Saturday, November 28, 2015

PETUA MEMILIH PERUNDING UNTUK BAIK PULIH RUMAH BURUNG WALIT

Salam hormat,

Kebelakangn ini kerap saya mendengar runguttan pengusaha rumah burung walit, mereka telah berbelanja ribuan malahan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit untuk melaksanakan baik pulih RBW mereka, setelah beberapa bulan tiada perubahan yang dilihat.

Saya simpati dengan mereka ini, dan bukanya mudah untuk mendapatkan wang sebegitu banyak.

Nasehat saya kepada mereka ini dan mereka yang masih hendak berusaha untuk membaik pulih RBW, satau kriteria yang boleh tuan-tuan guna ialah dengan bertanya kepada perunding berkenaan (sebelum melakukan kerja penambahbaikan) sama ada ia sendiri ada memiliki RBW atau pun tidak. Jika jawapanya ia, jangan terburu-buru bersetuju, rujuk dengan kekawan lain atau pihak JPV sama ada kenyataan tersebut betul.

Jika perunding ada memiliki RBW, maka bersesuaianlah bagi anda untuk meminta bantuan dan nasehat daripada mereka.


Skian,



Dr Azizol Mohd Sharun

Thursday, October 29, 2015

KURSUS MENCUCI SBW JPV PAHANG TERLAJAK LARIS

Salam hormat,

Pada 27hb Oktober yang baru lepas JPV Pahang telah menganjurkan satu kursus mencuci SBW di hotel Mega View Kuantan. Pada mulanya kursus dianjurkan untuk 50 peserta sahaja. Akhirnya, 90 peserta telah hadir dari pelbagai tempat, termasuk dari Terengganu dan Melaka.


                                    Sebahagian daripada peserta kursus


                                         Tenaga Pengajar Daripada FWC


                                          Kaum Tionghwa Turut Serta


                              Cara Penggunaan Berus Gigi Untuk Mencuci

Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta bagaiman SBW sepatutnya di cuci dan lebih lagi untuk mengetahui tahap kebersihan SBW di akhir proses serta peralatan yang diperluklan bagi tujuan ini. Dengan kemahiran ini para peserta bukan sahaja boleh meneruskan kepada proses tambah nilai SBW kepada beberapa jinis produk, tetapi juga menyediakan hidangan untuk ahli keluarga nikmati. Produk-produk ini nanti bolehlah mereka jual di pasar-pasar tani untuk menambah pendapatan.

Saya turut mencadangkan kepada JPV Pahang, selepas ini mereka ini akan didedahkan pula kepada beberapa resipi dan memasak SBW cara yang betul. Dengan usaha yang berterusan ini saya berharap beberapa usahawan Bumiputra dalam bidang penghasilan dan pemasaran produk SBW akan dapat dilahirkan. Saya juga berharap mereka ini juga akan memakan hasil masakan SBW ini dari masa ke semasa bagi meningkatkan tahap kesihatan masing-masing. Kita tahu SBW ini banyak khasiatnya, dan orang China di negara China telah begitu lama menggunakan SBW ini untuk menjaga kesihatan mereka.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, September 11, 2015

SERVALEN PENYAKIT DI RBW

Salam hormat,

Bagi setiap RBW yang berdaftar dengan JPV, servalen penyakit dijalankan sekali dalam setahun. Antara penyakit-penyakit yang diawasi ialah HPAI, ND (sampar) dan kuman Salmonella.

Bagi tujuan persampelan ini hanya tinja walit yang baru digunakan bagi tujuan persampelan ini. Caranya dengan memungut sample tinja yang baru dengan menggunakan kertas surat khabar lama. Surat khabar ini daihamparkan dilokasi-lokasi dimana ada kedudukan walit di dalam rumah berkenaan selama 4 ke 5 hari sebelum tarikh persampelan.



                                    Hamparan Surat Khabar Digunakan

Pada hari ke empat atau ke lima, persampelan dilakukan. Ia boleh dilakukan di dalam RBW itu sendiri atau dengan membawa surat khabar yang ada tinja baru walit ke luar dan persampelan boleh dilakukan di makmal atau pejabat JPV berkaitan.


                                             Persampelan  Di Dalam RBW

Sebanyak 10 hamparan surat khabar (lama) digunakan bagi sesebuah RBW. Sebanyak 5 swabs di ambil bagi setiap RBW. Kesemua contoh-contoh ini di proses dan dihantar ke makmal pusat di Pusat Penyelidekan Veterinar Ipoh Perak. Pihak JPV memakluamkan setakat ini tiada penemuan yang penting.



                        Media Yang Digunakan Untuk Menganhrat Contoh

Pada hemat saya usaha yang dijalankan oleh pihak JPV ini wajar diteruskan bagi menjaga kepenting inustri kita di masa hadapan. Ia juag memberikan keyakinan kepada penguna bahawa hasil RBW kita selamat untuk di makan.


Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun.

Tuesday, September 1, 2015

PENDAFTARAN DAN PENGENALAN RBW

Salam hormat,

Sebagai mana yang anda sedia maklum, pendaftaran RBW adalah di bawah bidang kuasa JPV. Baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti proses lengkap di lapangan, bagaimana usaha ini dijalankan oleh JPV (dalam kes ini oleh JPV Pahang). Saya dimaklumkan juga sehingga kini kira-kira 1,093 buah RBW telah didaftarkan daripada 8,000 buah keseluruhannya yang ada di negeri Pahang.

Pendaftaran melibatkan pemasangan RFID di premis walit. Ada dua komponen alat pengenalan digunakan, satu dipasang di bangunan, manakala yang satu lagi dipegang oleh pemilik premis. Satu premis, satu nombor pengenalan ( ID NO ). Semasa pendaftaran ini dibuat, bacaan GPS premis turut direkodkan. Kesemua maklumat ini dipindahkan ke sistem data maklumat jabatan.



                                                Komponen RFID

Sebelum dipasanga di bangunan, kedua-dua alatan ini diberikan nombor pengenalan dengan menggunakan alat seperti berikut.



                            Pemberian No Pengenalan Kpd Komponen bangunan



                           Pemberian No Pengenalan Kpd Komponen Pemilik Premis


Seterusnya komponen premis di pasang pada dinding bangunan berkenaan. Dengan menggunakan alat penebuk dan gam, dengan mudah ia dipasang seperti berikut.


                                                Lokasi Pemasangan


                                                Gam pelekat RFID

                                                   RFID siap di pasang
  

Itu sahaja prosesnya. Nampak mudah. Jika komponen pengusaha hilang, ia boleh diberikan yang baru dengan melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak JPV.

Semasa proses pemasangan ini, pihak JPV turut melekatkan notis pemberitahuan keperluan pemilik premis mendaftarkan RBW masing-masing.



                                                               Pemberitahuan

Saya turut dimaklumkan, harga belian adalah lebih tinggi bagi sarang yang diperolehi daripada premis yang ada nombor pengenalan. Semasa proses ini berjalan, saya turut menyatakan kepada pihak JPV, kebimbangan saya adalah berkaitan dengan kerahsiaan maklumat. Kebocoran maklumat ini boleh menimbulkan rasa kurang senang dan selamat kepada pemilik RBW.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun


Monday, August 31, 2015

KESELAMATAN DI TEMPAT BEKERJA ( DALAM RBW )

Salam keMERDEKAan dan salam sejahtera,

Apabila memasuki RBW, jika lagu dalam (suara dalam) tidak dipadamkan, adalah sesuai dan digalakkan supaya anda memakai ear plug sekurang-kurangnya, seperti yang ditunjukkan di bawah. Mr Lim hanya mengguna pakai kertas tissue sahaja.



Terlalu kerap terdedah kepada bunyi (lagu dalam RBW) yang kuat sekitaran 70db boleh mengurangkan keupayaan anda mendengar dengan jelas ketika berada di luar sana.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, August 28, 2015

TAMBAH LUBANG MASUK UNTUK TINGKATKAN POPULASI

Salam hormat,

Triang,25hb August: Pada tarikh ini saya berada di bandar Triang, Pahang untuk ikut serta di dalam program JPV Pahang untuk membuat saringan kuman di dalam RBW. Saya akan paparkan ceritanya di halaman yang akan datang.

Semasa menunggu persiapan program, saya berhenti di suatu kedai tidak jauh daripada pejabat JPV Bera. Daripada kedai ini kelihatan sebuah RBW yang agak aktif.


                                                        RBW Yang Dimaksudkan

Perhatikan satu lubang masuk tambahan (atas awning merah). Menurut seorang rakan, penambahan lubang masuk ini telah berjaya meningkatkan populasi walit yang mendiami rumah berkenaan. Memang saya akui ada walit yang suka memasuki rumah mengikut lubang sisi berbanding lubang atas atau secara terjun. Perhatikan juga lubang masuk asal di atas bangunan terkebelakang sekali.

Semasa saya duduk dikedai berkenaan, memang banyak juga walit yang keluar-masuk bangunan melalui lubang berkenaan.

Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Friday, July 10, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Salam hormat,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan...



Skian,

Dr Azizol bin Mohd Sharun