Tuesday, January 19, 2016

AWAS Apabila Menggunakan Polystreen Di Dalam Rumah Burung Walit

Salam hormat,

Saya berpandangan tidak masaalah untuk memikat burung walit dengan menggunakan polystreen di sudut-sudut atau di lain-lain lokasi di nesting planks. Jika anda menggunakan polystreen, cuma kena ingat dan perhatikan kaedah pengurusan lipas di dalam rumah wealit berkenaan dan ia perlu dilakukan secekap mungkin.


                          Kepingan Polystreen Pada Sudut Nesting Planks

Anda kena ingat, polystreen adalah makanan lipas. Bermakna lipas boleh membiak jika banyak makanannya terdapat di dalam rumah walit berkenaan. Tinja walit yang ada juga merupakan makanan lipas. Perhatikan gambar berikut, dimana polystreen di sudut nesting planks di makan lipas.


                                    Polystreen Di makan Lipas.

Anda boleh mengurangkan penggunaan polystreen ini dengan mengantikannya dengan kepingan kayu/papan, seperti di gambar berikut. Cuma harganya sedikit mahal berbanding polystreen.


                                   Kepingan Kayu Mmengantikan Polystreen

Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

1 comment:

  1. Terimakasih untuk Blog yang menarik dan sangat memberi informasi! Boleh tak kongsikan harga sarang burung walet untuk 2016 .. Bagi tujuan memudahkan peniaga dan pembeli untuk berurusan dalam hal sarang burung ni..

    ReplyDelete