Jika anda berkunjung ke sana, anda akan lihat betapa banyaknya gedung-gedung walit didirikan di merata tempat. Saya berkesempatan ke Palembang satu masa dahulu, khususnya bandar Metro di Sumatra Selatan. Pemandangan disekitaran pesawahanya amat mengkagumkan, begitu banyak gedung walit dibina. Salah satu daripada sebabnya ialah, sawah padi merupakan punca serangga yang menjadi makanan walit. Sekali gus mereka di sana menggunakan khidmat walit untuk mambantu mengawal seranga padi.
Jika anda terus mengembara disekitaran Metro, memang beginilah keadaanya. Tetapi jika kita melihat jelapang padi kita di Kedah, amat sukar untuk melihat sebuah rumah walit sehingga ke hari ini.
Sekarang kita faham bagaimana mereka mampu menjadi pembekal utama sarang burung walit dunia, sedangkan Malaysia hanya membekal disekitaran 8 peratus sahaja.
Seterusnya pada tahun yang sama, saya berkunjung pula ke Dumai, salah sebuah pekan di Sumatra dan paling hampir dengan Melaka. Saya kesana dengan menaiki bot daripada bandar Melaka. Perjalanan lebih kurang dua jam sahaja.
Lawatan ke Dumai ini telah diatur untuk melihat sebuah rumah walit, yang pada ketika itu dalam pembinaan dan 75% siap. Ia merupakan tingkat 2 dan 3 sebuah rumah kedai yang diubah suai untuk dijadikan rumah walit.
Perhatikan mereka menggunakan kayu bruti (2"X4") sebagai gelegar lantai sekali gus digunakan sebagai nesting planks. Juga kita lihat tidak banyak sudut disediakan (untuk walit muda). Perhatikan juga, papan lantai digunakan sebagai siling dan di atasnya diletakkan slab setebal 6". Ini boleh membantu mempercepatkan kemasukan walit, kerana lantai simen dilindungi oleh kepingan papan. Cumanya kita kena perhatikan kos lantai sebegini, berbanding dengan cement bord.
Perhatikan juga di dalam gambar di atas, kedudukan lubang masuk setinggi lebihkurang 15' daripada lantai.
Perhatikan, berdepan dengan lubang masuk ialah pintu walit ke tingkat 2 dan ke tingkat 1. Oleh kerana kedudukan pintu ini jauh ke bawah daripada aras lubang masuk walit, maka ia sudah berkeadaan suram dan hampir gelap.Mereka menggunakan kepingan plywood sebagai bahan dinding. Dalam masa pembinaan ini, di dalam rumah ini telah diletakkan racikan sisa nenas untuk mempercepatkan hilangnya bau simen yang digunakan.
Pada masa pembinaan ini juga, mereka disini telah mula mengawal lipas supaya tidak memasuki rumah walit dan berkembangbiak sebelum walit menduduki rumah berkenaan. Mereka menggunakan kapor ajaib sebagai racun lipas dan digariskan kapor tersebut di dinding, seperti gambar berikut.
Mereka juga berpendapat tweeter lebih elok dipasang tanpa corongnya, seperti gambar berikut.
Walaubagaimana pun, selepas lawatan ini saya tidak berkunjung kembali ke sana untuk menilai perkembangan. Di Indonesia, RBW kosong buat beberapa tahun ini perkara biasa. Ada satu RBW di Metro, menurut penjaganya masih kosong dan telah berkeadaan begini selama 6 tahun. Mereka masih bersabar dan terus berusaha. Di Malaysia bagaimana?
Demikianlah sedikit pemandangan walit di Indonesia yang sempat saya kongsikan pada kali ini. Selamat mengikuti perkembangan seterusnya...
Skian,
Dr Azizol Mohd Sharun.
No comments:
Post a Comment