Saturday, May 5, 2012

SEBUAH RUMAH WALIT DI DUMAI SUMATRA INDONESIA

Nilai pasaran sarang burung walit dunia dalam setahun bernilai RM12 billion. Hanya 30 peratus sahaja daripada keseluruhan permintaan ini dipenuhi. Sebanyak 60 peratus bekalan sarang walit datangnya daripada Indonesia.


Jika anda berkunjung ke sana, anda akan lihat betapa banyaknya gedung-gedung walit didirikan di merata tempat. Saya berkesempatan ke Palembang satu masa dahulu, khususnya bandar Metro di Sumatra Selatan. Pemandangan disekitaran pesawahanya amat mengkagumkan, begitu banyak gedung walit dibina. Salah satu daripada sebabnya ialah, sawah padi merupakan punca serangga yang menjadi makanan walit. Sekali gus mereka di sana menggunakan khidmat walit untuk mambantu mengawal seranga padi.
Jika anda terus mengembara disekitaran Metro, memang beginilah keadaanya. Tetapi jika kita melihat jelapang padi kita di Kedah, amat sukar untuk melihat sebuah rumah walit sehingga ke hari ini.
Sekarang kita faham bagaimana mereka mampu menjadi pembekal utama sarang burung walit dunia, sedangkan Malaysia hanya membekal disekitaran 8 peratus sahaja.


Seterusnya pada tahun yang sama, saya berkunjung pula ke Dumai, salah sebuah pekan di Sumatra dan paling hampir dengan Melaka. Saya kesana dengan menaiki bot daripada bandar Melaka. Perjalanan lebih kurang dua jam sahaja.
Lawatan ke Dumai ini telah diatur untuk melihat sebuah rumah walit, yang pada ketika itu dalam pembinaan dan 75% siap. Ia merupakan tingkat 2 dan 3 sebuah rumah kedai yang diubah suai untuk dijadikan rumah walit.
Perhatikan mereka menggunakan kayu bruti (2"X4") sebagai gelegar lantai sekali gus digunakan sebagai nesting planks. Juga kita lihat tidak banyak sudut disediakan (untuk walit muda). Perhatikan juga, papan lantai digunakan sebagai siling dan di atasnya diletakkan slab setebal 6". Ini boleh membantu mempercepatkan kemasukan walit, kerana lantai simen dilindungi oleh kepingan papan. Cumanya kita kena perhatikan kos lantai sebegini, berbanding dengan cement bord.
Perhatikan juga di dalam gambar di atas, kedudukan lubang masuk setinggi lebihkurang 15' daripada lantai.
Perhatikan, berdepan dengan lubang masuk ialah pintu walit ke tingkat 2 dan ke tingkat 1. Oleh kerana kedudukan pintu ini jauh ke bawah daripada aras lubang masuk walit, maka ia sudah berkeadaan suram dan hampir gelap.
Mereka menggunakan kepingan plywood sebagai bahan dinding. Dalam masa pembinaan ini, di dalam rumah ini telah diletakkan racikan sisa nenas untuk mempercepatkan hilangnya bau simen yang digunakan.
Pada masa pembinaan ini juga, mereka disini telah mula mengawal lipas supaya tidak memasuki rumah walit dan berkembangbiak sebelum walit menduduki rumah berkenaan. Mereka menggunakan kapor ajaib sebagai racun lipas dan digariskan kapor tersebut di dinding, seperti gambar berikut.


Mereka juga berpendapat tweeter lebih elok dipasang tanpa corongnya, seperti gambar berikut.
Walaubagaimana pun, selepas lawatan ini saya tidak berkunjung kembali ke sana untuk menilai perkembangan. Di Indonesia, RBW kosong buat beberapa tahun ini perkara biasa. Ada satu RBW di Metro, menurut penjaganya masih kosong dan telah berkeadaan begini selama 6 tahun. Mereka masih bersabar dan terus berusaha. Di Malaysia bagaimana?


Demikianlah sedikit pemandangan walit di Indonesia yang sempat saya kongsikan pada kali ini. Selamat mengikuti perkembangan seterusnya...


Skian,




Dr Azizol Mohd Sharun.

Tuesday, May 1, 2012

CCTV BANTU PEMANTAUAN KEMAJUAN SESEBUAH RUMAH BURUNG WALIT

Selamat Hari Pekerja kepada rakan-rakan semua.


Saya kerap menyatakan, salah satu keperluan atau spesifikasi rumah burung walit ialah berkeadaan SELAMAT DAN AMAN, seperti di gua-gua di mana walit asalnya tinggal. Hakikatnya, banyak rumah burung walit yang baru beroperasi gagal memenuhi keperluan ini, dan akhirnya walit tidak mendiami rumah berkenaan, atau pun lewat menduduki premis berkenaan.


Satau kaedah bagi mengelakkan kacauganggu daripada manusia, terutama daripada tuannya sendiri, elok di pasang CCTV.
                                              CCTV Dalam Bilik Audio


Dengan terpasangnya sistem CCTV, pemilik tidak perlu lagi memasuki bangunan untuk melihat sama ada burung walit sudah masuk dan tidur di dalam rumah berkenaan atau pun tidak. Ini sudah pasti mampu mengelakkan kacauganggu kepada walit muda yang baru mengenali rumah yang dibina, daripada tuan pemilik premis tersebut.


                                           Walit kelihatan dengan jelas


Pemasangan sistem hendaklah betul, terutamanya kedudukan kamera. Jika tidak nanti, apa yang hendak dilihat tidak nampak, dan yang tidak perlu dilihat atau dipantau jelas kelihatan. Satu perkara yang perlu diingati, kerana kamera dipasang di dalam rumah walit, maka perlulah dilindungi kamera daripada kotoran walit. Jika tidak ia memerlukan pembersihan dari masa ke semasa dan ini perlu dielakkan.
                                             Kamera perlu dilindungi
Sietem CCTV ini juga boleh digunakan untuk pembelajaran. Misalnya kita nak mengenali walit ini dengan lebih dekat lagi, maka melalui sistem ini kita boleh buat pemerhatian dari masa ke semasa. Kerana sisten digital ini boleh di rakam, kita boleh melihat apa yang berlaku di dalam rumah walit kita pada masa yang kita kehendaki.


Seronoknya, kita boleh tahu walit kita sudah balik ke belum?


Bagi mereka yang melawat, boleh melihat walit melalui sistem ini. Cuma gambar yang dilihat hanya berbentuk hitam putih sahaja.


Selain daripada itu, dengan menggunakan 4 atau 6 kamera, alat ini sekali gus boleh digunakan untuk servalen dan kawalan daripada pencuri. Jika sistem ini disambungkan ke internet, maka kita boleh melihat dalam rumah walit kita secara online daripada pelusuk dunia. Sistem ini mungkin juga memudahkan pemasaran?


Kos peralatan dan pemasangan tidaklah mahal. Sistem yang menggunakan 2 kamera sahaja, memerlukan RM2,000 sahaja( alat dan pemasangan, tidak termasuk pengangkutan). Ini hanyalah 2% daripada kos bangunan yang bernilai RM100,000.00 sebuah. Bayangkan kerugian akibah kacauganggu tuanya...fikir-fikirkan.


Skian,




Dr Azizol Mohd Sharun.

Thursday, April 26, 2012

ANGKASA BERGERAK AKTIF MENYAMPAIKAN MAKLUMAT INDUSTRI WALIT

25hb.April,2012 Pulau Pangkor, Perak Darul Ridwan. Ini adalah merupakan tarikh dan lokasi terbaharu kursus asas peternakan burung walit yang telah dianjurkan oleh ANGKASA, badan induk pergerakan kooperasi Malaysia. Kursus diadakan selama 3 hari di Hotel Pangkor Bay View Beach Resort. Seramai 26 orang peserta pergerakan kooperasi daripada Negeri Perak terlibat.


Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak ANGKASA, yang telah sudi menjemput saya menjadi salah seorang daripada penceramah di program tersebut.


Syabas serta tahniah juga kepada ANGKASA yang terus bergiat aktif menyampaikan maklumat industri ini kepada ahli-ahli kooperasi di seluruh negara. Secara tidak langsung, lebih ramai oranag Melayu dan kaum Bumiputra lain yang telah dan akan didedahkan kepada bidangusaha ini.


Saya telah tidak mengunjungi Pulau Pangkor ini melebihi 10 tahun lamanya. Saya masih ingat, semasa menjaga Unit Pedaging di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kuala Lumpur (belum berpindah ke Putra Jaya masa itu) pernah ke pulau ini untuk menghadiri mesyuarat projek TAC dengan kerjasama TAC Manjung. Tempoh tersebut agak lama dan mungkin banyak yang telah berubah, termasuklah penglibatan orang Melayu dalam industri pelancungan di pulau ini.


