi (Osteoathritis) serta mempunyai sifat menggalak pertumbuhan sel-sel baru (Epidermal Growth Factor)
Sumber: Dato Dr Kamarudin, EBN 2016
Dari sudut pengalaman pula saya telah mengamalkan memakan produk SBW ini semenjak 6 tahun sudah sehingga kini (produk yang saya iklankan di sebelah). Satu kesan yang amat ketara bagi diri saya ialah berkendaan sihat (Alhamdullilah) dan kini saya berusia 62 tahun. Sepanjang tempoh tersebut saya alami kekuatan tubuh yang baik. Misalnya saya tidak berasa letih walau pun telah memandu kenderaan melebihi 7 jam. Saya juga alami keadaan di mana jika saya berhujan (renyai atau pun lebat) Alhamdullilah saya tidak mengalami sakit kepala, seperti kebiasaannya.
Jika saya terluka saya juga perhatikan luka saya sembuh dengan segera.
Menurut seorang rakan saya di Melaka pula yang mempunyai RBW yang berhasil tinggi, dimana beliau telah memberikan makan SBW ini kepada menantunya yang ketika itu mengandung 3 bulan sehingga melahirkan anak, beliau dapati pertamanya kulit cucunya itu mempunyai satu sifat kehalusan yang luar biasa dan cantik. Keduanya, pemulihan semula rahim menantunya juga agak cepat dan tanpa sebarang masaalah.
Penyelidekan daripada Indonesia banyak memperakukan bahawa memakan SBW mampu merawat dan menyembuhkan kanser payu dara. Mengenai pengalaman saya pula berkaitan kesan produk SBW ini terhadap kanser payu dara, seorang kakak di Dungun Terengganu. Ketika kami melawat beliau dirumahnya, beliau mengidap kanser payu dara dan sedang menerima rawatan chemo di Hospital Kurbang Krian Kota Baharu Kelantan. Menurut beliau semasa beliau memulakan memakan produk SBW (beliau makan mentah sahaj), akibah rawatan chemo yang dilaluinya, rambut beliau telah luruh dan tenaga juga tiada sehingga terpaksa di papah jika mau ke bilik air. Setelah mengamalkan memakan produk SBW ini 2 kali sehari, setelah beberapa minggu beliau merasakan tenaga beliau pulih beransur-ansur sehingga boleh berjalan semula. Demikian juga masalah kanser yang beliau hadapi. Kini beliau sembuh sepenuhnya daripada masalah kanser yang beliau hadapi selama ini.
Dari pembentangan Dr Fadzilah Aini (DVS) di dalam seminar EBN 2016 baru-baru ini juga telah menunjukkan dengan jelas akan kesan SBW terhadap sel-sel kenser payu dara, kanser peparu dan kanser cervical. Kesan yang ditunjukkan, sel-sel kanser tersebut mati apabila sel-sel ini "dicampurkan" dengan cairan SBW.
Satu lagi pengalaman saya yang agak sukar untuk saya buktikan ialah "nampak lebih muda dari usia sebenar". Memang kita sudah mengetahui, mengamalkan memakan SBW atau produknya mampu melambatkan proses penuaan seseorang. Ramai orang yang tidak mengenali saya, selalu bertanya saya bertugas dimana. Apabila saya menyatakan yang saya sudah bersara dan berumur 62 tahun, mereka kurang yakin dengan keterangan saya itu. Pada saya mengamalkan memakan SBW atau produknya memang bebberikan kepada rupa wajah seseorang. Kenyataan yang menyebut "memakan SBW menjadikan kita awet muda" pada saya ada kebenaranya.
Akhir sekali, mengamalkan memakan SBW ini boleh menaikkan kekuatan tenaga batin seseorang. Ini berkait rapat dengan terbuktinya SBW mengandungi hormon tesstosterone (seperti yang saya nyatakan di atas). Pengalaman saya, juga sedikit sebanyak ada kebetulannya dalam hal ini( ha...ha..ha).
Bagi saya, sesiapa yang ada memiliki SBW saya amat menggalakkan anda semua mengamalkan memakannya. Perhatikan kesanya, seperti yang saya terangkan di atas, setelah beberapa lama mengamalkannya.
Di dalam ceramah saya (Ceramah Industri Walit) selalu saya melawak, "kita tidak mahu lihat orang di negara China yang mengamalkan memakan SBW yang diimpot dari Malaysia, sehat walafiat dan panjang umur, tetapi pengeluar SBW (anda semua) di Malaysia berkeadaan banyak masaalah kesihatan dan pendek umur"
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun