Saturday, May 26, 2012

MUKAH DESTINASI PEMINAT WALIT

Mukah adalah satu daerah dan bandar yang tidak asing lagi bagi peminat walit. Terletak kira-kira 3 jam perjalanan darat ke utara bandar Sibu, Sarawak.


Pada tahun 2010, saya telah diberikan pendedahan lanjutan mengenai bidangusaha walit di sini. Lawatan kami telah dirancang dan diaturkan sedemikian rupa supaya matlamat lawatan tercapai. Semasa lawatan dibuat salah satu model bidangusaha yang menjadi tumpuan ialah Rumah Burung Walit (RBW) berskala kecil dan sederhana.


Kali ini saya hendak berkongsi pengalaman perjalanan tersebut agar anda juga dapat mengenali Mukah serta pembelajaran yang diperolehi ekoran lawatan yang telah kami lakukan.


Semasa kami melawat, jalanraya yang menghubungkan bandar Sibu dan Mukah masih dalam pembinaan. Perjalanan memakan masa kira-kira 4 jam. Tidak ada banyak perkara yang boleh diceritakan di sepanjang perjalanan ke sana waktu itu. Saya telah difahamkan sekarang jalan darat ini telah siap sepenuhnya dan hanya mengambil masa kira-kira 3 jam sahaja ke Mukah daripada bandar Sibu.


Pertama sekali kami didedahkan kepada sebuah rumah kedai, di tingkat 3, yang telah diubahsuai untuk dijadikan RBW. Ia telah beroperasi selama 7 tahun. Perhatikan jumlah serta kepadatan sarang yang ada dan agaknya berapa kilo kah hasil bulanan bidangusaha ini? Ini juga memberikan gambaran, untuk mendapat hasil yang bermakna, RBW kita memerlukan tempoh masa yang agak sama, iaitu lebih kurang 7 tahun.




Seterusnya kami dibawa ke satu lokasi rumah panjang, di mana sebuah RBW skala sederhana telah dibena berhampiran, beroperasi dan dikongsi di antara ahli keluarga rumah panjang tersebut.




RBW ini berukuran 20 kaki lebar, 30 kaki panjang dan 15 kaki tinggi. Di dalamnya dibena 2 tingkat untuk walit bersarang. Semasa lawatan, walit telah menduduki rumah ini, tetapi hasil bulanan yang tidak banyak. Perhatikan cara walit memasuki rumah ini "melawan pusingan jam" atau anticlockwise.




Seterusnya, kami melawat pula sebuah model RBW berskala kecil, dan pada pendapat kami amat sesuai ditiru konsep pembinaannya. Pendekatan ini amat sesuai bagi mereka yang berpendapatan kecil atau sukar memperolehi pinjaman dari bank untuk pembiayaan. Ia juga amat sesuai bagi mereka yang bimbangkan risiko walit tidak masuk dan mendiami rumah yang dibena. Rumah ini membuktikan bahawa RBW boleh dipebesarkan kemudian tanpa masaalah.




Asalnya RBW di atas adalah seperti gambar berikut.




Kami diberitahu, rumah asal ini dibena dengan kos RM10,000 sahaja pada ketika itu. Setelah beberapa lama beroperasi dan jumlah walit telah memenuhi ruang, maka bahagian bawah didinding, lubang antara lantai disediakan, maka jadilah RBW ini dua tingkat. Rezeki terus datang melimpah ruah dan RBW ini terpaksa disebar ke kiri dan ke kanan. Perhatikan di dalam kes ini, pembesaran rumah hanya dengan menggunakan hasil walit sahaja.


Untuk program sehari, itu sahaja yang sempat kami lawati dan kami terpaksa balik ke Sibu dengan menaiki boat dan perlu sampai sebelum senja. Dalam pada itu kami ternampak sebuah RBW yang didirikan di atas sebuah cabin pejabat penimbang. Kami tidak dimaklumkan sama ada walit telah mendiami rumah ini atau pun tidak.




Boat yang kami naiki ini rupanya berhenti-henti di sepanjang perjalanan, sama seperti bas yang berhenti-henti apa bila ada penumpang yang hendak menaikinya di perhentian yang telah ditetapkan. Apa yang membimbangkan kami, jumlah penumpang yang agak ramai berbanding dengan saiz boat yang kecil. Bagusnya pula boat ini, pada pandangan saya, ia dipacu oleh dua injin yang mempunyai kuasa kuda yang tinggi. Jadi ada rasa keyakinan sedikit. Mungkin bagi mereka yang lain kerana sudah biasa menaiki boat ini, tidak besara bimbang. Kadang-kadang apabila melihat air sungai yang berwarna kuning, terfikir sungai ini msiti dalam dan berbuaya. Kita kerap di paparkan di dalam akhbar di Sarawak berlaku banyak kes buaya memakan manusia. Kadangkala terasa bimbang juga. Walaubagaimana pun perjalanan terpaksa diteruskan juga.




Semasa di dalam perjalan ini, kami terlihat beberapa RBW di tepi-tepi sungai seperti gambar berikut.




Alhamdullilah, akhirnya boat kami selamat sampai di Sibu dan kami bermalam. Ke esokkan harinya kami meneruskan perjalanan balik ke Semenanjung.


Skian.




Dr Azizol Mohd Sharun.

No comments:

Post a Comment