Friday, March 31, 2017

TAHUN MELAWAT NEGERI TERENGGANU DAN NEGERI PAHANG TAHUN 2017

Salam hormat,

Semua kita mengetahui bahawa tahun 2017 ini ada dua negeri, iaitu negeri Pahang dan juga Terengganu, sedang melaksanakan TAHUN MELAWAT PAHANG DAN TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2017. Seingat saya tiada satu pun usaha dibuat di kedua-dua negeri ini, sama ada oleh pihak kerajaan mahu pun oleh syarikat yang terlibat secara langsung di dalam industri peternakan burung walit, untuk mewujudkan satu produk pelancungan yang berasaskan bidang usaha peternakan burung walit atau pemprosesan produk tambah nilai.

Sebagai contoh,di Tanjung Sepat di Negeri Selangor, sebuah syarikat Kuan Wellness Ecopark telah dibangunkan pada tahun 2010 sebagai satu konsep perniagaan yang memberi tumpuan kepada eco-pelancungan sebagai satu produk utama.


KUAN WELLNESS ECOPARK


Dibangunkan di atas sekeping tanah seluas 5 ekar, yang mengandungi sebuah RBW setinggi 3 setengah tingkat sebagai bangunan utama. Turut disediakan satu premis khas untuk para pelancung dan pengunjung yang lain. Di dalam premis ini juga terletak sebuah makmal memcuci SBW yang mana boleh dilihat oleh para pengunjung. Selain daripada itu, di dalam kawasan 5 ekar ini juga di gandingkan dengan dusun buahan tropika.



Para pelancung turut berpeluang untuk melihat sendiri ke dalam nesting area dan melihat sendiri burung walit beterbangan di dalamnya.



Saya mencadangkan dan berharap pemain industri ini di Terengganu dan juga Pahang supaya memikirkan konsep ini dan terus membangunkan satu integrated bisnis walit yang berteraskan eco-pelancungan, di mana saya yakin konsep ini mampu memberikan peluang peningkatan pendapatan yang besar di sepanjang tahun. Ia juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baru.

Apabila ia dibangunkan di Pantai Timur, maka para pelancung daripada negara China akan mudah untuk datang ke zon Pantai Timur, disampaing membuat lawatan, kemungkinan mereka juga akan berminat untuk membuat pelaburan di dalam industri ini. Para pemain industri kena sedar bahawa jumlah pelancung terbesar yang datang melawat Malaysia dan terus meningkat jumlahnya ialah pelancung daripada negara China. Spin-off daripada projek ini, dari sudut ekonominya adalah juga besar.


Fikir-fikirkan....sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun


1 comment: