Thursday, December 20, 2018

KHAS UNTUK PESERTA RANCANGAN TANAH FELDA


Salam hormat,


Tahun 2018 akan menutup tirainya tidak berapa lama lagi. Khususnya bagi peserta rancangan tanah FELDA saya ingin bertanya, di sepanjang tahun 2018 ( yang Allah telah kurniakan kepada kita semua ) apakan bidang atau bidang-bidang yang telah mengerakkan tahap ekonomi masing-masing ke hadapan?

Tak boleh nak jawab, tak pengapa.

Saya ingin mengajak saudara-saudari semua memikirkan semula potensi bidang usaha peternakan burung walit. Peserta rancangan tanak FELDA berkongsi pengalamannya (dan juga beberapa rakan yang lain ) di sepanjang tahun 2018 ini bersama saya baharu-baharu ini. Berikut adalah kenyataan mereka berkaitan pulangan bidang usaha:-


    14 ekar perladangan sawit memberikan :    RM 50,000.00

    Peternakan burung walit                       :    RM 90,000.00

    Peternakan lembu pedaging                  :    RM 60,000.00


Saiz RBW yang dimaksudkan di atas ialah 20’X60’ dan setingkat. Manakala peternakan lembu pedaging pula berasaskan 100 ekor (purata).


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM,MAgrS).

Tuesday, November 27, 2018

MEMIKAT WALIT MUDA: SUDUT-SUDUT TEMPAT BERSARANG DIPERLUKAN


Salam hormat,


Kita semua mengetahui bahawa walit muda, yang tidak lagi mampu menghasilkan banyak rembesan untuk membena sarang, memerlukan sudut-sudut yang dibena melalui kekotak tempat bersarang bagi menempatkan sarang pertamanya. Lihat gambar berikut.



                               Wali muda buat sarang di sudut-sudut


Jika kita sengaja membena kawasan yang disediakan untuk walit membuat sarang dengan mempunyai sudut yang sedikit, maka keadaan ini tidak akan menarik ramai walit muda untuk memasuki dan menduduki rumah walit yang dibena. Setelah setahun beroperasi kita saksikan amat kurang walit yang mendiami rumah berkenaan. Gambar berikut.


              
                              Papan sirip membujur fly path walit


Kedaan menjadi lebih tidak condusif kepada walit muda untuk mendiami rumah sebegini, apabila jajaran sirip membujur kepada fly path walit. Jika papan sirip dipasang melintang fly path walit, kemungkinan kedaan tidaklah begitu tidak sesuai. Tetapi sudut-sudut yang diperlukan oleh walit muda masih terlalu sedikit.

Bagi RBW yang baharu, saya masih mencadangkan supaya papan sirip di pasang melintang arah terbang walit dan mempunyai banyak kekotak dan sudut untuk memikat walit muda.


Sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Wednesday, November 7, 2018

SERANGGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU MEMIKAT WALIT MUDA KE RBW YANG BAHARU


Salam hormat,


Satu ketika dahulu saya teringat seorang rakan saya yang baharu mendirikan sebuah RBW, telah menggunakan kaedah ini, di sampaing pemasangan lagu luar (lagu pemikat) yang sesuai, untuk menarik minat burung walit muda datang dan seterusnya mendiami rumah tersebut.

Beliau menyediakan satu lantai ( platform ) kecil di hadapan pintu masuk ke RBWnya, seperti gambar berikut.


                                  Gambar 1: Platform di depan pintu masuk walit


Beliau meletakkan seberapa banyak hirisan nenas, yang mana setelah mulai reput nanti akan membiakkan serangga. Serangga inilah merupakan tarikan tambahan selain daripada suara luar yang sesuai. Lihat gambar berikut.


                     Gambar 2 : Sisa nenas di letakkan di atas platform


Hari ini RBW beliau telah berjaya dan berhasil. Ikhtiar sebegini mungkin sesuai difikirkan bagi RBW baharu dan yang masih bermasaalah sehingga ke hari ini.


Sekian, selamat mencuba.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Tuesday, October 16, 2018

JAJARAN BANGUNAN RUMAH BURUNG WALIT MEMPENGARUHI SUHU DAN KELEMBAPAN DI DALAMNYA

Salam hormat,



Selain daripada paip pengudaraan, jajaran RBW boleh mempengaruhi suhu dan seterusnya kelembapan di dalamnya.

Saya mencadangkan, bagi mereka yang akan mendirikan sebuah RBW yang berdiri sendirian, lebih baik jika jajaran bangunan benar-benar mengikut arah Timur-Barat. Gunakan kompas bagi tujuan ini.

Jika jajaran RBW benar-benar mengikut Timur-Barat, maka kita akan dapati hanya dua permukaan RBW sahaja yang terkena sinaran mataharai selain daripada bumbung bangunan. Dinding arah timur dan arah barat, semasa matahari turun, akan terkena sinaran. Dengan membuat sesuatu penambahan atau penambahbaikan di kedua permukan ini, suhu di dalam bangunan akan lebih rendah dan terkawal.


                             Gambar 1: Jajaran tepat Timur-Barat


Perubahan sedikit daripada ketepatan jajaran Timur-Barat ini akan meluaskan permukaan bangunan yang terkena sinaran matahari, yang sedang naik dan semasa matahari sedang turun. Lihat gambar berikut.



                  Gambar 2: Jajaran bangunan kurang tepat Timur-Barat


Jika jajaran tepat, hanya permukaan di kawasan dalam garisan putus-putus berwarna hitam ( Timur) dan permukaan yang sama di sebelah barat terkena sinaran matahari. Perubahan daripada jajaran ini telah menambah permukaan dalam garisan putus-putus berwarna merah turut terkena sinaran matahari ketika matahari naik. Demikan juga disebelah petang di permukan di sebelah Barat. Bermakna lebih luas permukaan bangunan terkena sinaran. Akibahnya suhu di dalam RBW ini agak tinggi. Bagi kes di atas bacaan suhu pada jam 9.30 pagi ialah 31 darjah selsius.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Wednesday, August 22, 2018

KUCHING BOLEH MEMBANTU MENGAWAL MUSUH DI RUMAH BURUNG WALIT



Salam hormat,


Salah satu musuh utama yang terdapat di sesebuah RBW ialah tikus. Masaalah boleh menjadi serius terutamanya apabila kedudukan RBW tersebut berhampiran dengan kebun atau hutan belukar. Masaalah ini boleh ditambah rumitkan lagi apabila sesebuah RBW itu tidak menggunakan longkang berair atau kolam di sekeliling RBW berkenaan.

Satu penyelesaian yang agak mudah dan berkesan ialah dengan memelihara beberapa ekor kucing di premis atau berdekatan dengan premis walit.





Bagi pengusaha yang memelihara kucing di premis walit, salah satu aktiviti tambahan pengurusan ialah, setiap harai atau selang dua hari sekali, kena pastikan kucing ini sehat dan senantiasa ada bekalan makanan dan air minuman yang bersih di sangkarnya.





Sekian,





Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).

Wednesday, August 15, 2018

PENTERNAK BURUNG WALIT MISTI JAGA KESIHATAN DIRI



Salam hormat,


Untuk membolehkan seseorang itu berjaya, di dalam apa jua bidang pekerjaan atau kegiatan, kesihatan diri yang baik adalah merupakan salah satu faktor penting yang mesti diberikan perhatian. Kepentingan ini tidak terkecuali bagi seseorang penternak burung walit.

Kebelakangan ini saya dengar beberapa kes kematian penternak burung walit, yang saya taksir mereka ini masih “muda”. Memang ajal-maut itu telah ditentukan oleh tuhan. Bagi aktiviti peternakan burung walit yang berkumpulan, atau berkongsi modal dalam pembinaan dan pengurusan sesebuah RBW, mungkin perjalanan bidang usaha ini tidak banyak menjadi masalah dan boleh berjalan seperti mana biasa jika salah seorang daripada mereka meninggal dunia atau ditimpa musibah.

Bagi penternak individu, sebarang kes kematian atau pun sebarang kehilangan upaya, misalnay disebabkan stroke akan membantutkan perjalanan dan pengurusan aktiviti peternakan mereka. Keadaan ini juga tidak terkecuali akibah kesan kemalangan di jalan-jalan raya.





Apa yang saya lihat dalam banyak kes, akhirnya aktiviti peternakan dan RBW mereka terbengkalai. Ini amat merugikan kita orang Melayu bagi tempoh jarak panjang.

Dalam bab ini, saya suka mengingatkan semua yang berkaitan, sesama kita senantiasa menjaga kesihatan diri masing-masing. Bagi mereka yang telah melewati umur 50 tahun WAJIB membuat pemantauan berkala tentang tekanan darah dan status gula di dalam darah masing-masing. Kurangkan sedikit memakan makanan yang mengandungi gula yang tinggi, serta kurangkan sedikit nasi yang di makan. Kandungan garam di dalam masakan juga sesuai di kurangkan dan banyakkan meminum air masak. Berkaitan hal yang sama juga, marilah kita lakukan senaman yang ringan dan sesuai buat diri masing-masing secara berkala dan berterusan.

Apabila kita berada di atas jalan raya, ikut peraturan yang sedia ada. Elakkan memandu laju melebihi dari yang dibenarkan. Rancang setiap perjalanan dan pastikan kenderaan kita senantiasa berada di tahap yang sepatutnya.


                                           Patuhi peraturan ketika di jalan raya


Akhir sekali, dan ada juga kaitan dengan tajuk yang saya bincangan di atas, saya juga ingin menekankan pentingnya setiap penternak burung walit ada PEWARIS daripada sekarang. Jika tiada, sesuailah dibuat sesuatu. Anak-anak muda hari ini saya perhatikan tidak ramai yang mahu mengikuti jejak langkah ayah masing-masing, sungguh pun aktiviti peternakan burung walit yang dilakukan oleh ayah mereka jelas memberi pendapatan yang jauh lebih baik daripada pekerjaan masing-masing. Pendedahan dan pembelajaran perlu dijalankan seawal mungkin. Penerapan minat serta kefahaman dalam bab ini memerlukan masa yang panjang dan berterusan.



Fikir-fikirkan.


Sekian,




Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS).

Tuesday, July 31, 2018

PERGERAKAN SUHU DI DALAM SEBUAH RBW BAGI TEMPOH 24 JAM

Salam hormat,


Bacaan suhu di dalam sesebuah RBW yang dibuat bagi tempoh 24 lebih memberikan informasi akan kedudukan sebenar suhu. Apabila ia digandingkan dengan bacaan kelembapan (%RH) juga untuk tempoh 24 akan memberikan pergerakan heat load di dalam sesebuah RBW.


Berikut adalah contoh pergerakan suhu yang dipantau dalam tempoh 24 jam dengan menggunakan alat Data logger.



Graph yang berwarna unggu, adalah pergerakan suhu asal di dalam sebuah RBW. Graph berwarna hitam pula menunjukkan perubahan suhu bagi tempoh 24 jam setelah penambahbaikan di dlakukan ke atas RBW berkenaan.

Pada geraf di atas, burung walit balik mendiami rumah berkenaan pada waktu jam 7 petang (J07) dan keluar semula pada jam 6 pagi (U06).

Amnya, pergerakan suhu adalah lebih baik setelah penambahbaikan di lakukan.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).