Friday, March 27, 2015

MAKMAL WALIT DR AZIZOL: BANJIR 2014-2015

Salam hormat,

Saya hanya ingin mengambarkan keadaan makmal ini di musim banjir yang melanda pada wal tahun ini.

Saya percaya anda masih ingat bangaimana negeri Kelanta, khususnya Kuala Kerai amat teruk dilanda banjir pada awal tahun ini. Demikian juga keadaannya dengan makmal walit Dr Azizol. Tingkat bawah ditengelami air seperti yang digambarkan pada gambar-gambar berikut.


                                                     Keadaan Biasa


                                      Semasa Banjir: Tingkat Bawah Tengelam

Oleh kerana pintu di tingkat bawah kembang disebabkan terendam air dan tidak boleh dibuka, baru-baru ini (pertengah bulan March) saya telah berjaya memasuki bahagian bawah makmal ini. Ketingian air semasa banjir hampir mencecah papan sirip.


                                    Paras Air Mencecah Muka Paip Pengudaraan

Saya juga perhatikan di atas merkahan lumpur di lantai, terdapat beberapa tompok tinja walit yang baru, menunjukkan bahawa walit masih menduduki bahagian bawah RBW ini selepas banjir.


                                        Beberapa Tompok Tinja Walit Yang Baru

Saya mengambil keputusan untuk memperbaiki keadaan di dalam makmal ini dan pantau perkembangan seterusnya. Di harapkan tidak berlaku lagi banjir seteruk ini di tahun-tahun mendatang...amin.

Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun

SEMINAR DAN MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERSATUAN INDUSTRI SBW BUMIPUTRA MALAYSIA

Salam hormat,

Seperti yang dimaklumkan oleh Puan Salbiah, saya memanjangkan maklumat mengenai program berkenaan. Program sehari ini ( Mula jam 8pg hingga jam 5 ptg) di adakan di hotel Everly Putra Jaya (berhampiran Alamanda Putra Jaya). Saya amat mengalakkan kita semua menyokong usaha ini, dan bagi mereka yang berkelapangan supaya menyertai program berkenaan.

Jika tiada halangan, insyaAllah kita jumpa di sana.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun