1. Kesesuaian tapak: 40%
2. Habitat dalaman RBW: 40%, dan
3. Suara memikat yang betul: 20%
Hampir di mana jua di Malaysia ada burung walit. Tetapi kita perlu berwaspada, terutamanya di lokasi-lokasi yang baru dan di pendalaman.
Lokasi yang palaing hebat untuk didirikan sebuah RBW ialah di tapak yang berhampiran dengan RBW atau kelompok RBW yang berjaya. Selain daripada itu, tempat yang juga sesuai untuk didirikan RBW ialah di laluan walit pergi atau balik daripada pemburuan makananya. Kita kenalah membuat sedikit pemerhatian, sama ada tapak kita ada itu berada di lalauan walit atau pun tidak. Satu cara lain jika mendapati sesuatu lokasi itu adalah laluanya, adalah wajar jika berusaha membeli sebidang tanah di kawsan berkenaan, atau pun memilih untuk menjadi rakan kongsi kepada pemilik tanah disitu.
Bagi kawasan yang baru, atau tanah-tanah yang berada di pendalaman dan jauh daripada penempatan manusia, walau pun ada kelihatan walit beterbangan diudara, amatlah penting dilakukan ujian penentuan sama ada lokasi berkenaan sebenarnya ada walit atau burung seriti. Apabila burung-burung ini terbang di angkasa, sukar saya nak bezakan antara seriti( atau walit padi) dengan walit yang sebenarnya.
ALAT MENGUJI KEHADIRAN WALIT
DIJUAL DENGAN HARGA RM750.00 TERMASUK
PENGHANTARAN. BERMINAT SILA HUBUNGAN SAYA
Kita buat RBW di mana ada burung dan bukanya di mana ada tanah.
Saya telah membuat beberapa penelitian, burung seriti terdapat di kawasan-kawasan seperti Kg Jongok Batu (Dungun , Terengganu), Selendang (Rompin, Pahang), Cameron Highland (Pahang), Kudat (Sabah), Sandakan (Sabah) dan di Kinabalu Park(Sabah).
Habitat dalaman RBW amat bergantung kepada rekabentuk bangunan, struktur siling dan atap dan ketebalan dinding rumah berkenaan. Di antara habitat walit yang biasa diperkatakan ialah:-
1. Adanya ruang legar, berukuran sekurangnya 8'x8',
2. Suhu dalam bangunan: 26 -30 darjah selsius,
3. Kelembapan: 75% dan ke atas,
4. Berkeadaan gelap,
5. Bebas daripada sebarang gangguan, terutamanya manusia, dan
6. Ada aroma atau miasmata walit di dalamnya.
Untuk mengurangkan kos, seeloknya jajaran RBW kita adalah mengikut arah Timur-Barat. Jika jajaran ini diikuti, bermakna kita hanya perlu memberikan tumpuan kepada bahagian atap bangunan dan kedua-dua didnding yang terkena sinaran mataharai secara terus sahaja. Kedua -dua dinding ini perlu dibuat daripada dua lapisan bata merah atau pun bata tersebut "di ikat 9". Tetapi jika RBW yang hendak kita bina itu di satu kawasan yang lapang, jajaran Timur-Barat sahaja tidak berapa berkesan untuk mengurangkan haba yang memasuki bangunan. Dalam keadan ini pada pengalaman saya sesuai ke empat-empat dinding dibina secara dua lapis bata.
Bahagian bumbung, anda boleh menggunakan atap jinis ardex. Bahan atap seperti zink tidak sesuai kerana agak panas dan tidak digalakkan. Pisahkan banagian atap dengan menggunakan slab 4" atau menggunakan lapisan cement bord , lapisan udara (2"), dibawahnya diletakkan polystreesn 2"dan dilapik di sebelah bawah sekali dengan dengan siling biasa. Struktur ini diterangkan dengan lebih jelas di dalam kursus yang kami anjurkan.
Suara memikat yang betul menyumbang kepada keberhasilan RBW. Pemilik RBW yang baru, saya menyarankan supaya anda memiliki sekurangnya 5 buah lagu memikat (suara luar). Anda perlu sedar bahawa, lagu memikat yang hebat di lokasi A, tidak semestinya diminati walit di lokasi B. Pada pengalaman saya, yang penting adalah memerhatikan respon walit terhadap lagi memikat yang kita mainkan.
Biasanya kita memulakan suara memikat di sebelah petang selepas jam 3. Perhatikan respon walit sehingga ke jam 7 petang. Jika tiada walit yang datang atau tertarik kepada suara yang di mainkan, tukar kepada lagu yang lain. Ulanglah pemerhatian ini sehinggalah walit berminat kepada suara yang kita mainkan. Maksud berminat itu ialah: walit akan berkeliaran di atas RBW kita dan ada diantaranya yang terbang menuju ke speaker atau tweeter dan hinggap di situ buat seketika dan terbang semula. Maka itulah lagu yang seharusnya digunakan di RBW anda.
Suara memikat ( suara luar) di sarankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) supaya dibunyikan tidak melebihi 40dB kekuatanya. Suara ini dibunyikan antara jam 6 pagi sehinggalah ke 8 malam sahaja. Selepas jam 8 malam suara memikat (suara Luar) ini sepatutnya tidak dimainkan lagi, kerana hampir kesemua walit telah memasuki rumah masing-masing. Gunakanlah timer yang sesuai, supaya suara luar ini dibunyikan pada tempoh tersebut sahaja.
Suara dalaman bangunan dibunyikan 24 jam terus menerus. Suara ini tidak kedengaran daripada luar.
Jika anda semua mematuhi panduan ini, isu bising yang kerap dikaitkan dengan industri walit ini adalah tidak tepat sekali.
No comments:
Post a Comment