Bagi rakan-rakan yang belum ke sini, saya maniki boat ke pulau daripada jeti di pekan Lumut, dan saya rasa jeti ini adalah yang baru. Oleh kerana bukan cuti sekolah, maka tidaklah ramai yang menaiki boat ke pulau bersama saya pada kali ini. Bagusnya di pekan Lumat telah tersedia medan letak kereta bertingkat untuk kita menyimpan kereta selama kita berada di pulau peranginan ini. Daripada tempat letak kereta, kita berjalan terus ke jeti yang berbumbung dan dekat sahaja. Saya hanya berkunjung semalaman sahaja maka dikenakan bayaran meletak kereta sebanyak RM7.50 sahaja, dibayar semasa keluar daripada tempat letak kereta ini.


Perjalanan ke jeti Pangkor daripada Lumut hanyalah mengambil masa 30 minit sahaja. Tiket ke pulau ini dikenakan RM10 dewasa dan untuk pergi dan balik. Sampai di jeti di Pangkor, memang agak lengang kerana diluar musim cuti-cuti Malaysia.


Semasa saya berada di dalam kumpulan ini, saya dapati hampir semua di antara mereka yang sememangnya tiada pengetahuan langsung mengenai industri ini dan lebih-lebih lagi bagaimana mereka boleh terlibat. Saya yakin setelah kursus di adakan, ada di antara peserta yang akan terlibat dengan bidangusaha yang sepetutnya mereka telah lama terlibat serta menikmati peningkatan pendapatan yang lebih baik.




Syabas ANGKASA.




Skian




Dr Azizol Mohd Sharun.

Wednesday, April 25, 2012

KURSUS WALIT BULAN MEI 2012

Seperti yang saya pernah sebutkan, syarikat Ag Walit Training Centre yang berpengkalan di Alor Gajah, Melaka, akan mengadakan kursus asas industri walit setiap bulan. Bagi bulan Mei depan, ia akan di adakan pada 12hb (Sabtu)
Gambaran kursus adalah sama, seperti yang dipaparkan pada Post bulan March yang lepas. Pada rakan-rakan yang berminat sila hubung Cik Suzana pada nombor yang tertera di dalam gambar di atas.

Berikut disertakan beberapa gambar peserta di kursus yang sama, yang telah kami adakan pada 21hb April, 2012. Aktiviti yang dipaparkan ialah aktiviti atau praktikal mencuci sarang burung walit.


Terima Kasih


Dr Azizol Mohd Sharun.

Thursday, April 19, 2012

PENGEMBARAAN DI GUA GOMANTONG

Pengembaraan saya ke Gua Gomantong, Sandakan, Sabah ini telah dibuat pada bulan April, tahun 2010 yang lalu. Di dalam beberapa siri seminar & kursus walit baru-baru ini, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman mengenainya melalui blog ini.


Paparan pengalaman ini bertujuan untuk menunjukkan keadaan sebenar habitat walit (bersarang putih dan hitam) di dalam sebuah gua yang besar dan telah lama didiami walit. Saya berharap paparan ini akan mengukuhkan ilmu serta kefahaman kita semua mengenai keperluan habitat walit, semasa mendirikan rumah walit kita sendiri.


Untuk makluman saudara dan saudari, untuk memasuki gua ini, kita diminta memakai sejenis kasut getah yang ada berbutang ditapaknya, macam kasut bola. Ada tempat-tempat di dalam gua ini yang licin, terutama ketika menurun masuk ke gua Semud Putih yang curam. Kita juga diberikan sepasang baju hujan untuk di pakai semasa berada di dalam gua.


Jika anda perhatikan di pintu Gua Semud Hitam ini, tiada kelihatan tinja walit yang berlonggok, walau pun melalui pintu gua inilah walit keluar dan masuk.


Apabila berada di dalam gua, kita akan dapati himpunan tinja walit. Keadaan ini menunjukkan walit hanya membuang kotoranya semasa berada di sarangnya sahaja. Ini merupakan bukti yang walit tidak mencemarkan bandar, seperti yang diperkatakan oleh sesetangah pihak. Oleh sebab itu, satau sifat gua ini ialah baunya, ialtu bau tinja walit atau biasa disebut miasmata walit. Atas perkara ini juga kita mencadangkan supaya diletakkan tinja walit di rumah burung yang baru beroperasi.


