Salam sejahtera,
Kali ini saya ingin mengajak semua pewalit…moh kite jaga kesihatan..
RBW satu-satunya perkara yang kita semua selalu buat pemantauan. Buatlah pemantauan yang sama tehadap kesihatan diri masing-masing. Tidak ada maknanya jika kita ada banyak wang tetapai badan serta minda tidak sihat.
Seperti yang tuan-tuan sedia maklum penting sekali anda memantau kandungan gula di dalam darah masing-masing secara berkala. Jika bacaan gula di dalam darah anda, dalam keadaan berpuasa, melebihi 7 mMol/Liter, eloklah segera mendapat nasehat para doktor masing-masing. Seterusnya juga amat mustahak memastikan tekanan darah kita dalam lingkungan 120/80. Bila umur para pewalit meningkat, misalnya apabila melebihi 55 tahun tekanan darah juga akan meningkat. Sesuailah dalam keadaan tersebut kita semua mendapatkan nasehat doktor masing-masing.
SBW memang sesuatu hasil yang mahal. Bagi saya KESIHATAN diri kita jauh lebih mahal daripada itu untuk kita abaikan.
Saya turut mengajak anda supaya senantiasa perhatikan apa yang kita makan. Kurangkan produk-produk makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Kuarngkan makan makanan yang mengandungi daging merah (red meat). Banyakkan memakan sayuran, buah-buahan dan meminum air. Bila hasil walit banyak di perolehi, laburkan sedikit kepada diri tuanya dengan membeli bahan makanan yang berkhasiat.
Mengamalkan memakan makanan tambahan (supplement) juga sesuai dilakukan. Jangan lupa memakan SBW atau produknya dari masa ke semasa. Heran saya kenapa para pewalit tidak memakan makanan yang hebat ini. Ayuh…apa lagi.
Akhir sekali saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan senaman atau exsersis. Jadikan ia sebagai amalan harian kita jika boleh dan sesuai. Kita digalakkan setiap hari berjalan sejauh 10,000 langkah. Susah? Tiada masa? Pengalaman saya tidaklah sesuah sebelum melakukannya.
Saya beli dan menggunakan alat pemantaau jumlah langkah saya setiap hari. Lihat gambar-gambar berikut.
Jumlah langkah saya sehingga jam 12.10 tgh hari ialah 5,889 langkah
Jenama alat yang saya pakai
Kini di zaman teknologi yang canggih ini pelbagai peralatan ada bagi tujuan pemanatauan ini. Talifon bimbit anda juga beruapaya melakakukan pemantauan tersebut.
Apa yang saya telah lalakukan dan in-sha-Allah akan menjadi gaya hidup saya, iaitu setiap pagi saya akan berjalan kakai selama kira-kira 55 minit. Dalam tempoh masa tersebut sahaja, setelah menggunakan alatan tadi, saya telah merekodkan jumlah 5,500 langkah (minimum). Setengah daripada sasaran telah dicapai. Kira-kira jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 tengah hari saya buat kerja-kerja kebun (yang ringan-ringan sahaja). Kerja-kerja ini saya ulangi sekalai lagi selpas jam 5.00 petang. Mengikut pengalaman saya semua ini telah merekaodkan jumlah langkah sehari melebihi 10,000.
Para pewalit juga saya mengajak anda semua supaya berusaha mencapai tahap 10,000 langkah ini setiap hari. Lakukan ia secara bertahap, perlahan, perlahan…sehinggalah anda sapai ketahap AKTIF sepanjang hari. Jika jumlah langkah anda sehari kurang daripada 5,000, saya mengangkap anda KURANG AKTIF. Keadaan yang kurang aktif ini , bila berterusan, boleh menimbulkan perlbagai masaaalah kesihatan akhirnya. Ini penting sekali untuk difikirkan oleh semua pewalit yang telah melewati umur 55 tahun!
Alat yang saya gunakan itu tidaklah semahal sekilogram SBW. Beli sacara online hanya berharga RM120.00 saahaja.
Ayuh..mari kita lebih AKTIF setiap hari para pewait semua.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
Games.online IONQQ.GAMES/ IONpk.org. pin BB :58ab14xf5
ReplyDeletesilahkan daftar dan dapatkan keuntungan yang besar dengan bermain di IONpk.Org:)