Saya menyediakan khidmat rundingcara untuk membina rumah walit baru, ubahsuai dan baikpulih rumah walit yang bermasaalah. Khidmat kursus ala digital peternakan burung walit juga disediakan.
Friday, March 18, 2016
MENGETAH BURUNG HANTU
Salam hormat,
Mengetah burung hantu juga merupakan satu teknik yang berkesan untuk mengekang kacauganggu burung hantu kepada sesebuah RBW.
Gam tikus yang tidak berbau dan berwarna jernih digunakan bagi tujuan mengetah burung hantu.
Gam Tikus
Bagi satu-satu unit mengetah diperlukan kira 6 ke lapan lidi daun kelapa sawit. Pada lidi-lidi ini dilumurkan dengan gam tikus secukupnya. Kemudian ambil sebatang kayu bruti, atau yang bersesuaian, sebesar 1" x 2" X 2 kaki panjang. Pada kayu ini ditebuk 6 lubang (bergantung kepada jumlah lidi yang hendak digunakan) seperi rajah berikut.
Lidi-lidi yang telah siap dilumuri gam tikus dicucukkan ke dalam lubang yang telah disediakan. Lihat gambar berikut.
Sebelum dicucukan lidi-lidi bergam ini, bruti tersebut di pakukan ke sebatang tiang buluh yang setinggi 40 ke 50 kaki panjangnya. Setelah dicucukkan lidi-lidi bergam ini, tiang berkenaan ditegakkan di sekitaran premis walit anda. Tiada sebarang lokasi khas ditetapkan.
Tiang buluh (anak panah)
Burung hantu ini kebiasaanya akan hinggap di mana-mana struktur atau dahan pokok disekitaran RBW sebelum memasuki sesebuah RBW. Sifat ini digunakan untuk mengetah burung hantu dengan jayanya.
Apabila burung hantu hinggap di atas kayu bruti tadi lidi-lidi yang bergam ini akan melekat pada bulu-bulu burung hantu. Akhirnya burung hantu tersebut tidak boleh terbang kerana banyak bulu-bulu kepaknya melekat antara satu dengan yang lain. Anda akan dapati burung hantu terjatuh ke tanah. Akhirnya ia akan mati kelaparan jika anda tidak datang membuat pemantauan.
Kesan bulu burung hantu pada lidi
Apabila anda membuat pemantauan, jika anda lihat jumlah lidi pada bruti telah berkurangan, bermakna sudah ada burung hantu yang telah terkena gam (tikus). Cuba anda cari sekitaran bangunan kemungkinan ada burung hantu berkenaan sama ada masih hidup atau pun sudah mati.
Anda perlulah menurunkan tiang dan bruti berkenaan untuk ditambah semula lidi-lidi yang telah tiada. Biasamya gam tikus ini boleh bertahan selama 2 bulan.
Apabila amalan ini senantiasa di buat, maka berkuranglah masalaah burung hatu di premis walit anda.
Selamat mencuba...
Sekian
Dr Azizol bin Mohd Sharun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment