Salam hormat,
Di
dalam penulisan yang lepas saya mengenegahkan konsep integrasi antara
projek peternakan burung walit dan penghasilan durian Mousang King di
sekelilingnya. Ini adalah merupakan satu model bidangusaha ( business
model ) yang seharusnya menjadi maltamat kepada kita semua yang
terlibat dengan peternakan burung walit.
Integrasi Durian Musang King Dan RBW
Model
bidangusaha di atas, apabila kita menjangkau perkembangan baik dan
perhubungan dua hala antara negara kita dan negara china, perlu
ditambah nilai kepada satu model bidangusaha yang melibatkan sektor
agro pelancungan. Kenapa saya menyarankan konsep ini untuk jangka
panjang? Ini adalah kerana saya melihat perkembangan ekonomi negera
china itu sendiri. Jumlah penduduk negara China yang telah menjadi
jutawan terus meningkat dengan begitu ramai sekali. Kita juga sering
mendengar jumlah pelancung yang melawat Malaysia terus meningkat dari
tahun ke setahun.
Jutawan Di Negara China Terus Meningkat
Kita
juga telah melihat dan mendapati para pelawat dari negara China telah
mula beramai-ramai datang ke Malaysia dengan menggunakan pesawat yang
disewa khas untuk melihat kebun dan memakan durian Musang King di
sini. Tetapi mereka ini masih pulang ke hotel-hotel di bandar-bandar
besar untuk menginap dan beriadah. Keadaan ini adalah merupakan satu
peluang bagi kita yang bergiat di dalam industri peternakan burung
walit, untuk mempelbagaikan pengisian pakage pelancungan kita dengan
mengembelin tiga komponen utama di dalam satu lokasi atau tapak.
Aktiviti
atau komponen yang di maksudkan ialah:-
-
Sebuah RBW,
-
Tanaman durin Musang King,
-
Rumah penginapan (chalet) atau pun homesatay.
Saya
percaya mereka yang dibawa ke PERKAMPUNGAN DURIAN BURUNG ini, selaian
daripada melihat dan mengalami secara dekat bagimana buah durian
musang king di pungut setiap pagi (misalnya), mereka juga berpeluang
melihat aktivit dan keunikan peternakan burung walit. Misalnay di
senja hari mereka dapat melihat ribuan walit yang baliki ke RBW. Di waktu makan malam mereka ini boleh disajikan dengan pelbagai
masakan atau produk SBW seperti sup sarang burung dan sebagainya.
Di Senja Hari Melihat Walit Pulang Ke Sarang
Sajian Sup SBW
Bagi
sesiapa yang ingin menyediakan kemudahan penginapan ini, perlu satu
kajian atau penyelidekan dibuat di negara China, keadaan atau
fasiliti rumah kediaman yang mereka suka. Ini bagi menarik minat
lebih ramai pelawat dari negara China untuk berkunjung dan menginap
di rumah kediaman yang disediakan untuk mereka.
Saya
juga melihat “templete” agro pelancungan ini perlu dikaji
viabilitinya dan pihak berwajib mengwar-warkan konsep Agro Pelancungan Durian-Burung ini. Selepas itu membolehkan satu skim pinjaman di sediakan
oleh pihak berwajib, bagi merka-mereka yang berhajat untuk
menjalankan aktiviti Agropelancungan Durian-Burung ini. Jika sesuai
projek Agropelancungan Durian-Burung ini perlu dikembangan dan
bermula sekarang, supaya 10 ke 15 tahun yang akan datang telah
wujud beratus projek di seluruh negara. Sekurangnya, jika pelancung
China datang dengan satau kapalterbang berkapasiti 300 penumpang,
telah tersedia kemudahan untuk menampung kedatangan mereka.
Saya
juga memikirkan konsep “ala FELDA” boleh diwujudkan mulai
sekarang dan sudah pasti badan-badan seperti FELDA sendiri, RISDA dan
FELCRA segera meneliti dan mengkaji projek sebegini, berikutnya terus
memulakannya secepat mungkin. Baru-baru ini saya difahamkan melalui
akhbar tempatan bahawa FELDA berminat untuk menanam durian Musang
King. Pihak koridor pembangunan yang sedia ada seperti NCER, ECER
juga sesuai mengambil perhatian serta melaksanakan konsep
agro-pelancungan ini. Apabila semua agensi di atas melaksanakan
konsep ini, saya yakin lebih banyak pelancung daripada negara China
dan Singapura akan berkunjung ke negara kita pada musim-musim
tertentu. Ini semua sudah pasti akan membawa ke dalam negara kita wang
luar yang begitu banyak dari tahun ke setahun. In sha Allah.
Sekian.
Dr
Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)