Tuesday, August 26, 2014

MAKMAL WALIT DR AZIZOL DISERANG BURUNG HANTU

Salam Hormat,

Umur Makmal walit ini akan genap 4 tahun pada bulan September 2014 (bulan hadapan). Dari sudut usaha mengawal burung hantu, sejak dari awal pembinaannya, memang tidak diambil kira. Saya menjangkakan lokasi makmal ini selamat daripada musuh berkenaan, tetapi jangkaan saya ternyata salah. Hutan kecil yang berada disekitar padang ragut, di mana makmal ini ditempatkan, perlu diambil kira sebagai satu punca ancaman serangan burung hantu.

Seperti mana aktiviti pemantauan yang saya lakukan sebelum ini, saya akan melawat dan memantau perkembangan Makmal ini dari masa ke semasa. Jarak antara satu lawatan dengan yang lain ialah antara 7 ke 10 hari. Lawatan terakhir saya ke premis ini ialah pada 27.06.14. Semasa lawatan tersebut semua berkeadaan baik.

Lawatan saya pada 27.07.14 mendapati dua ketul tinja burung hantu di kaki lima bangunan, berdepan dengan pintu masuk walit. Lihat gambar berikut. 











Dengan perasaan kurang sedap hati, saya terus memasuki bangunan Makmal di tingkat bawah. Saya terperanjat dan terbukti sudah memang Makmal ini telah diserang burung hantu. Bulu walit bertaburan di merata lokasi. Semasa memasuki tingkat bawah, selalunya ada beberapa ekor walit beterbangan, kini tiada seekor pun.





Saya kemudiannya mengambil tangga, untuk memasuki bangunan bahagian tingkat atas. Pintu untuk memasuki bahagian atas makmal adalah bersebelahan dengan pintu masuk walit ke runag legar. Semasa saya menyandarkan tangga, agak berbunyi geseran tangga dengan dinding bangunan, kelihatan terbang keluar seekor burung hantu, melalui pintu masuk walit. Terbuktilah sudah, makmal ini diserang burung hantu. Dalam bangunan kelihatan banyak lagi tanda-tanda serangan burung hantu. Lihat gambar-gambar berikut.








Saya menjangkakan, setelah dihalau keluar burung hantu ini tidak akan datang semula ke bangunan Makmal. Tanggapan saya salah. Kira-kira seminggu berikutnya, saya datang sekali lagi untuk membuat pemantauan. Kali ini saya ingin mengira berapa ekor walit yang masih mendiami Makmal. Daripada jam 5 petang sehinggalah ke waktu maghrib, banyak walit yang berlegar disekitaran bangunan Makmal, terutamanya bila menghampiri maghrib. Walit-walit ini nampaknya sukar hendak memasuki bangunan. Terperanjat saya, kira jam 7.35 malam muncul seekor burung hantu dan bertengek di birai pintu masuk walit ( saya tak sempat untuk mengambil gambar ) dan apabila saya suluh dengan lampu, ia terus terbang ke hutan kecil di pinggir padang ragut. Tidak lama kemudian keluar seekor lagi dan terbang ke lokasi yang sama. Rupanya ada dua ekor burung hantu telah tinggal di dalam bangunan Makmal dalam tempoh seminggu saya tidak datang.

Setelah burng-burung hantu tersebut keluar, barulah kelihatan walit yang hendak memasuki bangunan tadi, memasuki bangunan seperti biasa.


Seminggu kemudian, saya nekad hendak menangkap burung-burung hantu berkenaan dengan menggunakan tangguk menangkap ikan-udang. Hari pertama, kira jam 4.30 petang, saya hampir dapat menangkap ke dua-dua ekor burng hantu tersebut dengan menggunakan tangguk berkenaan. Tanguk yang bulat saya lekapkan dipintu masuk walit. Setelah mengetuk pintu bangunan, burung hantu keluar ke pintu masuk walit dan terus termasuk ke dalam tangguk. Namun burung hantu ini kuat dan berjaya membolosi tangguk saya. Rasa kecewa pun ada kerana telah hampir berjaya. Saya ambil keputusan untuk balik sahaja.

Saya ulangi usaha yang sama keesokkan harinya. Saya ingatkan burung hantu tersebut tidak akan masuk semula ke bangunan, kerana telah berlawan dengan saya semasa menangkapnya di hari sebelumnya. Sekali lagi, terbukti salah tanggapan saya. Seekor terlepas terbang keluar ke hutan di pinggir padang ragut. Saya terus mengetuk-ngetuk dinding bangunan. Tiada kelihatan burung hantu yang keluar. Seterusnya saya mengambil keputusan untuk memasuki bangunan (tingkat atas). Saya terperanjat, rupanya ada seekor lagi di dalam bangunan. Semasa ia terbang di dalam bangunan untuk melarikan diri, saya telaah berjaya memukul burung hantu tersebut dengan penyapu kayu lalu tercampak dan terdaampar di dalam ruang legar. Lihat gambar berikut.





Setelah membunuhnya dan terbukti mati, saya terlihat kepada 2 biji telor di dalam rumag legar ( gambar bawah ). Rupanya, burung hantu ini sepasang dan sedang mengeramkan telornya.




Perkembangan berikutnya, khususnya usaha mencegah burung hantu dan memikat semula walit untuk terus mendiami Makmal ini, akan saya ceritakan di halam yang akan datang, setelah usaha berkenaan dilakukan.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun