Wednesday, August 28, 2019

GAMBARAN PROJEK RBW DARI MERU (KLANG) KE BERUAS (PERAK)


Salam hormat,


Pada 12hb Ogos yang lalu, saya berkesempatan ke suatu majlis di Beruas, Perak. Saya mengambil perjalanan tepi pantai Selangor dan Perak untuk terus ke Beruas. Harapan saya, sepanjang perjalanan tersebut mungkin saya dapat saksikan semula perkembangan peternakan burung walit, khususnya di Tanjung Karang, Setiawan dan Telok Intan, kerana saya sudah tidak melalui jalan-jalan terbabit kira-kira 10 tahun.

Secara ringkanya, di sepanjang laluan Meru ke T Intan, tidak ada perbahan yang ketara yang membabitkan RBW yang baharu. Di Tanjung Karang hanya kelihatan RBW yang agak lama di kawasan persawahan seperti dahulu.

Saya bermalam di Telok Intan. Dalam masa berjalan-jalan disekitaran hotel tempat saya menginap di sebelah malam, tiada kelihatan RBW yang banyak, hanya ada sebuah dua sahaja. Itu pun apabila saya terdengar suara panggilan walit, walau pun hari telah lewat malam.




Keesokkan harinya kelihatan sebuah RBW di atas bangunan bersebelahan hotel saya menginap dan saya rakamkan RBW tersebut seperti di dalam gambar-gambar berikut.






Daripada Titi Gantung ke pekan Beruas pula ada kelihatan RBW yang agak besar di beberapa lokasi. Cumanya saya perhatikan di pekan Beruas  sendiri, di tingkat atas di sebelah belakang deretan rumah-rumah kedai di sini kelihatan banyak RBW yang dinampakkan oleh lubag-lubang masuk walit serta bunyi suara panggilan yang banyak kedengaran.

Demikianlah permerhatian saya dalam perjalanan tersebut.


Sekian,


(Dr Azizol Bin Mohd Sharun, DVM, MAgrS).

Thursday, August 22, 2019

SEMINAR MyGAP WALIT DI PEKAN



Salam hormat,

Saya telah berkesempatan turut serta di dalam seminar berkenaan yang telah di adakan di hotel Casa Pekan Pahang pada 08hb Ogos, 2019 yang lalu. Seminar telah dijadualkan selama sehari, tetapi telah disingkatkan kepada setengah hari memandangkan para peserta bersetuju sedemikian.



                                             Di Dewan Seminar


Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi Tahniah dan Terima Kasih kepada JPV Putra Jaya dan Negeri Pahang di atas penganjuran seminar berkenaan. Seminar ini diberikan secara percuma serta makan dan minum disediakan. Alhamdullilah.

Bagi saya seminar ini telah meningkat ilmu terutamanya berkaitan kedudukan semasa perkembangan industri secara am. Seminar juga telah memberikan satu gambaran hala tuju industri di masa yang akan datang.

Kefahaman saya mengenai prasyarat atau dokumentasi (maklumat) yang perlu dilengkapkan, untuk sesebuah RBW mendapat pengiktirafan MyGAP, mengikut borang yang disediakan terlalu terperinci. Ini memberikan gambaran segala rahsia bidangusaha boleh di akses oleh mana-mana pihak yang tidak berkepentingan bagi tujuan yang tidak baik, dan akhirnya berbalik kepada perkembangan industri. Saya berpendapat,maklumat-maklumat yang perlu ada, seperti yang ternyata di dalam borang, sesuai jika maklumat-maklumat tertentu ada di peringkat-peringkat tertentu sahaja. Bukan semua maklumat misti diberikan kepaada Ibu Pejabat JPV. Misalnya rekod pengeluaran SBW perlu ada, tetapi hanya diperingkat pengusaha sahaja, dan tidak perlu di hantar ke Ibu Pejabat JPV. Kewujudan rekod dan penyelenggaraannya boleh di lakukan semasa lawatan pemeriksaan kelayakan.

Satu perkara saya perhatikan seminar ini amat bermunafaat kepada mereka yang terlibat di dalam khidmat rundingan pembinaan sesebuah RBW yang baharu, banyak perkara yang mereka perlu masukkan di dalam perkhidmatan tersebut. Ini nanti akan memudahkan pengusaha berkenaan untuk mendapat kelulusan status My GAP dan disampaing menjamin perkembangan pengeluaran SBW di masa yang akan datang.

Sayangnya, saya perhatikan juga tidak ramai pengusaha Bumiputra di negeri Pahang yang turut serta, anggaran saya tidak sampai 20%. Gambaran kehadiran kaum Bumiputra di dalam mana-mana majlis ilmu masih tidak banyak berubah. Keadaan ini misti berubah, jika kita mahukan kemajuan yang berterusan.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).