Selain daripada itu, kita akan terjumpa banyak kelompok lipas yang merah menyala, seperti lipan, di dinding-dinding gua. Kenapa lipas banyak, ini adalah kerana tinja walit itu adalah makanannya. Jadi tidak heranlah jika kita mendapati lipas di dalam rumah burung, akan tetapi perlu dikawal atau dihapuskan. Satu perkara lagi, apabila kita berada di dalam gua ini, mata tidak terasa pedih atau kita sukar nak bernafas. Bermakna sistem pengudaraan di dalam gua ini berkesan, bagi mengawal kandungan gas ammonia, methane dan hydrogen sulphite.


Walit hitam bersarang agak tinggi di dinding sebelah atas gua, kira-kira 200 kaki tingginya. Jadi untuk mengambil sarang, mereka disini menggunakan sigai, yang diperbuat daripada besi paip dan buluh. Sudah pasti operasi ini banyak menggunakan tali.


Selepas melawat gua Semud Hitam, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Gua Semud Putih. Melihat ketinggian bukit dan kerumitan perjalanan yang ada ketikanya agak merbahaya, pada mulanya saya menolak untuk turut serta. Almaklumlah sudah berumur dan fitness sudah kurang. Setelah diyakini oleh pemandu rombongan, saya akhirnya turut mendaki.


Perjalanan mendaki dan berjalan dicelahan batu dan pokok-pokok ini, untuk sampai ke depan pintu gua Semud Putih memakan masa kira-kira satu jam. Saya perhatikan disegenap lubang ke dalam gua di kawal ketat oleh penender hasil walit. Ada yang diletakkan kakitangan yang senantiasa mengawal keselamatan.


Ada juga pintu ke gua ini yang dipasang dengan grill besi dan berkunci. Semasa melalui pinu ini, terfikir saya memang lah kena buat sedemikian kerana hasilnya menceah juta ringgit. Setelah beberapa kali berhenti, untuk menghilangkan penat, akhirmya saya tiba di pintu gua Semug Putih.


Setelah berehat seketika dan melihat persekitaran permukaan gua, kami berjalan turun. bahagian permulaan gua ini agak lembap,licin dan curam. Ada ketikanya kami terpaksa menggunakan tali yang disediakan.


Saya perhatikan disepanjang perjalanan di dalam gua ini, tiada kelihatan lopak air, atau pun anak-anak sungai. Lantai gua agak berpasir dan bercampur dengan tinja walit. Walau pun badan basah oleh kerana berpelum yang dahsyat, terasa juga kedinginan di dalam gua ini. Pada satu lokasi perhentian, saya berasa kesal kerana tidak membawa alat pengukur suhu dan kelembapan.


Setelah mengembara di dalam gua yang gelap ini selama kira2 2 jam , akhirnya kami sampai ke lokasi di mana terdapatnya walit bersarang putih. Sama juga dengan walit bersarang hitam, sarang walit ini juga agak tinggi, kira-kira 150 kaki dari permukaan gua. Lantai gua disini juga berkeadaan kering, berpasir dan bercampur tinja walit.


Setelah melihat apa yanag hendak dilihat, kami seterusnya berjalan balik ke permukaan gua. Setibanya kami di base camp, hari sudah mulai senja. Setelah menikmati makanan yang disediakan, kami sempat melihat ribuan kelawar keluar daripada lubang gua.


Skian


Dr Azizol Mohd Sharun

Saturday, April 14, 2012

TAMAN BURUNG WALIT MELAKA

Terletak di Bukit Senggeh, Jasin, Melaka. Salah satu taman burung walit terbesar di Malaysia.




                                                     Pelan kawasan
Terdapat sebanyak 230 lot kesemuanya di dalam taman ini, dan setiap lot lebihkurang satu ekar keluasanya. Sebanyak 60 peratus, atau 138 lot diperuntukan kepada pengusaha Bumiputra. Lot-Lot milik bukan Bumiputra habis dijual dalam 2 hari pembukaanya. Satu lot harganya lebihkurang RM80,000.00


                                         Lot Yang Dipohon Oleh Ag Walit


Di atas tapak ini Ag Walit akan membangunkan infrastruktur dan perniagaan berkonsepkan Agro-Pelancungan Walit. 


Sehingga kini sebanyak 12 unit rumah walit pelbagai saiz telah dibangunkan di dalam kawasan taman ini. Berikut gambar yang menunjukkan satu kawasan yang pesat dibangunkan dengan RBW.




Skian,




Dr Azizol Mohd Sharun.